WBhim | bite the bullets

Speaking up the truth and unraveling the lies to make Malaysia a better place

Kita Bangga Kita Orang Islam

Setiap kali saya berjumpa dengan orang luar negara termasuk dari negara-negara seperti Somalia, Nigeria, Iran, Afrika Selatan dan sebagainya, saya akan berbangga bergelar Muslim. Islam membuatkan kita rapat, tidak kira apa warna kulit kita.

Pernah satu ketika adik saya berjumpa dengan seorang Somali, mereka memberi salam, dan orang somali itu bertanya samada adik saya Muslim. Adik saya menjawab ya, dan orang somali itu terus bertanyakan ke mana arah kiblat. Kita berbangga kerana kita menganuti agama yang Satu. Kita berkongsi kiblat yang satu. Kita mempunyai identiti yang tersendiri.

Kita berkongsi warna pakaian ihram yang sama iaitu putih. Ia melambangkan kesamarataan dan perpaduan tanpa mengira warna kulit. Kerana itu Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa setiap Muslim itu adalah bersaudara. Kita turut berkongsi kegembiraan dan duka jika ia melibatkan saudara sesama Islam kita di dalam atau di luar negara.

Saya gembira apabila mendapat tahu Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatan beliau sebagai Presiden untuk penggal kedua berturut-turut. Saya berbangga melihat bintang-bintang barat yang menganuti Islam, dan tersentuh apabila melihat Muhammad Ali akan berdoa setiap kali bermula perlawanan. Begitu juga apabila saya melihat Samir Nasri, pemain muda Arsenal berdoa apabila memasuki padang.

Di atas dasar Islam, tidak bolehkah kita bersatu di Malaysia? Kita sebut Islam, bukan Melayu. Kerana apabila kita menyebut Islam, ia merangkumi semua kaum termasuk India dan juga Cina, Murut, Kadazan, Iban dan Dusun. Memang ia nampak pelik pada mulanya, tetapi tidak di negara luar seperti Iran, Lebanon, Turki dan Qatar.

Saya sedar saya terlalu realistic kerana ia sangat sukar dilaksanakan di sebuah negara seperti Malaysia. Dasar pecah dan perintah yang dimulakan British telah mempengaruhi sistem pentadbiran negara walaupun sedikit. Itu tidak dapat dinafikan walaupun terdapat usaha untuk menamatkannya.

Apabila ada usaha dari PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO, banyak pihak membantah. Ironinya pihak yang membantah itu mengaku Islam. Pelik!

Kalau Karpal Singh yang bantah, Lim Kit Siang yang bantah, tiadalah ajaibnya. Tetapi apabila orang Islam sendiri yang membantah, maka kasihan lah yang membantah itu. Mengapa takut? Mengapa tunduk pada tuntutan orang seperti Karpal Singh atau Lim Kit Siang?

Beranilah sedikit wahai kamu yang takut. Don’t you guys have balls?

Kita harus berani berubah. Memang pada mula ia mungkin kelihatan pelik dan janggal, tetapi lama-lama ia akan baik sediakala. Macam tak biasa dengan iklim Malaysia ni. Masa panas je heboh.. dah lama sikit sejuk lah. Isu boikot barangan Belanda dan Denmark sahaja cukup lah. Malas nak cakap lebih.

Filed under: Uncategorized

11 Responses

  1. PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan ‘keji’ ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.

    Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.

    PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.

    Sebe3nar nya ‘pakatan rakyat’ ini dimaksudkan orang cina dan india sudah bersatu dan berpakat dalam sebuah parti iaitu – DAP.

    Kaum melayu dalam PAS dan PKR pula berpakat menyokong DAP. Tujuan utama nya hanya untuk meruntuhkan kuasa pemerintahan melayu (UMNO) yang sudah memerintah dengan baik selama lebih 50 tahun.

    Jelas dan nyata tidak ujud ‘pakatan’ dimana Pakatan Rakyat memerintah. Sebagai contoh di P Pinang, Jika benar2 ujud kerajaan ‘pakatan rakyat’, mengapa PAS di pinggirkan, walaupun PAS ada seorang ahli DUN yang menang. Sepatutnya kalau ujud ‘pakatan’, PAS harus diberi satu jawatan EXCO (paling sesuai EXCO agama Islam).

    Di negeri Kedah pula ada seorang ahli DUN DAP, ianya juga di pinggirkan oleh PAS. Di Kelantan pula jangan haraf DAP akan mendapat sebarang jawatan, kerana DAP tiada ahli DUN nya.

    PAS sombong dengan pemerintahan nya di Kelantan dan Kedah. DAP megah dengan pemerintahan nya di P Pinang dan PKR bangga dengang pemerintahan nya di Selangor. Masing2 dengan cara dan kehendak mereka memerintah.

    Pada kesimpulan nya, bagaimana sebuah parti yang tidak menententu arah tuju nya ini boleh memerintah negara? DAP dengan cara nya, PAS dengan pendapat nya dan PKR ikut arah tujunya.

    Negara pasti akan menghadapi masalah yang besar jika diperintah oleh sebuah parti yang tidak tentu dan tahu arah tujunya.

    PAS bersungguh2 mahu menjadika Malaysia sebuah negara Islam. DAP menentang negara Islam yang di idamkan oleh PAS. PKR walaupun di pimpin oleh melayu/Islam tetapi tidak pernah menyokong tentang negara Islam yang hendak di ujudkan oleh PAS. Berjayakah PAS mengujudkan negara Islam sedangkan DAP dan PKR tidak pernah menyokong nya?

    Penyokong2 PAS harus sedar, PAS akan di pinggirkan oleh DAP dan PKR kerana berlainan pendapat. PKR pasti akan menyokong DAP lebih dari PAS.

    Sebagai satu contoh:-
    Jika sekiranya PR mampu menang 200 kerusi parlimen.
    PAS – 80 kerusi
    DAP – 70 kerusi
    PKR – 50 kerusi, dalam PKR semestinya ada calun dari bukan melayu.

    Jika PAS membuat usul untuk mengujud kan negara Islam nya dan mendapat tentangan dari DAP (DAP pasti menentang negara Islam). Undian akan dijalankan.
    Soalan nya, mampukah PAS meraih undi majoriti?

  2. man says:

    “Don’t you guys have balls?” ialah satu ungkapan yang amat salah..aku berkesempatan utk bersembang2 dgan people on the street.. hakikatnya bila kita keluarkan isu perpaduan ini muka mereka berubah penuh kebencian..aku boleh paham knapa mereka benci.. bg mereka UMNO lah yang :
    1. Men’transfer’kan mereka, kwn, sedara mara mereka sesuka hati ke pedalamn, ke Sabah ke Sarawak menyebabkan keluarga berpecah belah.
    2. Mem’promotekan’ mamat2 bodo ke jawatan tinggi sambil menafi/melambatkan kenaikan pangkat mereka yang layak semata2 mereka tak ‘mengipas’ UMNO..At the end…mamat bodo tu terpacak dekat atas with earning triple their salary but with intellectual capacity not even half of theirs.
    3. At one time membuli agamawan dan Institusi masjid. Ustaz2 disindir di majlis, kenaikan pangkat kena freeze.. kesian Ustaz keje berbelas tahun tapi dok pakai Proton Saga buruk situ la..
    4. Ustaz2 idola dan juga Mufti2 dipandang sinis, ada yang kena ban..kedudukan Ustaz2 di mata org Melayu amat tinggi..tapi UMNO, hmm
    5. Meng’ISA’kan org semata-mata menjaga kepentingan UMNO..Keluarga terpisah, anak2 besar tanpa bapa, emak ayah mati terbongkang tanpa anak2.
    6.Dan ade lagi letih la aku nak cite..
    Isunya ialah behaviour UMNO itulah yang membuat mereka suffer dlm kehidupan..so tak perlu hairan, LKS atau KS tak pernah ada direct influence in deteriorating their life but UMNO does so “Don’t you guys have balls?” will yet be another insult and only further establish the snobish nature of UMNO.

  3. ondastreet says:

    man,
    tidak dinafikan isu-isu yang saudara nyatakan itu sedikit sebanyak membuatkan orang bencikan UMNO (dan sebagai balasan, mereka diperlihatkan dengan keputusan undi PRU12).

    Tetapi, dari apa yang saya baca artikel Doc Sid ini, lebih kepada satu peringatan untuk PAS untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Setakat ini, Pakatan telah diberi mandat mentadbir 4 negeri, namun perbezaan dapat dilihat terhadap perjuangan parti masing-masing. Cuba saudara bayangkan, jika mereka ini diberi peluang mentadbir negara, apa akan jadi?

    Setakat hari ini, DSAI masih lagi gagal menamakan kabinet bayangan yang mampu menyayingi barisan kabinet DS Najib. Kenapa beliau masih gagal menamakan barisan kabinet bayangannya?

    Pada hemat saya, ianya mudah. Tersalah langkah menamakan barisan kabinetnya, ia akan mengundang perpecahan dalam pakatan dan pakatan itu sendiri akan terbubar (walaupun ianya sekadar bayangan..kerana berdasarkan bayangan itulah, kerajaan Pakatan akan dapat dinilai)

    PAS sesungguhnya adalah satu parti yang kuat, walaupun tanpa PKR dan DAP. Itu pendapat saya. PAS adalah alternatif UMNO dan Barisan, bukan Pakatan (DAP+PKR+PAS).

    ~ OnDaStreet

    Dr.Sid: Benar, saya setuju.

  4. Sala hormat.

    Blog tuan telah disenaraikan kedalam direktori SpotTheBloggers. Tuan boleh membuat bantahan melalui email sekiranya tidak bersetuju,

    Sealamat berkarya. TK

    Dr.Sid: Terima kasih

  5. Hanan Hawa says:

    Salam dr.sid dan para pembaca sekeliannya…
    melihatkan isu yang dibincangkan ini,saya turut bersedih dan berdukacita dgn apa yg sedang berlaku dalam PAS.
    hati ini tertanya2, apakah sudah ‘hilang’ keikhlasan dalam berjuang di kalangan pimpinan PAS? selama ini ALLAH menjaga keaiban dan calar-balar dalam PAS, mungkin kerana pada waktu itu mereka ini ikhlas dalam berpolitik, menganggap siasah hanya sebuah medium atau wadah dalam berdakwah.
    Islam telah dengan indah menggariskan, jika ingin mengkritik hatta menghentam pimpinan, lakukanlah dengan beradab…
    aduhai, jika kecam-mengecam sesama sendiri ini dilakukan di hadapan lensa jurukamera, sedia dicatat oleh sang wartawan yang mendengar, apa…sudah tidak wujud lagikah konsep musyawarah dalam parti? tidakkah pimpinan ini mengetahui (walhal sudah mereka maklumi)bahawa media massa adalah dikuasai oleh BN yang sudah diketahui umum akan memanipulasikan segala fakta demi kemenangan parti komponen terbesar negara itu?
    hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa yang benar2 ikhlas dalam perjuangan mendaulatkan agama-Nya ini dan semoga Allah terus memilih PAS sebagai parti pilihan-Nya di Malaysia ini…
    amin Ya Robb…

  6. killer says:

    I hate malay so much in my life

    If all malay jump into sea and all die

    This world will become very very beautiful

  7. lordjijul says:

    to killer:
    why do u hate malay so much?
    if u do hate them, go to other country where no malay live there

    p.s : im not malay, im only muslim and bumiputra

  8. thumbelina says:

    to killer
    dont u know d history of malaysia?dont u feel shy by making a terrible statement like tat huh? u better get lost from malaysia man!seriously….or u can live on d tree where u’ll never find d malays over there..tats d best for u..;p hahah!!

  9. Wanne says:

    mula2 en siddiq, ‘don’t u have balls?’ statement mesti di sokong dengan fakta. mengapa Niz Aziz sngt2 menolak kerajaan campuran. adakah en siddiq dh lupa apa yg UMNO dah buat pada PAS semasa kerajaan campuran terbentuk antara UMNO-PAS d kelantan. Nik Aziz x mau terjerat pada jerat yg sama 2 kali.

    bertepatan dengan pepatah melayu ‘Pelanduk xkn lupakan jerat’. mmg senang berkata2 yg semua bnda boleh berubah, tpi cuba saudara letakkn diri saudara d pihak yg di khianati. adakah senang untuk berunding semula dengan pengkhianat?

    bukan masalah bantahan untuk berunding sesama Islam, sebaai contoh, dlm usaha membantah kekejaman Israel, semua parti sama2 membantah. tpi dlm sesetengah perkara sesama Islam juga adakalanya tdk boleh berkompromi. sbg contoh, ’sy ni mmg kaki berhutang tpi x mau bayar, tiba2 dlm sehari tu sy nk pinjam rm50 dengan sudara, tpi saudara x bagi’ adakah ini menunjukkn yg saudara ‘tiada bola’??

    fikir secara universal, sesungguhnya pada setiap penolakan kepada perkara yg ‘nampak seperti baik’ itu, ada hujah yg kukuh dlm penolakan itu.

    Dr.Sid: I cant understand the analogy.

Leave a Reply

Follow Wordpress Blogs now!

Blogspot readers can now follow any Wordpress blog by linking the url of the blog into their reading list, "Blogs I'm following". Try now!

Since July 2008

  • 187,411 tabbed

BlogMalaysia.com