WBhim | bite the bullets

Speaking up the truth and unraveling the lies to make Malaysia a better place

Alain Robert: Dunia sanjung dia, tapi kita tangkap dia.

Saya masih ingat kali pertama mendengar nama Alain Robert. Pada waktu itu saya baru berumur 10 tahun sewaktu membaca berita tentangnya yang ditangkap oleh Polis Malaysia pada tahun 1997 sewaktu beliau dalam percubaan untuk menakluk KLCC.

Pada waktu itu perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah bagaimana beliau boleh memanjat bangunan setinggi itu tanpa menggunakan sebarang bantuan keselamatan. Namun hari ini sekali lagi Robert membuktikan beliau memang Spiderman sebenar apabila berjaya menakluk Bangunan kedua tertinggi di dunia ini.

Pemikiran saya berubah. Hari ini saya amat bangga dengan beliau kerana telah mempopularkan Malaysia di mata dunia. Saudara boleh surf ke laman-laman portal berita utama dunia seperti Reuters, CNBC, CNN dan AP, mereka semua bercakap mengenai Petronas selepas Robert berjaya memanjat bangunan tersebut.

Mereka terus kata Petronas antara syarikat terkenal dan terbaik dunia, sambil terus mengagung-agungkan binaan kedua tertinggi dunia itu. Harusnya kita berbangga dan meraikan kejayaan Robert bersama, dan bukan menghukumnya.

Kenapa harus kita hukum seseorang yang telah mengharumkan nama negara? Apakah kita rugi dan malu dengan pencapaian beliau? Adakah tuduhan pencorobohan yang dilemparkan beliau membuat kita berasa tertekan?

Kawalan keselamatan KLCC yang harus dihukum di dalam isu ini, dan bukannya Alain. Mereka gagal mempastikan kawalan ketat demi keselamatan awam. Alain tak bunuh sesiapa, dia tidak mencederakan sesiapa, malahan dia telah harumkan nama negara. Kenapa kita harus hukum beliau?

Kalau nak tuduh atas tuduhan menceroboh, kenapa tak di tuduh beribu-ribu Pendatang Asing Tanpa Izin yang telah masuk ke dalam negara? Mereka ini memang jelas menyusahkan kita. Tetapi apa Alain dah buat pada anda semua? Beliau panjat pun selepas sahur semasa semua orang sedang nyenyak tidur. Beliau tak kacau anda semua, malahan beliau juga tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas kepada anda semua.

Tak perlu lah dakwa beliau. Sewajarnya kita temuramah beliau dan tanya rahsia kejayaan beliau supaya boleh menjadi sumber inspirasi kepada kita semua terutamanya rakyat Malaysia yang mahu mencipta nama di mata dunia seperti mereka-mereka yang telah melakukannya di Everest dan Antartika.

Bukan Alain Robert panjat Masjid Negara pun..

Filed under: Uncategorized

11 Responses

  1. Storm aka Ororo Monrue says:

    Saya rasa apa yang dia buat memng tak slah, tapi mungkin tiada prosedur yang betul. Nak cipta rekod bukan senang. Masa dia kat negara lain kena tangkap juga kan? Tau tak aksi dia tu merbahaya. Nape nak main panjat je? Pendatang asing bukan dah ramai ke yang kena tangkap??

  2. rizal says:

    Memang betul,apa yang dia buat tu mengharumkan nama Malaysia,cuma kerajaan akan dipertanggungjawabkan sekiraya kejadian yang tidak diingini berlaku kan..mungkin kerajaan taknak perkara ini berulang,sebab tu kita kena amik tindakan terhadap semua perkara macam ni,pasal kawalan keselamatan KLCC pasti telah dikenakan tindakan oleh pengurusan mereka. Cuma dalah hal ini kita masih dapat berbangga dengan pencapaian dia lah n pertolongan dia mempromosikan negara….

  3. jeffry says:

    SLM BRO..MUNGKIN BTUL SEPERTI APE YG STORM CKP TU..DIA X IKUT PROSEDUR. DI PIHAK KITA PUN X PATUT TANGKAP KAT ORG YG DH “MEMASYHURKAN” NEGARA KITA DI LUAR SANA. TAPI ADA ‘ORG TU’ PUN PANDAI MEROSAKKAN NAME NEGARA KT LUAR SANA. SEPATUTNYA TANGKAP ‘ORG TU’ HEHEHE

    Dr.Sid: takpe bro..sikit mase lg “org tu” masuk balik dalam..hahaha

  4. pilat_godang says:

    memang betul dia mengharumkan nama negara..tetapi prosedur nya tak betul..

    1) kalau di jatuh dan mati…negaranya akan menuduh Malaysia kerana kematiannya (nanti macam cerita teoh beng hock pula)

    2) menara petronas bukan untuk di panjat. itu adalah pejabat dan warisan malaysia (saya tak gelar beliau spiderman tetapi monyet man…)

    banyak lagi kerja yang berfaedah yang beliau bolih lakukan..

  5. fauzi says:

    Ini lah pemikiran yang kalut, salah tetap salah kalau tak ikut peraturannya, mat salleh tu pernah kena tangkap juga di negara-negara barat, rakyat negara tu tak bising pun, pase dia orang tahu benda salah tetap salah walau sehebat mana pun pesalah tersebut, harus dihukum, janganla kita kononnya nak mengampu mat salleh yang kurang ajar tak tahu ikut peraturan.

  6. Ibrahim says:

    Siapakah orang tu? Bolehkah saya tahu? haha

  7. Wanne. says:

    x bleh bagi dia pnjat.. klu harumkan nama negara nnt, kne bagi ‘Datuk’..
    hahaha..

  8. samdol @dollah says:

    Kalau dia pasang Bom kat menara tu mcm di new York dulu ramai takyat malaysia da mampos.. kawalan keselamatan lemah…itu lah malaysia.. tegas dikatakan sombong, tak tegas dia tuduhnya tidor itu lah melayu..melayu ni yg boleh di kawal perangainya hanya Lee Kuan Yew singapura

  9. JiwaMerdeka says:

    Ini satu pengajaran untuk kawalan di Petronas. Kalau orang nak pasang bom senang senang je boleh pasang. Haiyooooo… Cubalah kalau spiderman tu spy ke ape ke pasang alat technoogy canggih kat Petronas tu utk CIA ke ape ke. (byk sgt tengok tv aku ni).. tapi cuba lah kalau..

  10. myth says:

    haha~~
    well..kita dah tau yang tabiat dia memang suke memanjat
    kita ada bangunan antara yg tertinggi di dunia
    kita ada menteri yang selalu nak promote Malaysia
    kita ada menteri yang suka anak tiri kan bangsa dan rakyat

    kenapa x jemput je org tu dan buat event?
    kita bertambah popular..
    then banyak benda boleh cover pasal security

    conclusi kejadian; sama je guard nepal..bangang gak..

  11. gnwehz says:

    r8j8w6 bhphkdpqgysl, [url=http://zkhllbgraxhr.com/]zkhllbgraxhr[/url], [link=http://dlohjyhlmzjg.com/]dlohjyhlmzjg[/link], http://vbcdnysjjxck.com/

Leave a Reply

Follow Wordpress Blogs now!

Blogspot readers can now follow any Wordpress blog by linking the url of the blog into their reading list, "Blogs I'm following". Try now!

Since July 2008

  • 187,411 tabbed

BlogMalaysia.com