Biasanya lafaz ta’liq ini dibuat sebelum berkahwin. Pasangan sesama Islam sebelum berkahwin akan membuat lafaz ta’liq, seperti sebuah agreement di mana jika si suami gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami, jatuh talaq satu,dua,atau tiga bergantung kepada apa yang dinyatakan di dalam ta’liq tersebut.
Dalam kes Hasnah v Saad, ta’liq jatuh apabila suami memukul isteri. Dalam kes Che Pah v Rahmah ta’liq jatuh apabila si suami mabuk dan kaki judi. Tapi tak pernah kita dengar ta’liq jatuh sebab lompat parti?
Begitu terdesak sekali pimpinan PAS sehingga mahu buat ta’liq jatuh talaq tiga jika keluar dari parti dan lompat parti lain? Berdasarkan artikel 10 perlembagaan persekutuan memberikan hak kebebasan kepada sesiapa yang mahu menyertai mana-mana parti atau pertubuhan. Jika berlaku si pulan merupakan ADUN PAS, selepas membuat ta’liq keluar parti dan sertai BN. Dan ta’liq jatuh. Apakah kesannya terhadap kesahihan ta’liq ini? Bukankah ia boleh dicabar oleh artikel 10? Dan apakah implikasi sebenar ta’liq ini di sisi Allah? Apakah ia dianggap sebagai sah? Bagaimana jika sah dari sudut Islam tetapi tidak sah di sudut undang-undang manusia?
PAS tidak boleh buat ta’liq seperti ini. Ini melanggar hak asasi seseorang dan merupakan satu tindakan kolot yang akibatnya akan dirasai oleh semua umat Islam apabila bangsa dan agama lain memperkatakan tentangnya.
Tergamak PAS menggadaikan hukum-hakam agama hanya untuk kepentingan parti politiknya? Sewajarnya PAS jadi sedikit gentlemen. Jangan takut macam tikus. Pada hari ini masih ada yang berfikiran sebegini (merujuk kepada idea siapakah ta’liq ini) semata-mata hanya mahu memenuhi kehendak sempit politik mereka.
Tidakkah pernah mereka fikir apa akibat daripada kesan ta’liq talak tiga berkenaan? Kenapa hanya ahli parlimen dan Adun sahaja yang perlu buat taqliq? Kalau benar niat PAS mahu menunjukkan taat setia kepada parti, kenapa tak semua ahli PAS dita’liqkan?
Ikhlas kah niat Pas mahukan ta’liq ni? Kenapa tak buat ta’liq pada Anwar kalau dia tangguh kes lagi? Kenapa tak buat ta’liq kalau Khalid Ibrahim rasuah lagi? Kenapa tak buat ta’liq kalau Nik Aziz mengarut lagi? Kenapa tak buat ta’liq kalau Khalid Samad bela orang kafir lagi?
Setakat lompat parti tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nasib orang yang ditindas olehnya kebenaran dan keadilan seperti Saiful Buhari. Patut PAS suruh Anwar lafaz ta’liq cerai talaq tiga kalau elak kes liwat ni lagi, bukan melarang YB mereka lompat parti.
Takut sungguh PAS sehingga mahu buat ta’liq sedemikian. Sesungguhnya perkara yang halal paling dibenci Allah adalah talaq. Tak sangka sebuah parti mengaku Islam sanggup meletakkan perkara paling dibenci Allah ini sebagai gadaian dan boleh dibuat main.
Saya sokong perjuangan PAS mahu laksanakan hukum hudud. Tapi biarlah betul caranya. Jangan buat kontroversi dan perlaksanaan hukuman yang pelik-pelik. Jangan guna agama hanya semata-mata mencari kemenangan politik. Guna akal. Akal. Akal.
Guna akal.
Filed under: Anwar Ibrahim, PAS, Politics, Uncategorized


SLM BRO..BAB2 MCM NI LA PAS MMG PAKAR!. SEMUA UNDANG2 DAN FATWA DI CIPTA UTK MEMASTIKAN PAS TERUS HIDUP. TANPA FATWA MERAPU SUDAH PASTI RAMAI AHLI2 PAS KELUAR PARTI BERDUYUN2. PAS AJIS TAU UTK TERUS HIDUP, DIA TERPAKSA MELAWAN ARUS WLU PUN BERKAITAN DGN AKIDAH!..NAUZUBILLAHHHH
murahnya nilai sebuah perkahwinan dalam PAS. pemimpin mereka bini 2 ke 3 orang termasuk TGHH. Kalau talak jatuhpun hanya seorang. ada lagi dua tiga orang. yang lain? gigit jari aje lah adun-adun dan mp-mpnya.
pd sy tentang talak 3 ni sy kurang stuju. spjg sy hidup blm pernah sy dgr kisah seumpama tu. tp sekirannya tindakan itu ada asas dan ada hujah tentu saja sy stuju..
pndgn peribaduku, biasanya bai’ah yg dilakukan akan diikuti dgn kesan yg besar..
[b]cthnya andai aku melanggar baiah ini akan jatuh balak yg besar pd diriku.
cth yg lain, andai aku melanggar baiah ini akan ku beri rumah ni pada org lain..[/b]
nampak kesan kpd baiah tu sbnrnya kesan yg tak baik pd si Tuan selagi ia tdk berbaiah utk melakukan dosa.
nampak mcm lebih kurang sama dlm kes ni..
skrinya aku melanggar baiah ni akan ku cerai isteriku..
isteri adalah org yg kita syg..maknanya begitu dia yakin dgn baiah sehingga isteri yg dia sygi dan cintai itu dan dia yakin bhwa tdk sesekali dia akan mencerai isteri dia menunjukkan betapa dia setia dgn kandungan baiah itu..
tp kalau dia berbaiah utk memukul isterinya tentulah yg ni jelas haram
[b]“baiah mengikut seorang muslim samda ia suka atau tidak dgn ikatan itu selagi ia tdk disuruh melakukan dosa. sekrinya sebaliknya maka tidak ada lagi janji setia itu.
-bukhari muslim.
begitu juga dlm soal talak taklik yg di lafazkan sesudah akad nikah.
[b] andai aku meninggalkan isteriku 4 bulan berturut2 tanpa mendapat nafkah zahir dan batin, ketika itu, terfasakhlah nikah ini”.[/b]
krn kecintaan dan kwajipan seorang suami pd isteri tentu perkara ni takkan si suami lakukan.
malah tindakan meninggalkan isteri merupakan tindakan zalim.
begitu juga tindakan lompat parti mana2 ahli PAS.
ia sama sprt meninggalkan satu jemaah dan gerakan Islam. (baca= PAS sbg gerakkan Islam).
tindakan lompat parti ini sndiri boleh menumbangkan kerajaan Islam.
masalah skrg bila view dari pihak umno mengatakan PAS sanggup berbuat apa saja demi cita2 politik.
mmg itu hujah pihak lawan. yg menjadi masalah bila view dr pihak umno hnya bc tindakan utk mencapai cita2 politik.
sedangkan gerakan PAS merupakan gerakan dan jemaah Islam.
sy yakin skrinya pihak umno mengakui PAS merupakan gerakan dan jemaah Islam maka dr.sid sndiri akan mengakui tindakan itu adalah wajar.
ini mmbuktikan bhwa kecintaan terhadap Allah dan rasul melebihi kecintaan terhadap isteri.
jadi selesai masalah.
masalah timbul bila PAS di bc sbg parti politik.
kalau kita bc PAS sbg gerakan dan jemaah Islam sy yakin isu ni tak berbangkit.
[b]“jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, keluargamu, harta kekayaan, perniagaan, dan tempat tinggal adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dari berjihad di jalan-Nya,
maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.”[/b]
attaubah 24.
cuba kita imbas balik sejarah penghijaran muhajirin ke madinah. smpaikan golongan ansar pun cerai isteri2 mereka dan bagi kat golongan muhajirin..
kita sanggup ke? jauh panggang dr api..
sekian.
ada beberapa perkara yg ingin sy beri maklum pd dr.sid berkaitan anwar ibrahim.
sy berbesar hati kiranya dpt dr.sid ulas..
http://anwaribrahimblog.com/2009/11/07/mengapa-gentar-untuk-menyerahkan-bahan-bukti/
http://anwaribrahimblog.com/2009/09/19/siapa-sebenarnya-yang-melengahkan-perbicaraan/
http://anwaribrahimblog.com/2009/09/03/pendakwa-tangguh-lagi/
http://anwaribrahimblog.com/2009/07/18/pasukan-pendakwaan-merayu-enggan-serah-dokumen-bukti/
sekian
Dr.Sid: saya ada tulis pasal ni dl..
http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/07/25/must-read-anwars-tactics-in-delaying-his-trial-exposed/
Assalamualaikom dr, to all honesty, manusia yang memandai buat hukum sendiri akan di laknati oleh Allah sepanjang hidup di dunia dan di akhirat. Salah satunya, dah jadi terlalu bijak dan nak tunjuk ‘gah’ sampai buat ‘law’ untok isteri2 mereka. Apa yang ada dalam kepala hotak (banyak sabut dah berserabut) mereka nak buat cara zaman jahiliyyah, isteri tundok kepada dia sampai sedemikian rupa. Ada had2nya wahai sang2 suami. Mereka ini siapa, manusia saja yang makan dan tidor bukannya Allah. Hingga isteri2 kena ikut perintah sampai begitu sekali. They are dsiplaying their own stupidity and as time goes by their character, behaviour, attitude are just laughable and sic. Really biadap!
maharaja……kalau pas gerakan Islam, mana sifat2 Islam pas tu……takan pakai serban dah Islam….ntahlaaaa….
isu jatuh talak ni dh abis da.. khalid samad dh ngaku yg dia yg brtanggung jwb invent yg talak2 ni.. xde dlm resolusi PAS pon..
anwar was really naughty, that why most people fall for him
Aku hanyalah mangsa keadaan