Tak perlu beritahu semua orang kalau si pulan ini atau si pula itu dilantik menjadi penasihat ekonomi sesebuah negeri. Lebih-lebih lagi apabila yang melantik tu pula merupakan rakan karib kepada si pulan tersebut. Jadi sudah tentu tiada apa yang pelik atau menakjubkan. Tak perlu sehingga buat kenyataan akhbar, di blog seperti;
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana melantik saya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri.
Kepercayaan kepimpinan Negeri Selangor yang diketuai Tan Sri Khalid terhadap kemampuan saya bagi membantu memperkukuh dasar “Merakyatkan Ekonomi” dengan menjana pertumbuhan serta menarik minat pelabur, merupakan satu tanggungjawab yang tidak akan saya sia-siakan.
Inshaallah akan diusahakan sebaiknya untuk bantu menjana pertumbuhan, mengagih kekayaan buat rakyat Selangor seluruhnya.
ANWAR IBRAHIM
Halah halah meluat pula saya dibuatnya. Jadi Khalid Ibrahim yang merupakan orang bawahan Anwar, rakan karib Anwar telah melantik beliau sebagai Peasihat ekonomi negeri Selangor. Apa yang hebatnya? Kalau Khalid ni setiausaha Agong PBB tu bangga jugalah. Ini MB kepada negeri yang hampir bankrap.
Sudah mahu bankrap baru nak timbulkan propaganda yang Anwar bekas Menteri Kewangan sudah dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri! Semua patut berasa selamat sekarang kerana bekas menteri kewangan selama 8 tahun ini sudah jadi penasihat ekonomi negeri Selangor?
Apakah propaganda bodoh ini merupakan sesuatu yang menarik dan haruskah rakyat Selangor berasa selamat? Mengapa ia menjadi topik utama akhbar-akhbar mereka sedangkan jawatan penasihat ekonomi merupakan jawatan yang diwujudkan secara sukarela dan bukan kerana merit? Apakah perlu digembar-gemburkan sehingga seolah-olah penyelamat negeri telah tiba?
Tolonglah hentikan drama yang bukan-bukan ni. Kalau setakat jawatan penasihat ekonomi tu, tak perlu lantik pun Anwar boleh nasihat Khalid. Tak peru ada AGM, dalam telefon pun boleh bagi nasihat. Email boleh. Jumpa 4 biji mata pun boleh. Apakah perlu sehingga jadi tajuk utama, diucap terima kasih pula oleh Anwar dalam sidang akhbar dan blog-blog, apakah semua ini??
Kalau dah sampai kena ada penasihat ekonomi, ternyata sudah lah lemah sungguh pengurusan ekonomi negeri Selangor. Tak perlu sampai ada ofis. Penasihat ekonomi dalam telefon pun boleh. Yang menarik tu TS Khalid, setiausaha agong PKR pula yang melantik Penasihat Umum beliau jadi penasihat ekonomi dan beritahu satu dunia pula. Alahai, janganlah sampai macam itu kalau nak raih sokongan politik pun.
Kes di mahkamah pun asyik tangguh, janganlah membebankan diri dengan macam-macam jawatan lagi. Nanti ada sahaja alasan tidak mahu datang ke mahkamah..
Filed under: Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, PKR, Politics, Selangor


berpendapat bahawa perlantikan seseorang spt YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri adalah merupakan ‘JALAN BELAKANG PENGUASAAN SECARA LANGSUNG & RASMI’ ke atas YAB Menteri Besar Selangor.
HalimTuah juga berpendapat bahawa ANWAR yg mempunyai kedudukan hiraki politik yg lebih tinggi dari KHALID, akhirnya mengakibatkan KHALID terpaksa tunduk kpd ANWAR yg ‘RAKUS KUASA’! HalimTuah menambah bahawa ini bermakna ‘DERHAKA’ terhadap DYMM Sultan yg melantik KHALID, juga ‘MENGGADAI HAK’ Rakyat Selangor!
PERLANTIKAN DERHAKA ini harus ditentang HABIS-HABISAN hingga ianya DITARIK-BALIK!!!
Apa khabar saudara Sid,
Nampaknya sdr. tidak bersetuju dgn. perlantikan sesiapa pun sbg. penasihat ekonomi sesebuah pentadbiran negeri atau negara. Oleh yg demikian saya juga berpendpt. sdr. tidak bersetuju dgn. perlantikan mana2 individu sbg. penasihat ekonomi Malaysia mahupun sbg. menteri kanan sebagaimana yg dicadang oleh pengerusi Risda.
Slm hormat,
HD
jahanam sele selangor.
salam HD, memang saya tak setuju. buang duit sahaja. dan Dr.M pun tak menerima tawaran tersebut menurut kenyataan beliau hari ini. kalau nak nasihat boleh jumpa atau dalam telefon sahaja. tak perlu jawatan.