Menang jawatan No.2 memang sudah dijangka. Ustaz Nasarudin Mat Isa mengekalkan jawatan beliau dengan mengatasi dua pencabar terdekat, Husam Musa dan Ahmad Sabu.
Walaubagaimanapun terdapat banyak peristiwa pelik sepanjang proses pertarungan muktamar ini berlangsung.
- Saya kagum orang seperti Ahmad Sabu yang telah menimbulkan banyak kontroversi dan masalah dalaman PAS, masih boleh mendapat undian sebanyak 261 daripada perwakilan PAS. Hebat Ahmad Sabu! Saya tidak menjangkakan beliau akan dapat perolehi undian sebanyak itu.
- Jarang sekali boleh lihat orang seperti Ust.Nasa. Diam-diam ubi berisi, langsung tidak bertindak balas terhadap komen-komen dan kritikan yang dilemparkan kepadanya melalui blog-blog dan media arus perdana oleh musuh beliau. Dan akhirnya beliau menang. Ini merupakan tindakan paling berani dalam sejarah politik, diam dan menang. Mungkin wajar gelaran Ulama diberikan kepada beliau.
- Saya hairan. Ramai yang tidak sokong ulama lagi. Mengapa? Mengapa ini terjadi? Khalid Samad dalam satu posting beliau secara sinis memerli Ulama. Bagi beliau, tidak semestinya semua Ulama bagus. Apakah yang tersirat disebalik tomahan ini? Bukan Khalid Samad sahaja, malah keseluruhan ahli PAS yang lain.
- Tidak adil kita menghakimi Ulama hanya kerana mereka mahu bermuzakarah dengan UMNO?
- Mereka Ulama dan pemimpin. Sudah tentu mereka tahu apa yang mereka lakukan. Tindakan sesetengah pihak yang risau PAS dimain-mainkan UMNO seolah-olah mengejek Ulama PAS dan seolah-olah Ulama PAS bodoh dan boleh dipermain-mainkan dengan mudah.
Penganalisis politik Farish Noor juga berkata definisi Ulama tidak semestinya seorang yang pintar dalam bidang agama, tetapi juga dalam bidang sains. Jadi gelaran Ulama bukan dimiliki seluruhnya oleh Hadi and Nasarudin, tetapi orang -orang sains seperti Husam dan Ahmad Sabu juga merupakan Ulama, begitukah maksud yang cuba disampaikan oleh Farish?
Farish memang pandai bermain ayat.
UMNO Harus Ikhlas, Berubah.
PAS sudah pun menunjukkan keikhlasan mereka untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO. Hargai usaha PAS. Mereka telah pun memilih pemimpin yang mahu bekerjasama dengan UMNO. Haji Hadi dikritik kerana masih gagal menjelaskan dan meyakinkan ahli PAS berkenaan dengan maksud kerajaan perpaduan. Apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan?
Saya tidak boleh baca fikiran haji Hadi. Tetapi saya berpendapat kerajaan perpaduan boleh dibentuk samada dengan penggabungan UMNO-PAS disemua DUN Negeri diseluruh negara. Jika ia berlaku, kerajaan Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan akan diperintah oleh kerajaan perpaduan UMNO-PAS ini.
Interpretasi kedua, kerajaan perpaduan ini mungkin bermaksud penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional. Sesungguhnya tiadalah kita ketahui akan maksud kerajaan perpaduan in sebenarnya sehingga ia dibentuk. Hanya Haji Hadi dan Ust.Nasa faham akan organisasinya.

"Husam kalah, melepas chance aku nak control PAS!"
Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Ust.Nasa. Kekalahan Husam juga bermaksud PAS telah selamat daripada cubaan mempengaruhi parti itu oleh Anwar Ibrahim. Siapa Anwar Ibrahim? Seorang bekas Timb.Presiden UMNO yang kecewa seterusnya menubuhkan PKR, menjadikan keadilan sebagai moto perjuangan, walhal hakikat sebenar merupakan perjuangan mengubat kekecewaan dan membalas dendam, mahu menentukan hala tuju sebuah parti yang telah bertapak selama setengah abad?
Jangan percaya Anwar Ibrahim. Sudah terang lagi terbuka, bukti-bukti yang telah didedahkan, masih ada lagi kah yang percaya beliau ini? Karpal Singh pun sudah tidak tahan lagi dengan kerosakan yang dilakukan oleh Anwar. Dua perosak negara yang tidak akan dilupakan sehingga bila-bila – Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar Ibrahim.
Sudahkah anda melihat video ini? Wajah Munafik Buka mata, sedarlah.
Filed under: Abdullah Ahmad Badawi, Anwar Ibrahim, PAS, Pak Lah, Politics


ya UMNO wajib berubah 720 darjah.wajib !!!
sekadar bertanya pndpt, sekiranya PAS meletakkan syarat pengabungan UMNO-PAS dgn melaksana Islam di malaysia (perlaksanaan perundangan Islam), apakah tindakan umno yg dr.sid kira paling wjr dilakukan?
terima atau tak terima?
atau dgn alasan PAS tak perlu letak syarat sekiranya PAS ikhlas dlm niatnya..
kalau ini jwpnya, ini pula kata2 saya..
krn PAS ikhlas dlm perjuangan Islam maka syarat ini adalah perlu..
Dr.Sid: sudah tentu jawapan UMNO begini: “isu ini melibatkan banyak pihak, termasuk mengubah struktur asas perlembagaan secara revolusi, ini perlu perbincangan lanjut dan perundingan dengan semua pihak termasuk dari parti-parti yang mewakili bukan Islam.”
Sebagai Muslim, semestinya kita yakin dan percaya bahawa Hudud mesti dilaksanakan dan yakin bahawa ia berkesan. Dan saya yakin ia berkesan. Jika sebat, potong tangan dan sebagainya dilakukan dihadapan orang ramai, percayalah, tiada siapa yang mahu melakukan jenayah selepas itu lagi.
sy begitu respect pendirian dr.sid. jelas benar mmg dari dulu shingga skrg pendirian dr.sid adalah sama iaitu mengakui pengwajiban perundangan Allah ini..
sy tak pasti apa parti dr.sid. sy andaikan dr.sid adalah umno. tak keterlaluan sy bila katakan yg umno tidak pernah atau tdk ada langsung usaha utk melaksana perundangan Allah ini..
sy tak pasti smada dr.sid blh bersetuju dgn sy yg hnya PAS yg mmperjuang perundangan ALLAH ini.
jika benar dan dr.sid bersetuju, sy dgn rndah diri mengajak dr.sid terjun dlm PAS.
mungkin dr.sid amt layak diberi gelaran sbg professional!
Dr.Sid: saya tidak layak dipuji setinggi ini. saya tiada masalah menyertai PAS. tetapi selagi PAS bersama Anwar Ibrahim dan DAP, itu membataskan saya. bagi saya PAS bukanlah musuh yang harus dimusuhi. tetapi Anwar dan DAP, ya. Dan saya percaya pendirian saya ini dikongsi oleh sebahagian besar ahli UMNO.
Saudara Maharajatoga,
Kedua-dua PAS dan UMNO wajar duduk berbincang. Pertemuan PAS-UMNO( tak semestinyabentuk kerajaan campuran) akan bawa rahmat pada orang Melayu.
Pada PAS, saya nasihatkan supaya lebih berbudi-bahasa pada UMNO. Saya nampak PAS agak kasar pada UMNO, tidak selaras dengan tuntutan ugama.
Buangkanlah sikap suka melabel UMNO dengan perkataan yang tidak baik. Buangkanlah budaya suka menyebarkan fitnah terhadap UMNO. Paling terbaru, Harakah memfitnah kononnya Abdullah Badawi gembira UMNO kalh di Bukit Gantang. Siapa yang beritahu editor Harakah? Abdullah kah?
Imej ugama tak boleh halalkan fitnah. Sekiranya PAS sedar, ramai Melayu kecewa bila PAS berbaik dengan satu parti, DAP yang begitu memusuhi orang Melayu termasuk PAS sendiri. Janganlah kerana dendam terhadap UMNO, PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang cita-citanya tiada lain menghancurkan kuasa politik UMNO. Ini akan merugikan Islam, Melayu dan juga PAS.
Pada UMNO, ini adalah pengajaran kerana leka bila berkuasa. UMNO membiarkan masjid dijadikan medan politik termasuk di negeri yang dikuasainya. UMNO berdiam diri bila pemimpin MIC, MCA mempertikaikan hak Melayu.
SEmoga kedua-dua pihak sedar hakikat yang kekuasaan boleh ditarik sekelip mata. Ramai terlupa yang jika UMNO jatuh bukan beereti pAS yang berkuasa.
Dr.Sid: Setuju. saya juga tidak senang dengan gelaran-gelaran yang diberikan kepada UMNO. PAS memperjuangkan Islam, jika mereka buruk, Islam juga akan buruk. Jika mereka baik, Islam dipandang bagus. PAS juga harus berani keluar daripada kongkongan Anwar dan DAP. PAS perlu berani bersuara. Saya lihat Hj.Hadi dan Ust.Nasa sudah menampakkan tanda-tanda perubahan tersebut. Syabas!
saudara shamsul annuar:
sy juga stuju jika PAS berunding dgn UMNO. perkara ni taklah sukar. ia boleh berlaku dan ia juga bersyarat.
syaratnya pada umno..apa syaratnya? umno perlu mendaulahkan Islam di Malaysia. hudud? bukan kita minta hudud on the spot..take time lah utk study pasal hudud n beri penerangan pd masyarakat.
kita ada media, kita guna media.. cuma kita minta usaha ke arah perundangan Islam itu msti ada dan bersungguh. sehingga skrg umno mmg takda langsung usaha ke arah itu. itu yg jadi mslh pd umno.
jika kita sebut kerjasama umno-pas, sy ingin bertanya apa dah jadi dgn kelantan?
takkan kita nak tutup mata n tak percaya yg berlaku beberapa sekatan dari kerajaan persekutuan? byk yg tak di beri dari apa yg di beri pd negeri2 lain?
lihat? bagaimana kerjasama ini boleh berlaku?
sy ingin bertanya apa dah jadi dgn projek2 di selangor? hmpir semua ditarik balik hnya krn negeri selangor dikuasai PR.
cth: projek jalan 4 lorong sg.mnggis-Dengkil yg dah pun dpt peruntukkan tp tak jadi teruskan..
kita sebut kerjasama PAS-UMNO? berpuluh permohonon ir.nizar utk menggunakan kemudahan RTM sekurang2nya 1jam sehari utk sampaikan hasrat kerajaan tp di halang. selangor pun sama.
mcm mana kita boleh sebut kerjasama?
takkan kerjasama hnya boleh wujud jika kita duduk dalam satu parti?
tp kalau berbeza parti no way? mcm tu?
apapun, mari kita berdoa agar Islam akan didaulahkan di Malasyia kelak..hrpnya dlm masa terdekat.insyaallah..
Salam Doc,
Nik Aziz tidak meletakkan apa-apa syarat dalam PAKATAN, dan Nik Aziz rela menjadikan PAS kuda tungangan Anwar dan PAKATAN.
Tetapi apabila sesama Islam mengajak untuk berbincang, maka mulalah Nik Aziz menimbulkan syarat Negara Islam.
Persoalannya, mana keikhlasan. Teramat sayang, seorang yang mempunyai tahap ilmu yang tak terbilang boleh senang sahaja dipengaruhi oleh manusia bernama Husam.
Shame to you Husam for taking baits from Anwar.
Wassalam.
Keseluruhan PAS faham bahawa PAS tidak pernah termimpi untuk menyertai BN.Itu yang perlu difahami walau sesetengah pemimpin ada yang teringin.
Yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi ialah Kerajaan Perpaduan.Kerajaan Perpaduan bukan hanya melibatkan PAS, tp rakan2 dlm PR. Kenapa msh ada lagi yang mengatakan PAS ingin bergabung dengan UMNO?
Singh, mungkin Nik Aziz tersepit. Yalah, tidak mungkin DAP laknatullah akan terima syarat negara Islam. Tetapi dengan UMNO, ia merupakan perkara yang masih boleh dibincangkan. Kerana itu Hj.Hadi positif akan penggabungan dengan UMNO.
de Mahdali, mengapa masih dinanti rakan dalam PR? PAs mahu tunggu apa lagi? tidak cukupkah penindasan dan caci hina daripada penyokong PKR dan DAP terhadap PAS setelah PAS mengumumkan mahu bermuzakrah dengan UMNO? masihkah PAS menagih simpati daripada rakan PKR dan DAP mereka?
Simpati rakan PR? PAS tak pernah menagih simpati rakan PR. Apa yang hanya PAS perlu lakukan sekarang ialah memberi kefahaman pada mereka. Jika PAS telah berdakwah kepada UMNO hampir puluhan tahun namun UMNO masih lagi susah untuk diajar. Mengapa tidak berdakwah kepada rakan PR yang telah berjaya menunjukkan hasil positif walau baru setahun jagung.
Saudara de Mahdali yang saya hormati, usia setahun jagung masih terlalu awal untuk dijadikan ukuran. lihat sahaja sekarang, baru setahun jagung sudah banyak timbul masalah dalam PR. walaupun sudah lama PAS berdakwah kepada UMNO, mengapa berhenti sekarang? mengapa berhenti di saat-saat UMNO sudah mulai bersikap keterbukaan terhadap PAS? Jangan pernah putus asa, de Mahdali. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berputus asa.
Masalah di peringkat awal itu perkara perkara biasa kerana masih diperingkat pemurnian fikrah. Bila masa PAS berhenti? PAS tak pernah berhenti? Perlukah bergabung dengan UMNO untuk berdakwah? Jangan disempitkan pemikaran!
piggy singh.
bila u phm apa konsep perjuangan dlm merebut kuasa Islam, apa yg terpenting sekali?
seblum kita mula mndpt peluang utk mendaulahkan Islam apa yg kita msti ada?
sy beritau sedara, kalau dgn umno kita takda.
tp kalau dlm PR kita ada..
sedara rasa apa?
inilah namanya hak untuk menyampaikan mesej2 Islam. ya, sy akui mmg DAP menentang perundangan Islam ni.
tp u jgn lupa, naib pengerusi DAP tdk ada mslh dgn hukum ni.
u juga jgn lupa Ketua UMUM PKR juga setuju.
jadi, ambil kira secara total..mana lebih mmbawa kpd peluang menyampaikan Islam di Malaysia?
dulu di selangor, nik aziz, ishak baharom, n byk lagi pnceramah PAS diharamkan berceramah di selangor walaupun crmh agama.
di TV, mana2 penceramah PAS juga diharamkan dari mnjadi panel dlm progrm2 forum Islam.
di TV, progrm2 forum islam tak mmbicarakan isu2 yg terlebih lebih penting sprt soal perundangan Islam.
seolah2 kita sdg bncang tentang sebuah laptop.
kita sibuk dgn bagaimana rupa screen die, bagaimana rupa keypad die tanpa kita bincangkan apa jenis motherboard die, ape jenis sistem processor die..
jadi di bwh umno agaknya bagaimana mesej islam ini ingin disampaikan?
sbb tu sy sebutkan jika dlm keadaan skrg PAS tidak berpeluang utk smpaikan mesej2 Islam,
apakah jika PAS bersama UMNO peluang itu diperolehi? jika ya kenapa?
kata perbezaan politik tdk mjadi msalah dlm mmbantu melayu dan islam?
Saudara Maharajatoga,
Itulah masalahnya bila meletakkan syarat. Kenapa menyukarkan benda yang senang.
DAP yang bermati-matian menentang hudud dan Islam serta hak orang Melayu sanggup diterima. Tak ada syarat pun. Jadi kenapalah dengan UMNO mesti ada syarat.
Kedua dua parti mesti berubah. UMNO sedang berubah. Masalah beli undi akan berakhir dengan pelaksannan sistem pemilihan baru.
Ahli UMNO telah sedar yang masyarakat telah berubah. UMNO sedar betapa sukarnya mempertahankan hak Melayu kerana sudah ada pemimpin Melayu seperti Anwar yang akan labelkan pertahan hak Melayu adalah perkauman.
PAS juga telah dan sedang berubah. Jika dulu memaki hamun UMNO kerana berbaik dengan MCA, MIC kini PAS sudah memeluk DAP . Lebih dahsyat lagi sudah sanggup berkerjasama dengan musuh sendiri.
PAS juga perlu ubah daripada suka mengumpat dan mencaci cela dalam masjid. SAya sendiri mendengar khutbah Jumaat dimana DR Khir dihina sebagai munafik hanya kerana cuti Selangor adalah Ahad , bukan Jumaat.
Dr Mahathir digelar sebagai Mahafiraun di dalam masjid dan saya mendengarnya sendiri. JIka Nabi Muhammad saw masih ada, Baginda akan menangis melihat telatah orang yang berjubah berserban mencaci cela dalam masjid.
Sekarang maki hamun menjadi-jadi di Selangor. Tidak percaya. Sila datang ke surau Zaharah Taman Kosas, ampang.
Saya tidak memihak sesiapa. Sekadar harapkan kedua-dua berubah. UMNO mesti lebih peka akan masalah rakyat. Fahami yang ramai remaja marah bila terpaksa bersaing dengan pendatang haram dalam mencari kerja.
PAS juga mesti lebih sopan. Bagaimanakah UMNO akan berbaik dengan PAS bila UMNO dimaki hamun sepanjang masa.
Bolehkah seorang suami atau isteri sabar bila sepanjang hari dicela seolah olah tiada kebaikan. Fikirlah Nasharudin, Haji Hadi , Nik aziz.
sdr shamsul annuar;
sy rs sedara telah gagal memahami apa yg cuba sy smpaikan. sedara tidak melihat isu penting yg sy bangkitkan.
kita mengutamakan mesej islam itu disampaikan.
mana peluang yg lebih?
bersama PR atau bersama BN?
ada beberapa perkara juga sedara tidak mjwp persoalan berkaitan kerjasama yg sy bangkitkan.
bagaimana kerjasama slps ini blh berlaku jika krja sama skrg tdk boleh berlaku?
adakah krn PAS bukan BN maka krja sama tdk blh berlaku? krn PAS adlh BN maka krja sama blh berlaku?
berkaitan caci maki pnceramah PAS, sy lihat perkara tu semakin berkurang walaupun masih ada.
sedara juga tak blh nafikan di pihak UMNO juga ada caci maki ni.
dan terimaksih ats maklumat sedara.. sy akan pjgkan perkara ni pd pihak berkenaan. utk makluman, di pihak PAS amat komited mengenai penceramah PAS yg mencaci maki individu..
minta jasa baik sedara utk emel taeb87@yahoo.com berkaitan isu caci maki oleh pnceramah PAS.
berkaitan syarat..agaknya sedara lupa bhwa Nik Abd Aziz pernah berkata bhwa PAS akan dibubarkan jika UMNO mendaulahkan Islam di Malaysia.
sedara blh pertikaikan knp PAS yg memperjuangkan Perundangan Allah ini bersama DAP yg lantang menentang hukum Islam ini.
dan sy mnjwp ya, mmg DAP menentang hukum ini.
jadi, peluang utk perlaksanaan nya agak tertutup.
sy katakan agak tertutup krn sedara juga perlu tau Naib Pnerusi DAP setuju tntang perundangan Islam ni..
PAS gagal dlm usaha utk melaksana perundangan Islam ini sprt cth di Kelantan dan Terengganu walaupun telah diluluskan DUN dan mndpt perkenan Sultan tp dihalang oleh persekutuan atas alasan bertentangan dgn perlembagaan.
gagal dlm usaha melaksana perundangan Islam, maka beralih pula pd peringkat sedikit ke bawah iaitu memberi mesej2 Islam pd semua rakyat malaysia dn jika di bwh PR peluang ini lebih diperoleh.
sekian.
Saudara Maharajatoga,
Terimakasih atas ulasan saudara. Pada saya kedua-dua UMNO dan PAS ada kesilapan. Dan kita boleh menegur kedua-duanya.
Saya tertanya-tanya kenapa Nik aziz kata nak bubarkan PAS jika UMNO mengikut caranya. Yang saya nampak PAS yang sedang mengikuti cara UMNO.
PAS dulu kafirkan UMNO selama hampir 50 tahun sebab baik dengan bukan Islam. Kini PAS juga sudah sanggup jalinkan hubungan dengan bukan Islam termasuk DAP yang begitu memusuhi Melayu( dan tentunya Islam).
Dan soalan ini masih tak mampu dijawab oleh mana-mana ahli PAS. Mereka semua memberi reaksi yang serupa. Terdiam, muka merah dan segera tukar topik.
Lupakah PAS yang dulu Mohd Sabu menggelarkan Anwar dengan gelaran yang jelik. Apa sikap PAS dalam hal ini. Jika mereka tak percaya pada apa yang Mohd Sabu cakap, adakah Mohd Sabu berbohong.
Jika percaya, kenapa masih jalinkan hubungan dengan Anwar? Mengapa setelah ribuan orang bersembahyang hajat minta diturunkan bala pada Dr mahathir( kononnya menzalimi anwar), tiada apa terjadi pada Dr Mahathir.
Jujurkah PAS dalam hal ini? PAS selalu bercakap pasal Islam tapi yang saya nampak hanyalah jubah dan serban . Kini mereka juga sudah mula berpakaian seperti ahli UMNO.
Maksud saya, bila saya baca Harakah, saya tak nampak ‘Roh” islam. Yang saya nampak hanyalah umpat,keji , maki hamun.
Harakah berbohong beberapa tahun yang lalu berkenaan titah Sultan selangor memecat ahli surau di Taman Kosas. Mereka dipecat kerana suka memaki hamun( seperti gelarkan Dr Khir sebagai munafik dan menyamakan Dr Mahathir dengan Firaun dan Zionis.
Saya tahu sebab saya berada di masjid tersebut. Kenapa Harakah berbohong. Kenapa ahliJawatankuasa Surau menghalau keluar makmum yang menegur mereka.
Kenapa Harakah memfitnah Wan Mokhtar( bekas MB Trengganu) kononnya orang PAS jumpa RM4 juta dalam peti besi bilik MB) ketika Trengganu jatuh pada PAS pada 1999.
Apa ulasan saudara bila Haji Hadi berkata Hudud hanyalah 0000.1% dalam perundangan Islam( Maksud beliau bukan keutamaan). Kenapa perkataan “Islam” sudah tiada lagi . Sekarang PAS untuk semua . Sudah tak penting lagi kah “Membangun bersamna Islam”.
Saya bukan menentang Islam atau perundangan Islam. Saya hormat Muslimat PAS yang berbaju dengan sopan. Dan ramai kawan saya ialah ahli PAS. Mereka berbudi bahasa dan sopan. Itu saya tak nafikan.
Yang saya musykil ialah kenapa ( sebagai contoh) Harakah tak melambangkan Islam. Kenapa ada fitnah, bohong dalam Harakah.
Dan fitnah begitu melanda walau dalam Masjid. Tak percaya? Datanglah ke Taman Kosas.
Saudara berkata mesej Islam bila gagal kuatkuasakan perundangan Islam( perenggan terakhir). Adakah perli memperli orang Kedah tak guna( merujuk pada Dr Mahathir), menggelarkan orang dengan gelaran tak baik, menyebarkan fitnah dengan menuduh Najib membunuh Altantuya( walaupun hanya dapat cerita dari RPK yang belum jelas sahih berita)itu mesej Islam.
Adakah ahli PAS percaya Najib terlibat kerana dia dari UMNO atau memang sudah ada bukti. Dimana laungan yang meminta bukti 4 orang. Jujurkah kita atau kita bertopengkan ugama untuk kuasa.
Apakah jujur kita sebagai manusia menuduh UMNO tak hormatkan mufti. Tetapi bila Mufti tegur PAS, dituduh Mufti kroni UMNO.
Apakah tiada kebaikan UMNO. Ramai orang penting dalam PAS jadi kaya raya hasil kaitan dengan UMNO. Saya boleh namakan Pesuruhjaya PAS yang banyak nikmati kekayaan hasil peluang diberi kerajaan.
Maksud saya, mereka tak pernah ucapkan terimakasih. Inikah sikap orang Islam yang beriman.
Inikah cara membawa mesej Islam. Berceramah pagi petang siang malam. Berbaring didepan kereta Raja. Bila ditegur, dijawabnya UMNO pun kurang ajar pada Raja. Habis, apa beza PAS dengan UMNO?
Ini bulan bermakna UMNO tiada salah. Ada dan banyak juga seperti PAS juga.
SEperti UMNO, PAS dipersimpangan. Tolaklah perbincangan dengan UMNO( bukan Kerajaan campuran tapi sekadar berbincang sudah seperti “miracle”) dan PAS akan disanjung didunia yang fana ini. Ia akan dipuja oleh DAP dan PKR. Di dunia ini.
terimkasih juga krn sedara mmberi respons pd pandangan sy..
pertamanya, sy berharap perkara ini boleh disambung di tempat lain tp bukan lagi di blog dr.sid sbg menghormati tuan punya blog. sy cdgkan kita berdua boleh berforum di tranungkite, detikdaily, utaraonline atay mykmu.
sedara boleh pilih mana platform dan kita sambung perbincangan kita.
keduanya, terlalu byk pertikaian sedara dlm PAS. sy nmpak apa yg sedara nmpak. terimakasih krn begitu rasional. tahniah krn sedara mmpunyai hujah kenapa sedara lebih cnderung pd UMNO.
itu yg penting utk kita ada..kita msti tau kenapa kita cenderung pd ini dan bukan pd itu.
ketiganya..sy mohon jika ditakdirkan kita masih berhujah selepas ni sy harap kita dpt letakkan nmbor setiap isu yg kita bangkitkan dan mudah utk kita mmberi repons balas.
keempat, sy tidak lagi akan mmpersoalkan beberapa tindakan umno krn isu dan persoalan utama sy sedara masih belum lagi menjawap.
insyaallah sy akan mnjawap beberapa persoalan sedara bangkitkan dan sy minta sedara dpt quote kmbali mana2 isu yg terlupa utk sy jwp atau sedara masih tak puas hati dgn jwpn sy..
1. berkaitan harakah.
perkara ni sbnrnya juga telah mndpt perhatian dikalangan pemimpin PAS. mmg ada byk kelemahannya. kita tetap berharap akan ada perubahan di harakah.
insyaallah sy akan pnjgkan pd berkenaan. cuma sy juga ingin ingatkan sedara utusan juga byk fitnah dan putarbelitnya.
sedara tak boleh nafikan bhwa utusan ini mmg akhbar pro-umno.
cumanya, secara teorinya mmglah utusan tidak boleh dikaitkan dgn umno..
2. isu kafir mengkafir.
isu ini berlaku sekitar 70-80an. jika sedara mengatakan kafir mengkafir ini timbul berikutan PAS menuduh kafir pd umno krn bersama mca dan mic adalah tidak benar. sedara telah tersalah fakta.
isu ni timbul berikutan penolakkan dan beberapa kenyataan mmpertikai hukum perundangan islam ini oleh pemimpin dari kalangan umno.
jelas didalam quran secara qat’ie, mana2 orang yg mempertikai hukum perundangan Allah ini adalah kafir hukumnya. justeru, sedara perlu tanya pd diri siapakah pemimpin umno yg pernah bersetuju dgn hukum perundangan Allah ini? jika mereka tidak bersetuju, apakah alasan mereka?
jika sedara tidak keberatan, boleh sedara beritahu sy satu bukti usaha umno ingin pada perundangan Allah?
3. isu 0.001%.
maksud bukan ketuamaan sprt yg sedara tulis ni siapa punya pndngn? sedara ada tnya org yg bercakap apa mkna 0.001%? kenapa isu ni timbul?
jika hujah 0.001% hukum hudud ni adalah krn mksud bukan keutamaan, maka yg itu salah.
dlm islam ada feqh auwlawiyyat (keutamaan).
dlm perjuangan Islam, keutamaan adalah mendaulahkan Islam. perundangan Allah juga adalah keutamaan utk ditegakkan.
jadi, bagaimana jika ia gagal di capai setelah berusaha? kita beralih kpd peringkat yg lebih kebawah sedikit iaitu juga menjurus kpd arah itu. iaitu berusaha merebut kuasa politik.
kita tau bahawa matlamat tidak mnghalalkan cara dan kita masih berpegang pd itu.
bila kita sebut hukum hudud, org2 bukan islam takut, bahkan org2 islam pun ramai yg tak stuju.
sy tak fhm knapa org2 bukan islam mesti takut sbb hukum ni tak tertakluk pd bukan islam pun.
mereka takut sbb kita tak berpeluang mmberi mereka pemahaman malah pihak pemerintah juga tidak berusaha mmberi pemahaman. kenapa? jwpnnya mungkin krn tidak ada keinginan.
jadi disebabkan itu, kita memikirkan apakah caranya utk mendaulahkan islam dan dlm masa yg sama ingin sokongan dr pihak non muslim?
rupanya isu hukum hudud ini yg ditakuti..
telah di ajar Rasulullah SAW semasa dlm fathul makkah, baginda telah diminta mengugurkan kalimah rasulullah sbg syarat utk masuk ke Makkah.
dan Rasulullah setuju.
inilah yg dimaksudkan hemah dan strategy.
semua maklum dasar PAS adalah Islam. dasar tidak berubah tetapi strategy boleh berubah.
0.001%? dlm quran ada lebih kurang 14 ayat menyentuh hukum hudud ini daripada 6666 ayat.
dlm quran juga hnya beberapa ayat saja yg menyebut tentang solat, bahkan tidak diterangkan langsung bagaimana solat itu..tetapi lihat betapa pentingnya solat ni.
4. dulu mungkin mereka hentam kita, tapi skrg mereka sependapat dgn kita maka kita bersama mereka dlm perjuangan.
Iran, sebuah negara syiah..kita menyokong mereka dlm menghadapi Israel.
tapi kita tegas dlm soal akidah..
setakat ni dulu..sy menunggu respons sedara tentang jemputan sy ke forum.
Saudara maharajatoga,
Terimakasih atas ulasan saudara. Seperti yang saya katakan, saya mengkritik kedua-dua UMNO dan PAS.
Seperti PAS, UMNO juga ada kelemahan. Banyak juga seperti PAS.
1) Berkenaan Harakah. Tentulah tak menyelesaikan masalah bila kata bukan Harakah saja cenderung pada PAS tetapi Utusan juga berpihak pada UMNO.
Kalau begitu apa beza PAS dan UMNO. Kalau pemimpin sibuk melaungkan ugama, kenapa tidak terserlah pada majalah Harakah.
Soalan saya tak juga dijawab. Mengapa berbohong ? Mengapa memfitnah? Mustahil selama katakanlah 20 tahun ini Nik aziz atau Hj Hadi tak sedar pembohongan Harakah.
Apa yang nak dibanggakan kalau melahirkan sebuah akhbar yang menanamkan kebencian tak terhingga terhadap UMNO walaupun dibalut imej Islam.
Apa yang hebatnya melahirkan jemaah yang taksub. Cukupkah sekadar melaungkan Islam tetapi bila diminta ‘blueprint” kata tak siap lagi. Jadi selama 50 tahun ini cuma cakap saja.
Saya tak nafikan yang Utusan pro UMNO. Namun Utusan juga kritik UMNO walaupun berlapik.
2) Isu kafir mengkafir. Ini saya memang jelas. Dari dulu lagi ahli PAS kata pada saya haram berbaik dengan MCA, MIC. Kini terbukti PAS juga mengikuti UMNO. cuma sekarang mereka diam. Maklumlah PAS sudah sanggup berpeluk dengan DAP, satu musuh melayu dari zaman berzaman.
Saya tak pasti bagaimana saudara boleh “absolve” PAS dari kesalahan mengkafirkan UMNO.
Mengenai perundangan Islam, UMNO seperti juga PAS memang tak serius. UMNO ada juga buat untuk Islam seperti Perbankan Islam dan menyelamatkan banyak tanah Melayu dari tergadai melalui Tabung Haji.
UMNO juga banyak membantu ekonomi umat Islam walaupun ada kepincangan.
Dan PAs juga ada memperingatkan UMNo pasal Islam. Jasa PAS tak juga saya nafikan. ADa ahli PAS yang tinggi akhlak mereka. Ramai kawan saya adalah ahli PAS. Akhlak mereka terpuji.
Malangnya setakat akhlak saja. Kalau baca Harakah, memang saya tak kan percaya yang PAS perjuangkan Islam.
UMNO ada silap juga. Cuai dengan membiarkan perkara melampaui batas seperti hiburan melampau. Kalau baca majalah melayu banyak nampak artis berpeluk lelaki dan perempuan.
Apa Menteri UMNO buat? Kenapa tak bagi tahu editor yang lesen akan digantung kalau ada gambar artis berpelukan tak cukup kain dalam akhbar.
Saudara, tulisan saya bukan untuk cari kesalahan. Saya seperti saudara hanya mengingatkan . Dan saya juga memang boleh terima kritikan.
Ramai kita memang tahu “fitnah lebih dahsyat dari membunuh”. Tapi kita hanya menyebutnya. Lain pula perbuatan kita.
Bukan saja kita suka mendengar fitnah. Kita suka pula menyebarkan. Dan lebih menyedihkan kita sula pula tokok tambah.
Benar atau salah bukan kerana melanggar perintah ugama tetapi lebih kepada dari mana sipolan itu. Kalau dari parti kita, maka kita kata betul walaupun mengarut. Kalau dari parti lawan, kita kata salah walaupun orang itu tak dapat dibuktikan kesalahan.
Dan balasan Tuhan akan tiba. Teruskan cara kita dan akhirnya kuasa terlepas dari umat Islam. Dan ketika itu kedua-dua PAs dan UMNO akan menangis tak berlagu.
Saya cadangkan Tranungkite. Dan saya mohon maaf kalau saudara tersinggung dengan tulisan saya.
Saudara maharajatoga,
Saya telah memberi ulasan saya Jun 18. Tetapi saya tak faham kenapa tidak disiarkan disini.
Saya cadangkan kita boleh berforum di tranungkite sebagaimana cadangan saudara.
1. berkaitan harakah.
insyaallah sy akan emelkan pd berkenaan berkaitan Harakah. cuma ada beberapa kajian sy setakat ini mendapati kebanyakkan tajuk harakah bila melibatkan isu skandal akan letak tanda soal setiap tajuk2nya.
jadi tidak timbul soal fitnah. cuma yg timbul di sini adalah pintu kpd fitnah itu sndiri.
sy juga tidak stuju cara dan tindakan itu.
cuma sedara perlu tnya kenapa ia timbul?
ia timbul berikutan permintaan yg rasional utk dipenuhi ttp pihak Najib sndiri tidak melakukannya.
sy sentuh sedikit soal altantuya.
byk persoalannya.
-. PR mendesak ditubuhkan suruhanjaya khas utk bersihkan nama Najib ttp kenapa tdk dilakukan?
bukankah ia satu yg postif?
-. Soal SMS yg dikirimkan oleh najib pd Razak Baginda, kenapa ini tdk jadi persoalan?
SMS yg mengatakan Razak Baginda akan dibebaskan dan ini adalah mendahului keputusan mahkamah, hairan bukan?
-. PR jugak mendesak PM Malaysia ambil tindakan undang2 krn mncemarkan nama PM dgn mengaiktan isu Altantuya tp tak juga dilakukan.
inilah sbnrnya permulaan yg menyebabbkan diri sindiri difitnah dan dipandang seroang krn tindakan sndiri.
2. isu kafir mengkafir.
sy telah nyatakan sedara bhw isu ini sekitar 70-80an dan berlaku krn penolakkan UMNO kpd Perundangan ALLAH (hukum hudud dan qisas) buknnya krn kerja sma UMNO dgn mca dan mic.
hujah yg mengaiktan tuduhan kafir PAS kpd UMNO krn hubungan mca dan mic adalah modal oleh pihak2 tertentu (sy syaki BTN) yg timbul setelah PRU 12 apabila gabungan parti pembangkang yg menyaksikan PAS bergabung dgn DAP dan PKR.
mungkin krn kekuatan PR itu sndiri menyebabkan isu ini timbul. yg hairannya kenapa semasa gabungan BA tdk timbul isu ni?
insyallah mudah2an sy tidak beremosi dan tidak pula memenangkan mana2 pihak.
sedara shbt, sy merasakan hujah kita tak boleh selesai krn sedara ada pndpt sndiri dn sy ada pndpt sndiri.
jujur dlm diri sy, hnya satu perkara yg menyebabkan sy menolak UMNO tetapi tidak secara total. isunya adalah perundangan Hudud dan Qisas.
sedara, sy akan beri sokongan padu pada pemerintah jika pemerintah kita melaksanakan hukum perundangan Allah ini.
kita ambil isu2 yg besar melibatkan dasar2 parti bukannya tindakan ahli2. krn jika persoalan tindakan ahli yg dibangkitkan kita takkan dpt jumpa pencarian kita dalam hujah ini..
sy juga boleh snraikan lebih byk tindakan ahli2 umno tp sy tak berminat.
sy stuju bila sedara menyerang dasar2 PAS dan juga yg berhubungkait dgn PAS sprt harakah.
jika sprt pndpt sedara kedua2nya (parti) ada buruk dan baik, maka kita tanya pd diri kita yg mana lebih byk baiknya? kita kembali pd kaedah fiqh, kita pilih yg paling kurang mudharat.
jika kita masih gagal juga utk menilai, kita lihatlah org2 mukmin itu ke mana cenderungnya?
kita lihat fakulti2 yg berunsurkan Islam ke arah mana cnderungnya..
kita lihat artis2 malaysia parti mana pilihnnya?
moga cara demikian lebih menampakkan kita.
sy stuju utk nyakatan sokongan kuat pada pemerintah Malaysia jika melaksanakan Hukum perundangan ALLAH (hukum hudud dan Qisas) ini.
bagaimana pula sedara? apakah agaknya tindakan PAS yg perlu utk sedara memberi sokongan pd PAS?
terimakasih shbt…sedara mmg rasional sprt dr.sid juga. sy tdk ada mslh bila org menyokong parti A krn ada hujah yg kuat dan jelas.
yg sy bermasalah bila sesorang yg menyokong parti A tanpa ada hujah dan pengetahuan yg cukup. bila ditnya kenapa, mulalah hujah2 tak masuk akal yg dikeluarkan.
berkaitan tranungkite, maaf sy tarik balik cdgn sy. sy kurang bersetuju utk berforum di ruangan lebih besar krn akan menyebabkan gangguang begitu ramai oleh forumer lain.
selain tindakan mengapi2kan juga akan muncul.
Saudara maharajatoga,
1) Soal UMNo dituduh kafir oleh PAS. Saya mendengar sendiri perkataan dari ahli PAS yang menganggap UMNO kafir kerana berbaik dengan MCA dan MIC.
Ini bukan fitnah. Saya mendengar sendiri dengan begitu ahli PAS menyatakan adalah haram untuk bekerjasama dengan MCA dan MIC. Bagaimana saudara kata ianya adalh fitnah.
2) Mengenai Altantuya. Siapakah rujukan PAS atau DAP atau Anwar Ibrahim? Saya yakin salah seorang rujukan utama ialh Raja Petra. Berbuih mulut Haji Hadi bercakap pasal negara Islam. Lupakah beliau akan Ayat Alquran tentang peringatan Allah akan berita dari orang yang fasik.
Bukankah kita disuruh supaya berhati hati bila menerima berita dari orang yang fasik kelak supaya tidak menganiayai.
Masalah pAS sekarang ialah ia bukan saja engkar akan perintah Allah swt . Malah lebih malang lagi suka menyebarkan fitnah hanya kerana Najib dari UMNO.
Mohd Sabu mengumpat Najib dengan pantun seloka dalam Muktamar PAs, diikuti dengan gelak ketawa dari pemimpin PAS. Tiada seorang pun bangun menegur Mohd Sabu yang cerita yang dibawa( mohd Sabu dikenali oleh sikap suka mengumpat dan memfitnah) belum tentu sahih.
Saya tidak pertahankan Najib sebab dia dari UMNO tetapi saya ingin tekankan adalah perlu dapatkan bukti sebelum kita menuduh.
Ingatkah saudara akan seorang penceramah PAs( Allahyarham Bunyamin) yang memnfitnah Dr mahathir kononnya beliau menonton filem lucah bersama cucunya.
Bukan niat saya mempersenda orang yang telah meninggal. Apakah ini cara yang Mohd Sabu ingin contohi. Mengumpat dan memfitnah tanpa dapat memberi bukti yang jelas. Sepert kata Dr asri, bekas Mufti Perlis, yang menegur PAs kerana berterusan bercakap dan menuduh walaupun bukti tiada. Bila ditegur, selamba dijawab, Ini politik sheikh. Inikah Islam yang Nik aziz dan Hj Hadi nak bawa.
Dan pada soalan saudara apakah yang diperlukan untuk saya memilih PAS, saya memang menunggu soalan ini.
Yang pertama PAS perlu lakukan ( seperti juga UMNO) ialah menerima hakikat yang PAS bukan memiliki Islam secara eklusif.
Keduanya buangkan budaya memaki hamun UMNO atau sesiapa yang tidak setuju dengan mereka. Hentikan budaya mencaci cela pemimpin UMNO dalam tazkirah atau mencantas imam atau khatib hanya kerana mereka dari UMNO. Perkara ini memamng berlaku. CumA saudara jangan harap dapat baca dalam Harakah.
Ketiganya terima hakikat yabg UMNO juga ada kebaikan. Tentu pemimpin PAS faham. Bila tak dapat ke Mekah kerana terikat dengan kuota Kerajaan Arab Saudi, UMNO juga dicari. Selepas itu maki hamun .
Dan keempat ini adalah satu perkara yang jadi Trademark ‘Zaman berzaman” PAS. Iaitu suka berceramah( atau lebih tepat lagi mengumpat dan memfitnah). Pagi petang siang malam berceramah. lebih elok kalau perli memperli UMNO dengan memetik dari sumber yang tak dibuktikan seperti Raja Petra.
Ulama zaman dulu tegas mempertahankan ugama. Tegas tetapi beradap. Mereka menulis buku yang jadi rujukan ratusan tahun.
Mereka menegur dengan penuh hikmah. Saya yakin mereka tentu pengsan bila melihat PAS yang menjulang nama ‘ugama” berpantun berseloka mempersendakan ketua kerajaan dengan tuduhan yang belum pasti, apatah lagi memetik dari khabar berita dari orang yang fasik.
Ulama dulu tidak jadikan ceramah menghentam kerajaan sebagai sumber pendapatan. Bagaimana PAS?
Yang perlu pAS lakukan ialah mengkritik , bukan memaki hamun. Ada beza kan. Maksud mengkritik ialah tegur bila salah dan beri cadangan untuk mengatasinya.
Memaki hamun maknanya menggelarkan Dr Mahathir “Mahafiraun” . Memfitnah contoh ialah menyatakan UMNO zalim kerana menukarkan ahli surau Taman Kosas beberapa tahiun yang lalu walhal ianya dilakukan kerana ahli surau tersebut gemar memaki hamun
1. isu kafir mengkafir.
tak perlu sy ungkit. sy dah jelaskan bhwa isu ini timbul krn Umno tolak perlaksanaan Syariah islam di Malaysia.
kita tahu penolakkan walaupun satu perkara dlm quran apa hukumnya?
tak logik kalau PAS kata umno kafir krn berpakat dgn mca dan mic sdgkan PAS prnah bersama dgn BN yg juga trdpt dlmnya mca dgn mic..
2. Soal altantuya juga sy dah jelaskan. jgn biar diri kita mjadi punca kpd fitnah.
kita boleh beri alasan mulut org kita tak boleh jaga..mslhnya kita tak usaha utk elakkan diri kita dari difitnah..sudahlah institusi khakiman kita dah susah nak percaya.
byrn ex-gratia buktinya.
jadi, buat sesuatu utk bersihkan diri dari terus di fitnah..
3. soal harakah..sy dah bangkitkan.
4. soal Mat sabu ada kaitan dgn persoalan no 2.
5. soal bunyamin sy juga kecewa tindakan dia. moga Allah ampuni dia.
sy kembali pd hujah penolakkan sedara terhadap PAS. sedara bandingkan knp sy tolak umno dan kenapa sedara tolak pas.
bila sedara berhujah kenapa sedara tolak pas, sy ada jwpn. dan jwpn sy bkn krn nak menangkan pas. tp mmg itu jwpn dari hati sy.
bila sy bercakap kenapa sy tolak umno, tp sedara tidak menjawap.
Saudara Maharajatoga,
Terpulanglah kalau saudara nak percaya atau tidak. Bertahun tahun lamanya sahabat saya dari PAS cakap UMNo serupa kafir kerana berbaik dengan MCa dan MIC.
Bagaimanapun, merekapun sekarang tidak bercakap seperti itu lagi. Maklumlah, sekarang musuh Islam seperti DAP pun sudah dijunjung PAS.
Mengenai Altantuya, itukah jawapan yang seorang Islam boleh berikan. Sepatutnya, kita nasihatkan RPK atau Anwar untuk jangan terus memfitnah Najib hanya kerana dia dari UMNO.
Sekurang-kurangnya Najib telah bersumpah. Dia berusaha membersihkan namanya dengan bersumpah didalam masjid.
Anwar bagaimana? Takut bersumpah? Kenapa? Takut dilaknatkah?
Saudara lupakah perkataan Mohd Sabu “Anwar Aljuburi. Inikah orang yang akan memerrrrtabatkan ugama Islam”. Lupakah saudara debgan apa yang diucapkan oleh Mohd sabu.
Soal Bunyamin, saya…… Moga dia diampunkan…. Saya juga fikir begitu.
Alangkah baik jika PAS juga begitu dengan UMNO. Adakah semua dalam UMNO jahat? Adakah semua dalam PAS baik?
Wakil rakyat dalam PAS juga ada rumah jutaan ringgit . Kalau UMNO dah dituduh rasuah. PAs apa?
Betulkah UMNO tolak Syariah? Betulkah? Ya UMNO juga ada silap. Ya undang-undang Islam tak dilaksanakan sepenuhnya macam semua negara Islam. Tak ada satupun laksanakan Islam sepenuhnya.
Macam Haji Hadi cakap juga bila ditanya. Hudud hanya 0000.1% dari perundangan Islam.
Ada yang UMNO boleh perbaiki. Itu tak saya nafikan. Macam PAS juga . Bolehkah laksanakan Islam kalau semuanya mesti dapat kebenaran DAP.
Janganlah butakan hati kononnya DAP dah terbuka pada Islam. DAP hanya berbaik dengan PAS untuk jatuhkan UMNO.
Ramai orang PAs cakap saya nak takutkan mereka . Saya cuma cakap apalah gunanya bercakap bila kuasa terlepas dari genggaman.
Kita boleh pelajari dari apa yang dibuat olewh Arab 100 tahun dulu. Gabenor Arab termakan hasutan Inggeris untuk jatuhkan Kerajaan Osmaniah.
Siapa yang rugi. Islam juga termasuk saya dan saudara.
Mengenai Altantuya, saudara berkata “jangan biar kita jadi fitnah…”. mungkin ayat ini dapat bantu saudara dan ahli PAS yang tenggelam punca. “Dan bila orang fasik……”.
Lupakah saudara akan peringatan Allah swt akan perlu menyiasat terlebih dahulu agar tidak menganiayai manusia kelak.
Atau tak perlu ingat peringatan Allah swt kerana Najib dari UMNO dan dia tak berjubah atau ada janggut.
Mana buktinya dengan tuduhan tersebut. Cukupkah dengan gambar yang di”superimposed” ?
Nik aziz berperangai seperi Raja-Raja Kristian zaman dahulu kerap mengadakan pogrom keatas Yahudi hanya kerana Kristian percaya Yahudi khianati Nabi Isa.
Marahkan UMNO atas perkara yang berlaku 30 tahun yang lalu. Sakit hati pada UMNO lalu fikir semua orang UMNO tak guna.
Berbeza dengan Khalifah Islam terdahulu. Walaupun mereka tahu Yahudi pernah mengkhianati Nabi Muhammad saw, Khalifah terdahulu tidak menghukum Yahudi atas apa yang berlaku ratusan tahun dahulu.
Mereka bertindak sesuai dengan perbuatan Yahudi. Tapi mereka tak “pukul borong”. Mereka berhati-hati bukan menolak yahudi keseluruhan.
Seperti saya juga tak hukum semua ahli Pas tak guna walaupun ada orang seperti Muhammad Sabu yang semua orang tahu hanya dikenali sebab suka bagi gelaran buruk dan memaki hamun pemimpim UMNO.
isu kafir mengkafir.
mmg sy hairanlah kalau statement kafir umno ni merujuk pd gabungan umno dgn mca dan mic.
hairan sbb sblm ni pas pun bersama dgn mca dan mic.
soal 0.001% hudud sy dah terangkan sebelum ni tapi sedara tak ulas malah ungkit pula dlm posting kali ni. hairan.
soal isu memfitnah. sedara kena lihat perkara pokok mengapa ia timbul fitnah? apa puncanya?
sy stuju kita msti kaji kesahihan setiap berita. tp kita juga tak boleh letakkan diri kita dalam keadaan fitnah manusia.
kalau sedara kata Najib dah bersumpah bagaimana soal peraturan?
PR desak beberapa perkara di ambil bg membolehkan dirinya dibersihkan dari di fitnah yg ini pun tak buat.
dia sndiri membiarkan dirinya terus difitnah tanpa ada usaha utk bersihkan dirinya.
bersumpah pun ada kaedah. dlm soal yg di hadapi oleh anwar, perkara yg terbaik menurut ramai ulamak adalah melalui tuduhan qazaf.
bersumpah tak terpakai dlm soal tuduhan jenayah.
sekali lagi sy ulang. 1 perkara je penyebab sy tolak umno. umno tidak laksana peraturan Islam sedangkan ia wajib secara qat’ie.
dlm quran jelas2 kata kalau pihak pemerintah tak laksana perundangan Islam ni ada dua hukum. sedara rujuk pd tafsir.
hukum pertama jika pemerintah islam itu tidak berusaha ke arah perlaksanaan undang2 Islam, atau pemerintah Islam itu malas maka hukumnya adalah berdosa besar.
ini sama dgn seorang islam yg tidak solat krn malas.
hukum kedua jika pemerintahan Islam itu tidak laksana islam malah mempertikai, memperlekeh, menghalang, rasa tak sesuai, tak ikut zaman, maka hukumnya adalah terkeluar dr islam.
sama dgn seorang Islam yg tidak solat krn tidak percaya, memperlekeh atau sbg.
jadi sy perlu sokong pd perjuangan yg ingin pd perlaksanaan Islam sbb ia melibatkan soal akidah.
antara pas dgn umno yg mana lebih cnderung pada keinginan hukuman islam ini?
sy harap PM terima jemputan Nik Aziz berdebat utk selesaikan mslh umno dan pas.
Saudara Maharajatoga,
1) Tidak apa yang menghairankan. Inilah sikap PAS sebenarnya. Bila sebelun berbaik dengan DAP, maka UMNo dituduh kafir hanya kerana memberi ruang pada MCA dan MIC.
Inilah yang bertahun tahun rakan rakan saya yang menyokong PAS sebut dari dalm Universiti hingga kami bekerja dan ada anak.
Bagaimanapun, sekarang tidak lagi. Macam semua orang tahu, PAS dan begitu mesra dengan DAP yang cita-citanya satu saja menghapuskan kuasa orang Melayu .
Pegangan boleh dijual beli. Jika PAS sebuk menuduh UMNO sekular, PAS pula manipulasi ugama untuk politik . Bukan menegakkan ugama tetapi lebih untuk guna ugama untuk kuasa. Maka sangguplah berbaik dengan musuh sendiri untuk jatuhkan UMNO.
Akhirnya yang rugi ialah Melayu. Oh sorry. Tak boleh sebut Melayu,nanti dituduh assabiyah pula. Yang PAs tak sedar atau pura-pura tak sedar DAP hanya gunakannya untuk jatuhkan UMNO. Itu saja.
Jika cita-cita ini berjaya, PAS akan dicampak . Lebih kurang macam sekarang juga. Apa-apa keputusan mesti dapat ‘green light” dari DAP.
“Bersumpah pun ada kaedah……”. Lucu benar kenyataan saudara. Macam mana kaedah nya. Sekurang-kurangnya Najib bersumpah. Saudara Anwar tak mahu pula.
Saudara tak pernah tertanya-tanyakah? Apakah ugama Islam terlalu susah diamalkan? Jika benar tiada apa salah dilakukan, nah bersumpahlah.
Kalau tak tahu cara, banyak Mufti boleh tunjuk. Soalnya beranikah? Atau guna “technicality” untuk sembunyikan kebenaran.
Saya tertanya-tanya apa yang buat orang Melayu( ramai orang PAS percaya tuduhan terhadap Anwar) begitu percaya NAjib terlibat walaupun sudah bersumpah tetapi Anwar masih enggan berbuat demikian.
Apa alasannya walaupun berpadang-padang orang sembahyang memohon petunjuk Allah swt bila Anwar dipecat dahulu.
Dan saudara berdiam diri dengan tuduhan Mohd Sabu 11 tahun lalu yang mencabar Dr Mahathir memecat Anwar kerana salah laku seks.
Kenapa? Sampai sekarang tiada seorang pun orang PAS boleh bagi jawapan. Jika sekarang saudara dan PAs sanggup menerima Anwar, adakah Mohd Sabu menipu. Layakkah orang sedemikian mewakili PAS?
Jika tiada tindakan terhadap Mohd Sabu, adakah PAS percaya tuduhan itu?
Seronok mengata orang. Maklumlah yang dipersenda ialah Najib. Bila kena batang hidung, sibuk minta bukti.
Saya tak nampak PAS cenderung pada ugama. Yang saya nampak PAS cenderung guna ugama untuk merebut kuasa.
namun saya tak nafikan ada wakil PAS yang berperibadi baik dan jujur.
Jika berceramah pagi petang siang malam ( termasuk memaki hamun)digambarkan memperjuangkan Islam, maka saya rela dituduh tak menyokong Islam.
Jika terpaksa minta kebenaran DAP dan PKR untuk bertegur sapa dengan UMNO, maka PAS bukan pilihan saya.
Jika berdendam atas apa berlaku 30 tahun lalu dan pukul borong semua ahli UMNO tak guna, maka saya tak fikir PAS memperjuangkan Islam.
JIka hanya setakat bangkang tapi bila diminta cadangan tergagap-gap, maka PAS bukan pilihan saya.
Jika menuduh sipolan sipolan membunuh tanpa dapat beri bukti, maka PAS tidak mewakili Islam.
Jika memilih apa yang dikehendaki dan menolak ketentuan Allah swt bila perkara buruk terjadi, maka PAS bukanlah mewakili Islam.
Jika pemimpin PAS( seperti Nasharudin) lari bila tidak berani pertahan pendiriannya, maka dia bukanlah seorang ulamak . Seorang ulamak akan tegas pertahankan kebenaran. Jika ia rasa ia dipihak yang benar, Nasharudin akan pertahanklan walaupun ditolak oleh Nik aziz.
Masalah yang saya nampak dari tulisan saudara ialah saudaratidak mahu berlapang dada. Buanglah perangai cari kesalahan UMNO.
Memang banyak. Saya boleh tulis 2 kertas kajang.Tapi jangan lupa jasanya banyak juga. UMNO masih boleh terima segala fitnah pAS dalam masjid atau Harakah. Kuasa politik UMNO melahirkan profesional Melayu, satu yang hampir tak wujud 30 tahun lalu.
UMNO juga ada kesalahan . maklumlah manusia. Tapi ia juga jujur dalam banyak perkara. Ia sanggup hilang kuasa untuk memecat Anwar . Dr Mahathir boleh berpura-pura tidak tahu aktiviti Anwar.
Tetapi memandangkan iman, beliau sanggup dimaki hamun kerana tidak mahu mewarisi Malaysia pada seorang PM yang suka benda songsang.
Saudara maharajatoga,
Saya harap Najib tidak terima pelawaan Nik aziz untuk berdebat.
Yang diperlukan ialh bertemu dan berbincang. Saya dan saudara tahu baik UMNO dan PAS ada kebaikan.
Tidak mustahil. Yang diperlukan ialah keikhlasan kedua-dua PAS dan UMNO. Bertemulah. UMNO mesti juga hormat PAS. Dan PAS saya harap berlembutlah sedikit dengan UMNO.
JIka UMNO dan PAS berterusan bertelagah, maka akan berakhirlah kuasa politik Melayu. Dan bila ianya berakhir, ianya mungkin untuk selama-lamanya.
Rebutlah peluang bila ianya masih ada. Rebutlah jika sayangkan ugam dan bangsa.
inilah masalahnya bila kita mmpersoalkan perkara2 yg bukan dasar perjuangan.
sedara boleh kata PAS berbaik dgn DAP.
tahaluf siasi dibenarkan dlm islam.
soal prinsip hukuman Islam tidak mmbenarkan kaedah sumpah2 ni dlm soal jenayah. ini sedara perlu fhm. Sedara guna agen carian google. Dr.yusof Qardawi juga melarang Anwar dari bersumpah.
sedara jgn lupa 10 tahun lalu anwar dah bersumpah.
sy stuju umno dan PAS bergabung utk manfaat Islam. satu jer syaratnya, laksana Islam.
Laksana Perundangan Allah.
jgn lupa Nik Aziz pernah ckp PAS akn dibubarkan jika umno laksana Islam. sukar sgt kah?
ini soal akidah.
sy sentuh sedikit berkaitan UG. sedara boleh bc komen sy dlm posting dr.sid tajuk PAS is afraid of DAP n PKR.
soal2 lain yg tidak melibatkan dasar parti, sy tidak akan komen. kalau sy komen sy percaya kita tidak dpt apa2. di pihak sedara, sedara boleh keburukkan PAS. di pihak sy sy boleh senaraikan lebih pjg dari sedara.
sy pernah tegaskan sy tak berminat utk komen soal yg tidak dasar.takkan selesai.
boleh kalau sy nak tanya soal keperibadian pemimpin2 umno dalam soal ketaatan dan kepatuhan kpd agama..ini kreteria dlm menetukan kepimpinan.
takpelah..cukup soal yg tdk ada kaitan dgn perkara Dasar.
kita bincangkan soal dasar. soal melibatkan akidah.
soal perundangan Allah.
ada apa2 yg sedara ingin katakan tentang perundangan Allah ini?
Kenapa sedara tidak stuju debat antara Nik Aziz dan Najib? bukankah sedara byk persoalan mengenai PAS? dan sy pula terlalu byk persoalan pd Najib.
jd sy rasa perkara ni boleh diselesaikan melalui perjumpaan pemimpin utama PAS dan UMNO.
mana yg tak sesuainya?
ini kenyataan Nik Aziz.
“Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.
Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).
Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan
Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, ‘rahmatan lil-’aalamin’, rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan.
Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.
Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.
Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu ‘Kerana Apa Umno Menolak Islam’.
Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).
Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; ‘Ini keputusan Mahkamah Malaysia’.
Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam”
Saudara Maharajatoga,
1) Isu bersumpah. Bersumpah bukan mengambil alih peranan mahkamah. Ianya hanya satu cara untuk menunjukkan pada masyarakat akan ketetapan kita.
Soal yang menjadi bualan ramai ialah kenapa takut bersumpah. Kenapa? Kenapa ulamak yang larang bersumpah diikuti. Bagaimana dengan ulamak yang cadang Anwar turut bersumpah bila Saiful telah bersumpah?
Saya tak menuduh Anwar. Jika saya jadi Anwar, saya akan bersumpah di Masjid Negara disaksikan pemberita seluruh dunia. Walaupun jika saya tak percaya akan cara bersumpah, saya akan tetap bersumpah kerana ini akan beri balik bebanan pada Saiful.
Saya akan cakap seperti apa yang Saiful cakap. Apa nak ditakutkan kalau saya berkata benar. Atau saya ada sesuatu untuk disembunyikan.
Yang menyebabkan ramai tawar hati pada PAS ialah ia bukan main baik sekali dengan DAP sehingga seperti ikut telunjuk DAP. PAS begitu sopan dengan DAP tetapi kasar dengan UMNO. Ini buat ramai pelik. Islam cara mana yang Nik aziz ikut.
2) Debat. Ini bukan untuk cari kemenangan. Debat selalunya akan berapi-rapi. Cara yang lebih sesuai ialah bertemu. Yang diperlukan ialah buang ego . Itu saja. Bukan susah sangat.
PAS tak payah bimbang kononnya akan jadi kuda tunggangan UMNO. Sekarang pun PAS dah sanggup ikut telunjuk DAP .
Teruk sangatkah UMNO mengalahkan Firaun.? Tentu bukan begitu kan? Jadi kenapa tak tiru cara Rasullulah menyebarkan ugama. Tak susah sangat. Buanglah budaya hantar penceramah cari makan ke Kg Pandan contohnya untuk kutuk UMNO selepas sembahyang Isya.
Tegas sebarkan ugama . Tegas bukan kurang ajar. Tegas maksudnya menegur bila salah dan beri cadangan untuk kebaikan. Sopan maknanya tak beri gelaran bukan-bukan pada PM atau isterinya atau caci cela hanya kerana orang itu dari UMNO.
Dan janganlah sebut nak tegakkan islam, bila Harakah setiap masa tabur fitnah.
Zaman PAS memerintah ialah zaman kegemilangan Ugama Buddha. Setinggi-tinggi bangunan Patung Buddha didirikan melebihi masjid sendiri.
Begitu murah hati Nik aziz sampai melebihkan ugama Buddha, Hindu melebihi Islam sendiri.
Diu Selangor sudah tak ada larangan kuil tak boleh melebihi masjid. Hal elwal ugama bukan Islam sudah tidak lagi di tangan orang Islam. Bila Timblan YDP Ampang robohkan satu kuil haram di ceruk hutan di Ampang, beliau digantung kerja. Benda begini tak pernah jadi zaman BN.
3) ‘Saya mahu penjelasan….”. Sejak bila PAS perjuangkan Islam? Yang saya nampak PAS gunakan Islam untuk cari kuasa . Itu saja. saya tak nampak pun PAS perjuangkan Islam. Setakat cakap saya pun boleh. Perjuangkan Islam kah bila gemar memfitnah. ITu cara Islamkah?
Perjuangkan Islamkah bila pagi petang siang malam berceramah. Bukan ceramah untuk kebaikan tapi lebih umpat dan fitnah. Perjuangkan Islam kah bila sebesar-besar Patung Buddha melebihi masjid sendiri seolah-olah ramai bUddha di Kelantan.
Perjuangkan islamkah bila begitu mesra dengan bukan Islam sampai melampaui batas tetapi begitu kasar dengan saudara seugama sebangsa,
Perjuangkan Islamkah bila berbaring atas jalanraya menghalang kereta Sultan Perak. Perjuangkan Islamkah bila tak dapat menerima ketentuan Ilahi.
Perjuangkan Islamkah bila memberi tanah 999 di perak kepada Kg Baru Cina.
Perjuangkan Islamkah bila dulu mencabar Dr Mahathir untuk pecat Anwar Ibrahim atas salah laku seks tapi kini mengangkat Anwar jadi ketua.
4) Isu “mujadalah”. Apakah Nik aziz itu Nabi dan Najib itu Abu Jahal. Janganlah begitu sedap samakan UMNO dengan Namrud atau Firaun. Janganlah perasan yang awak setaraf dengan Nabi.
Tentu caranya berbeza kerana Firaun menolak Islam. Dia tak mengaku Allah swt sebagai Tuhan. Tetapi semua pemimpin UMNO menerima Allah swt sebagai Tuhan.
Itulah perlunya pertemuan. Kalau dengan Lee Kuan Yew tak ada masalah nak jumpa, apalah sangat bertemu UMNO. Tak perlu korbankan prinsip( kalau masih ada). Cuma kadang-kadang elok juga dengar apa orang cakap pada kita.
5) Saya bukan berniat cerita keburukan PAS. Saya pun bukan ahli UMNO. Tak kan marah kot. Saya hanya menegur PAS seperti juga saya pernah tegur UMNO.
Bila kita menegur, maknanya kita masih ada tanggapan yang PAS boleh berubah. Kalau tak peduli lagi susah.
Orang boleh sebut “Mampus pi”, kata orang Kedah. Maknanya langsung dah tak suka.
Saya pun tahu juga peribadi beberapa orang PAS termasuk pemimpin. Ada yang saya tahu kaki kelentong. Tapi tak payahlah saya sebut nama.
Dan berulang kali saya cakap juga UMNO perlu berubah. Dan saya dapati ia sedang berubah.
Buat apalah saya buang masa tulis kalau saya tak peduli. Sebab saya pedulilah, saya tegur. Saya tak tahu diman asaudara tinggal, tapi di tempat saya kiri kanan orang MElayu kecewa bila PAS tak nak bertemu dengan UMNO.
” Apasal PAS macam ni. Kenapa tebal sangat kebencian”.
” Apasal PAS kena minta kebenaran PR untuk jumpa UMNO?”.
” Nik Aziz dah melalut.”
” DEngan DAP punyalah takut. Dengan UMNO kasar semacam”.
” Apa hal PAS benarkan patung Buddha baru dibina setinggi bangunan lima enam tingkat”
” PAS lupakah dulu cabar Dr Mahathir pecat Anwar sekarang peluk cium Anwar”.
” Apa ciri Nasharudin nak kata dia ulamak. Kena tegur Nik aziz, cabut lari dah. Macam ni nak jadi pemimpin?”
Komen ini saya dengar di masjid dan juga kenduri kahwin, kedai kopi, dalam pejabat.
Kadang-kadang elok kita semua bercermin diri.
amboi..pjgnya.
tp rupanya sedara masih gagal utk melihat isu utama yg sy bangkitkan. sy hrp kita dpt ketepikan isu yg tidak dasar dlm perjuangan umno dan pas.
yg sedara bangkitkan terutama soal tanah, soal petunjuk dap, pasal patung budha, pasal fitnah n byk lagi yg sedara bangkitkan ni kalau kita debatkan sy rasa tak boleh selesai.
ade yg sedara jelas dan sebaliknya. sy pun begitu.
ok..stop pasal perkara yg bukan dasar.
kita perlu bercakap soal dasar perjuangan dn sy rasa ini lebih jelas utk dibahaskan.
sy rasa letih utk kita perkatakan soal2 yg sedara timbulkan. mcm nilah..kita ckp dulu soal dasar perjuangan.
skrg ni yg utama adalah perlaksanaan undang2 islam. kenapa umno tidak laksana undang2 islam walaupun setelah lebih 50 tahun memerintah?
ini yg kita sebut dasar. ini yg menjadi perbezaan ibarat langit dan bumi.
sorang nak, sorang taknak.
sila utk jelaskan. tak perlu isu lain.
Saudara Maharajatoga,
Selagi saudara ( atau sesiapa ahli PAS)mengamalkan budaya mencari siapa lebih Islam( PAS atau UMNO), maka sampai bila-bila orang Melayu akan bertelagah.
Segalanya bukan hitam dan putih. Ada kelabu ditengah-tengah. Ada kebaikan PAS. Banyak juga. Dan ada juga banyak cara PAS merosakkan Islam.
DAn UMNO pun ada salah juga. DAn jasanya banyak juga. Inilah hakikat. Hanya orang buta hati yang akan meletakkan UMNO lebih hina dari DAP.
Dan soalan pasal siapa lebih perjuangkan Islam, ini adalah satu penyakit orsang Melayu. Membuang masa mencari siapa kononnya lebih Islam.
Ini adalah cara sia-sia. Kepada orang Melayu yang ghairah untuk berpolitik dengan taksub, ingatlah cara politik Raja-Raja arab sepanyol berbaik dengan Raja Kristian untuk menjatuhkan sesama Islam.
Kesannya amat buruk. Orang islam disembelih. Atau ingatlah cerita bagaimana Gabenor arab berbaik dengan Inggeris untuk menjatuhkan Sultan Turki. Hadiahnya? Palestine diberi pada Yahudi.
Jadi nasihat saya pada PAS, hati-hati berbaik dengan musuh utama anda, DAP. Kelak tergadai negeri.
Sekarang pun dah rasa seksa, Berpuluh gerai orang Melayu di Bukit Feringgi di Pulau Pinang dah dirobohkan.
Inilah jadinya billa kuasa terlepas dari tangan.
hi doc….what’s up?….interesting issue…..aku pening jugak…baca komen ni…..tapi yg aku paham….semua cakap yg sorang ni lebih islam dari yg sorang ni…mmm, ntahla…..aku dah dengar ni dah lama dah…….aku ingat, ujung 70an dulu….tapi, parah waktu tahun 80an, 90an….kot, lupa lak aku …..isu kafir mengkafir, sampai sembahyang 2 imam….rosak2….aku dulu sekolah kat kelantan…tahun 70an, 80an…..aku ada jugak perasan, budak2 sekolah pun dah tau bezakan, org pas dgn bukan pas….dia org dah training awal lagi…umno buat dek je waktu tu…..
satu masaalah kite ni…..kita rasa Islam tu kite yg punya……melayu punya…..sepatutnya….Islam is Islam…..can be a chinese, indian, dayk..or whoever…..then, we can see the differences between these two parties……UMNO basically a malay party, only few years ago they became a bumiputera party with the inclusion of sabah n sarawak…..PAS is a party base on religion, i hope not using religion for politics, should be politics for religion….but some of them now doesn’t know how to differentiate these, main hentam je …..there are some common grounds that both of them have, should be the main focus of discussion to move forward…..not who is more islamic…..aku pun bukan pandai sangat…tapi aku rasa, muzakarh ni…ikutkan tak perlu la ada syarat2…keikhlasan, yg penting……syarat2 ni semua…sebab ada kepentingan sendiri…tak tahula, pas ke umno….fikirkanla….
To maharaja tongga..
Saya duduk d perak..Nizar telah memaklumkan di dewan DUN Perak dengan JELAS..memang PAS tak ada hasrat..tak ada dokumen..dan cita-cita untuk membangunkan negara Islam dan apa tah lagi HUDUD.
macamana tuan kata hanya PAS yang berjuang untuk menegakan Negara Islam..adakah tuan tidak lihat clip video Nizar..Ketinggalan BOT le tuan ni…
Saudara anak Perak,
Masalah debgan kaum kerabat PAS ialah mereka tak dapat terima bila dikritik oleh UMNO atau orang Melayu. Ramai kawan saya dah “dibasuh” otak mereka yang menyatakan mengkritik PAS sama seperti menghina Islam. Inilah masalahnya.
Saya pun bukan ahli UMNO. Tapi saya dapat rasa UMNO lebih jujur dalamn hal ini. UMNO tyak pernah nafikan yang ia menjaga Melayu. Dan saya rasa tak ada salahnya untuk UMNO jaga kepentingan Melayu.
Tentulah gila untuk Melayu harap DAP untuk jaga kepentingan mereka.
PAS saya nampak semakin kehilangan sokongan Melayu bila berbaik( atau dijadikan hamba) DAP. PAS begitu kasar dengan UMNO. Macam macam syarat dikenakan terhadap UMNO.
Harakah banyak memfitnah UMNO. Dan orang beginilah yang sibuk melaungkan kebaikan Islam.
bro toga,
aku nak kasi tahu jugak…..pas ni, cakap macam2….tapi takde apa2 pun……kat tempat aku, dulu umno, sekarang dah pas…..aku tak kisah……tapi yg aku panas sangat ni, pas dah dapt, buat la keje tu…tapi tempat aku ni makin kotor…..habis2 tanggungjawab majlis nak bersihkan, dia tu hapa kejenya?…….org dah kasi menang, buatla keje….kat mesjid sini, mcm2 ada……mengumpat sekarng dah jadi trend…..tak tahula aku….mungkin lagi banyak pahala mengumpat kat mesjid kot…nak kena tanya tok guru ni…….
sebenarnya PAS atau PARTI ISLAM SE-MALAYSIA TU sebenarnya PIS. parti kencing jer tu.kencing jer lebih ,kerja tak buat. pasal banyak cakap lah dorang menang kat Kelantan tu. lepas ni orang2 kelantan pengikut PIS tak payah pergi kerja , tatap jer la gambar nik ajis atau N.AJIS nanti bole masuk shurga..statement paling banagan yang aku pernah dengar. n.ajis tu sebenarnya dah meroyan nyanyuk nak mapos dah tu. dah macam sami buddha pun ada aku nengok sekarang ni.
[...] PAS, jangan percaya Anwar Ibrahim! Najib melawat Nik Aziz semasa sakit di hospital. Tetapi hari ini apa yang Nik Aziz doa untuk Najib? [...]