Semalam saya berjumpa dengan rakan-rakan lama. Salah seorang daripadanya berkata kepada saya bahawa penutupan UiTM pada minggu lepas adalah disengajakan oleh sesetengah pihak yang mahu menjatuhkan reputasi UiTM dan melambatkan proses pembelajaran institusi tersebut sedangkan banyak universiti lain seperti UM dan MMU yang dipenuhi pleh pelajar bukan melayu dengan begitu banyak kes H1N1 tidak pun diarah tutup.
Tan Sri Naib Censalor UiTM dalam suatu forum di UKM kelmarin berkata beliau sendiri tidak tahu akan arahan untuk menutup UiTM pada 25 July yang lalu. Arahan tersebut datang dari Kementerian secara terus ikutan daripada kes H1N1 yang melanda UiTM di empat buah cawangan sahaja. Tun Dr.Mahathir turut bercakap di forum berkenaan.
Tetapi mengapa seluruh cawangan di seluruh negara diarah tutup?
MMU dan UM yang rata-rata dipenuhi oleh pelajar bukan Melayu dan pelajar antarabangsa merekodkan kes yang lebih tinggi daripada UiTM, tetapi tidak diarah tutup.
MMU umumnya dipenuhi oleh pelajar luar negara telah merekodkan banyak kes H1N1 cuma tidak didedahkan oleh Kementerian bertanggungjawab.
Ini merupakan diskriminasi secara terang-terangan untuk melambatkan proses pembelajaran anak-anak UiTM dan hasilnya banyak program tertangguh akibat dari penutupan drastik tersebut.
Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Bin Abu Shah akhirnya secara spontan menganjakkan cuti Mid-Sem yang sepatutnya berlangsung minggu Hari Raya untuk menggantikan cuti H1N1 hanya kerana tidak mahu para pelajarnya ketinggalan.
Itupun ada suara yang mahu kontrak beliau sebagai Dato’ VC UiTM ditamatkan. Suara-suara ini bukan hanya datang daripada luar, malah dari dalam UiTM sendiri.
Sampai begitu sekali usaha mereka? Hebat. Tapi VC kami hebat lagi..
Filed under: UiTM


salam..
barulah tahu cerita sebenar sebalik cuti nie..
hmm..tahniar Dato’ VC…
p/s: cuti raya pendeklah nampaknyer..hehe
So, any plan to overcome the problem?
Apa kaitan bukan melayu nk jtuhkan uitm ni,tak paham plak aku..boleh sedare jelaskn?
UMNO bodoh dan pondan. Keputusan tutup UiTM dalam tangan orang Melayu. Jangan libatkan orang bukan Melayu dalam politik Najis UMNO.
Sampai macam tu sekali kau fikir?
Ya Allah, kalau budak2 UiTM mati dek H1N1, budak kite jugak bro. Antara nyawa dan pelajaran, nyawa lagi penting bro. Kita hidup sekali sahaja, pelajaran bole ditimba berulang kali.
Dr.Sid: ini bukan saya fikir. ini dinyatakan oleh dato VC sendiri. bukankah beliau lebih mengetahui..
Dr Sid,
Hang ni teruk betui.
Macam mana pula menjadi satu konspirasi?
siapa yang buat konspirasi itu? siapa yang keluarkan arahan itu?
Macam mana itu konspirasi orang bukan Melayu?
bingung aku!!!!!
Teori yg hebat sekali, DR SID. cuma hairan macamana ko boleh dapat title DR ni,beli dr mana?
Dr.Sid: cantik bahasa saudara. walaupun saudara berniat untuk memerli saya, tapi saudara gunakan bahasa yang bagus. saya bukan seorang dr. pun. malah masih belajar. semua orang ada nama samaran masing2. dan anggaplah title dr ini hanya samaran semata-mata.
Woit klu bicara tu baik 2 ye, suka ati je cakap pondan. Klu takda angin masakan pokok bergoyang la!! Abes tu sapa dapat jelaskan kenapa satu Malaysia universiti tak tutup terus!! nape Uitm yang banyak orang melayu je jadi macam tu!! cakap guna otak la. pastu suka ati je cakap dr Sid teruk, ni yang aku marah ni!! macam mana klu kena tutup sebab arahan dari sesorang yang bukan melayu! yang ada kuasa! aku dah tahu mesti ada yang tak kena! nasib baik cuti diawalkan!
Oh begitu ceritanya, ada possibility juga sebab Universiti lain tak tutup je. Takkanlah VC tu sengaja nak hancurkan masa depan bangsa dia sendiri.
aiyo mcm2 hal..
I’ve heard the roughly same conspiracy about Tsunami couple years back,these opposition will do anything to destroy Malays..hampeh..
ada tangan-tangan hantu dibelankang uitm. perlahan-lahan kita kesannya.
cuba kita ambik positif saja..mesti ada hikmah di sebalik ni semua..jangan berfikiran sempit dan bersangka buruk..lebih baik mencegah dari mengubati kan..tapi H1N1 ni tak ada ubat..lebih baik kita mencegah…
Assalamualaikum,
H1N1 boleh diubati dengan menggunakan Transfer Fcator. Transfer Factor adalah pemakanan yang teruji yang akan menguatkan sistem iminusasi seseorang jika diambil. Dapatkan Transfer Factor supaya keluarga anda dilindungi.
Hubungi saya : jasmin61@streamyx.com / 019-6527240
Maklumat lanjut dan testimony boleh didapati di :
1. http://www.holisticsuccess4life.com
2. http://www.tftestimony.com
Wasallam
JASMIN BIN ISHAK
Saudara,
Bahasa saya tidaklah seindah saudara. Namun saya amat kecewa melihat arah tuju pemikiran tulisan blog saudara ini. Tidakkah saudara rasa keselamatan dan kesihatan pelajar itu lebih penting daripada satu minggu sesi kelas? Saya sendiri belajar di MMU, dan saya cakap ikhlas, kami memang ternanti-nanti pengumuman cuti.
Kalau benarlah h1n1 ini konspirasi orang bukan melayu, masya-allah. Macamlah tak ada cara lain untuk melembapkan pendidikan anak-anak yang sememangnya sudah lembap sejak sekian lama.
Prejudis sebigini amatlah tidak kena pada tempatnya.
This article is the most stupid joke that I’ve come across.
Yeah. the worst ever..
sid…this statement is BULLSHIT.
what a load of CRAP..dr..hahha..dr my ass
Salam to All..
Tindakan pantas UiTM menutup kampus lebih awal sebenarnya telah dapat diduga. Dengan pertambahan kes H1N1 adalah wajar sebuah institusi pendidikan yang terbesar di Malaysia melakukan tindakan yang drastik dan mengambilkira semua aspek. Antaranya adalah faktor penyelarasan kesemua kampus UiTM dan kesihatan pelajar UiTM sendiri dalam mengawal perebakan virus ini.
Alhamdulillah selepas UiTM dibuka semula pelajar dapat meneruskan sesi pengajian. Walaupun kes tersebut masih ada tetapi tindakan bersama semua organisasi seperti Unit Kesihatan, Unit Kolej dan Pentadbiran UiTM yang lain terutamanya Tan Sri VC yang sentiasa mengemaskini data terkini menyebabkan semua pelajar berasa selesa dengan tindakan pencegahan. Sebagai contoh Unit Kesihatan UiTM sentiasa menerima kehadiran pelajar yang ramai setiap hari untuk mendapatkan rawatan namun boleh dikatakan suasana masih dapat dikawal dan lancar.
Apapun terima kasih Tan Sri VC dan barisan pentadbir UiTM yang sentiasa memberi perhatian terhadap isu H1N1 ini.