WBhim | bite the bullets

Speaking up the truth and unraveling the lies to make Malaysia a better place

Kisah orang gila yang menyambut Hari Raya

Hari ini saya pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga. Balik-balik sahaja sudah disuruh anyam ketupat dan sebagainya. Oleh kerana keluarga kami hanya ada seorang anak perempuan, maka kami anak-anak lelaki turut tak terkecuali bekerja dan mengemas rumah.

Sebelum pulang ke kampung, di tempat saya belajar dan duduk di sek.11 Shah Alam, ada seorang pakcik yang kurang siuman sering berkeliaran tanpa arah tuju. Orangnya sederhana tinggi dan besar, perut buncit sedikit, misai dan janggut tidak terurus dan sering memakai baju biru laut dan seluar kakis putih yang sudah lusuh dan kotor.

Pernah suatu ketika saya dan rakan-rakan sedang makan disebuah gerai, datang orang yang tidak bernasib baik ni. Beliau berdiri lama sebelah kami tanpa bercakap apa-apa dan bersuara pun. Kami juga tidak disentuh. Tiba-tiba salah seorang rakan saya keluarkan sebatang rokok dan beri padanya. Dia ambil, nyalakan api dan terus beredar. Saya kasihan melihatnya. Dimanakah keluarga beliau?

Boleh kata setiap hari beliau berjalan-jalan di taman itu. Sebentar tadi sebelum saya pulang saya lihat beliau pergi ke tong sampah dan memunggah tong-tong tersebut. Saya memberhentikan kenderaan saya dan tanya kepada pakcik tersebut;

“Pakcik, pakcik ni siapa dan mana keluarga pakcik?”

Dia diam sahaja dan terus memunggah tong sampah tersebut.

“Pakcik ni orang Islam? Asal mana? Mana keluarga pakcik?”

Tiba-tiba dia menjawab,” Anak-anak semua hilang. Pakcik tak tau mana diorang pergi.”

“Habis mana pakcik tinggal? Saya boleh hantarkan?”

“Pakcik tak ingat rumah pakcik. Mereka semua kata pakcik gila. Entahlah. Malas aku nak pikir.”

Katanya beliau Islam. Jika Islam sudah tentu beliau menyambut Ramadhan dan Syawal. Tapi tidak tahulah pula saya adakah beliau berpuasa atau tidak. Wallahua’lam.

Saya bingung dan tak tahu nak buat apa. Oleh kerana sudah terlewat, saya berikan beliau sedikit duit dan beredar dari situ. Ke manakah anak-anak beliau seperti dakwaan beliau jika benar wujud anak-anaknya? Saya juga sedar saya bukanlah anak yang baik dan sempurna. Tapi sekurang-kurangnya perlu ada rasa tanggungjawab pada ibu bapa kita jika mereka sudah tidak mampu menjaga diri mereka lagi.

Di hari raya ini, saya menyeru supaya kita semua menghargai ibu bapa kita. Lupakan sejenak perbezaan pendapat, politik dan ideologi jika itu yang membataskan kita daripada keluarga kita. Sementara mereka masih hidup, hargailah ibu bapa kita.

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI daripada WBHim.

Filed under: Uncategorized

4 Responses

  1. maharajatoga says:

    assalamualaikum.

    sy juga ingin ucap slm hr raya pd dr.sid dan keluarga. semoga amalan di bulan ramadan diterima.
    takobalallahu minna wa minkum.
    :)

    fuhh…kisah yg perlu di ambil iktibar.
    yg menariknya tindakan berani dr.sid memberhentikan kereta smbil mnyapa org tu.
    alhamdulillah, moga ada pahala disisimu.

    cumanya kalau sy sndiri pk byk kali jugak..
    kot2 dtg tiba2 dia sergah dah susah aku.. :D

    akhirnya, jemputlah bertandang ke pondok kami andai ada kelapangan. jemputlah sekeluarga.
    terimakasih kad raya :)

    Dr.Sid: insyaAllah..saya bersyukur ada sahabat mcm maharajatoga. walaupun kita berbeza pendapat tapi kita masih seperti dulu. selamat hari hara eidulfitri. maaf lahir dan batin. lupakan kisah lama, buka buku baru.

  2. Alizul says:

    Sedih membaca cerita ini, lebih-lebih lagi di penghujung Ramadhan yang mulia. Sudah termaktub di dalam Al-Quran bahawa adalah wajib kita orang Islam menghormati dan menjaga ibubapa kita. Malah sudah ada dalam Al-Quran satu doa khusus untuk mereka. Namun, keadaan sebilangan orang Islam di Malaysia amat menyedihkan, terutama di kalangan mereka yang terpisah dan bermusuhan hanya kerana politik.

    Yang paling menyedihkan ialah perbalahan antara orang Islam di dalam parti politik yang berbeza menunujukan mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa mereka orang Islam. Mereka lupa bahawa titik pertemuan antara mereka adalah agama Islam itu sendiri, bukan politik yang hanya memecah-belahkan. Oleh itu mereka sebenarnya hanya boleh disatukan di atas satu landasan, iaitu ISLAM. Islam melarang umatnya berpecah-pecah. Jadi mengapa perlunya mereka terus bercakaran dan bermusuh-musuhan?

    Semoga Allah memberkati sedekah saudara kepada Pakcik yang malang itu.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada saudara dan keluarga.

    Sila lawat blog baru saya: http://alizul2.blogspot.com/

  3. PARPUKARI says:

    Alhamdulillah Doc, ingatlah ibu ayah di saat mereka masih ada! Saya tak berekesempatan nak menabur bakti pada mereka! Saya ni anak yatim piatu Doc!

    Dr.Sid: saya turut bersimpati. kita doa agar roh kedua ibu bapa saudara PK tenang sahaja di sana, selamat hari raya eidulfitri maaf zahir dan batin

  4. lordapes says:

    eh. saya pernah nampak pakcik tu kot. masa tengah lepak ngan kengkawan kat shah alam dulu. ada kisah mendalam rupanya.

    kat raub pun ada sorang. masa saya tengah belajar dulu, ada sorang pakcik naik basikal tak berbaju tapi pakai bra. duk ulang-alik jalan dari sekolah saya ke bandar. agaknya dia pun ada kisah menyayat hati disebalik hidup dia kot. last saya dengar, dia dah mati. kena langgar kereta.

    anyways, semoga kisah-kisah orang kurang bernasib baik ni memberi keinsafan kepada kita.

    selamat hari raya.

Leave a Reply

Follow Wordpress Blogs now!

Blogspot readers can now follow any Wordpress blog by linking the url of the blog into their reading list, "Blogs I'm following". Try now!

Since July 2008

  • 187,411 tabbed

BlogMalaysia.com