WBhim | bite the bullets

Speaking up the truth and unraveling the lies to make Malaysia a better place

Mahkhamah Mungkin Silap: Nizar Bukan MB Lagi

Mahkhamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Nizar merupakan Menteri Besar yang sah. Mahkhamah juga mengarahkan supaya Menteri Besar yang tidak sah, Dr.Zambry Abdul Kadir supaya mengosongkan kerusinya begitu juga kepada barisan exco beliau berkuat kuasa hari ini.

Tun Dr.Mahathir juga dalam kenyataan beliau hari ini menyebut bahawa Sultan tiada kuasa memecat MB.

Kita harus menghormati keputusan mahkhmah. Reason Decision yang dikeluarkan oleh mahkhamah ialah seorang menteri besar yang baru tidak boleh dilantik jika menteri besar yang lama tidak dipecat.

Ini merupakan hujah yang kita semua tahu dan tidak perlu mahkhmah menyebutnya kembali. Sebaliknya mahkhmah harus memberi tumpuan kepada bagaimana konsep pemecatan itu dan bagaimana pula dengan perlantikan menteri besar yang baru?

Mahkhamah juga menuruti keputusan yang telah diputuskan oleh kes Stephen Kalong Ningkan, bahawasanya undi tidak percaya hanya boleh dilakukan di dalam Dewan untuk memecat seorang menteri besar dan bagi membuktikan bahawa beliau sudah hilang kepercayaan ahli yang berhormat DUN.

Kita harus melihat kepada situasi kes. Dalam kes Stephen, terdapat sebuah surat yang ditandatangani oleh sebahagian Ahli Dun seperti didakwa oleh Tawi Sli mengatakan Stephen telah hilang kepercayaan. Dalam kes tersebut, ia amat jelas menunjukkan bahawa surat merupakan alibi yang cukup lemah kerana ia boleh dipalsukan atau disalahgunakan.

Tetapi dalam kes Nizar, Baginda sultan sendiri telah menemui 3 orang ADUN bebas tersebut untuk mengesahkan bahawa mereka sudah tiada lagi kepercayaan terhadap YB Nizar. Kita faham di sini bahawa proses bertemu sultan merupakan suatu alibi yang cukup kuat dan kukuh.

Ini kerana ia dibuat berlandaskan article 40 (2) (a), (b) dan (c) dimana Baginda Sultan berpuas hati dan telah sampai kepada pengetahuan baginda bahawa Nizar sudah hilang kepercayaan didalam Dewan DUN.

Dalam keputusan hari ini, Mahkhmah tinggi telah menggunakan “strict approach” kerana terlalu mengikut apa yang telah diputuskan didalam kes Stephen, tanpa menimbang terlebih dahulu fakta dan perbezaan dalam kedua-dua kes berkenaan.

Saya berharap agar Mahkhamah Rayuan atau Mahkhamah Persekutuan mempunyai hujah yang lebih kukuh dan betul.

Filed under: Constitutional Law, Law And Constitution, Politics

14 Responses

  1. Zane says:

    Saudara mungkin benar tetapi saudara terlupa tentang surat yang ditandatangani oleh semua ADUN PR dimana mereka berbaiah didepan peguam bahawa sekiranya mereka tidak dapat dihubungi dalam sekian masa, maka mereka dianggap telah meletak jawatan dan pilihanraya hendaklah diadakan semula. Seperti kata Presiden majlis peguam , Ambiga, perjanjian yang termaktub adalah sah apabila ditandatangani oleh orang yang waras dan diperakukan di mahkamah…Nah, sekarang surat perletakan itu telah disampaikan kepada speaker dan mengambil kira keesahannya lantas mengisytiharkan diadakan Pilihanraya semula tetapi apa yang berlaku? SPR bertindak menjadi mahkamah dan mengeluarkan perintah bahawa perletakan jawatan itu tidak sah!

    Inilah Malaysia boleh yang diterajui PM paling hina di dunia!

  2. Hamba Allah says:

    Tak guna dah nak ulas tentang perkara ini. Biarlah orang politik yang cakap. Kita tumpukan perhatian kepada tanggungjawab kita sebagai HAMBA ALLAH. Jangan kita jadi hamba NAFSU sebab ikut nafsu. Kita patut bangga jadi HAMBA ALLAH kerana Allah telah memberikan kita yang TERBIAK. Kenalilah ALLAH sebagai PENCIPTA yang MAHA PENYAYANG dalam blog http://kenaliallah.blogspot.com
    Wallohua’lam.

  3. wakdol says:

    aku tak rasa sultan nak turun mahkamah jadi saksi…wat ja udi tak percaya dlm sidang DUN klu nak sgt pas ni…dh klu 3 org tu kata nak sokong BN…kan senang

  4. zack says:

    ermmm..alibi? menarik ulasan tuan. Alibi tu apa ye? Apa keperluan alibi bagi Sultan Perak? Dalam kes jenayah pun mahkamah boleh untuk tidak melihat alibi. Ingat tak lagi Kes Anwar Ibrahin lwn Pendakwaraya?
    Cuba tanya lawyer tentang perkara2 berikut:-
    1. Dalam keadaan Dewan masih ada eksekutif dan ketuanya yang sah nasihat siapakah Sultan patut ikut? Dalam kes Perak nasihat siapa yang sultan ikut dan kalau bukan nasihat eksekutif adakah sah?
    2. Adakah Sultan punyai kuasa bagi menentukan eksekutif atau Dewan itu ada kuasanya sendiri?
    3. Dalam prinsip pengasingan kuasa Sultan itu di mana letaknya? Siapa boleh mendahului siapa antara legislatif, eksekutif dan judiacary?
    4. Kenapa SPR mempunyai kuasa begitu hebat melangkaui Dewan Legilatif. SPR kah yang menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak? Mengapa SPR tidak tolak perletakan jawatan Fairus di Penanti sebaliknya anggap 3 bekas ADUN opakatan tidak letak jawatan?
    5. Cuba tanya lagi adakah mahkamah mencampuri urusan legislatif atau hanya membuat tafsiran terhadap apa yang dirujuk? Apakah berbangkit soal rujuk statut duluan dalam kes Perak ini dan benarkah mahkamah perlu terikat dengannya? Sila tanya peguam tuan.

    Saya rasalah…..bukan menuduh (kerana saya takut didakwa hina sultan)
    Ada yang tidak kena bila Sultan menerima nasihat selain dari eksekutif dalam membuat keputusan.

    Saya rasalah..ini yang jadikan politik Perak kelam kabut. Ada campur tangan tidak betul dan tidak wajar. SPR campur tangan, Sultan salah dengar nasihat dan kuasa dewan diletakkan di bawah Pegawai Kerajaan iaitu bawahan dari Eksekutif dan Speaker.

  5. Piggy Singh says:

    Salam Doc,

    Good to see you’re back. Where’ve you been?

    Well Doc, could it also be a political play orchestrated by Najib. Though BN losing the state’s MB, Najib has a lot to gain nationally – a “fair” court decision which seemngly looks like no interference from above.

    Whatever it is Doc, we the citizens always hope and pray the best for this country.

    Wassalam.

    Dr.Sid: Salam singh, i was quite busy lately. sorry for the waiting. looking foward to keep in touch with you soon.

  6. detguaq says:

    Satu huraian yang bernas. Ada fakta yang mungkin tertinggal semasa penghakiman dibuat. Boleh ditimbulkan semasa rayuan, namun mungkin tidak sempat bila sidang tergempar DUN diadakan.

  7. Pemuda IKS says:

    Setelah lama menyepi, Doc Sid kembali beraksi. Syabas!

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    Dr.Sid: terima kasih IKS!

  8. Kak long says:

    Thank you Zack. Orang orang lama seperti kak long ini perlukan pertanyaan atau penjelasan seperti yang terkandung dalam tulisan anda. Kalau tidak kami hanya terdedah kepada hujah hujah tv yang selalunya berat sebelah.

  9. Haronjanor says:

    ZACK.

    BANYAK LAGI YANG NAK KOMEN.

    TAPI MEMADAI UNTUK INI.

    BILA KETUA EXEKUTIF HILANG KEPERCAYAAN DALAM DEWAN DAN DIA SEDAR THAT HE NO LONGER COMMANDS MAJORITY , PERKARA ASAS YANG PERLU DIA LAKUKAN IALAH DENGAN MELETAK JAWATAN ATAU JAWATANNYA ITU SEBAGAI MB (KETUA EXECUTIVE) GUGUR DENGAN SENDIRINYA.BUKAN PERGI BOHONG KEPADA TUANKU UNTUK MOHON PERKENAAN MEMBUBAR DEWAN UNTUK PILIHANRAYA SEMULA.

    JADI DALAM KEADAAN SEDEMIKIAN NIZAR BUKAN LAH MB YANG SAH LAGI SELEPAS SAAT ITU.
    BN YANG ADA MAJORITY NAK BUANG KEMANA. KALAU IKUT PEMBANGKANG SEMUANYA TAK BETUL BAGI MEREKA.

    PERBETULKAN MIND SET YOU.

    KAK LONG

    HUJAH ZACK TU TAK BOLEH PAKAI. ITU OTAK ORANG YANG TIDAK ADA PENDIRIAN. BERAT SEBELAH.

  10. Diego Forlan says:

    Menjawab soalan Zack:
    S1. Dalam keadaan Dewan masih ada eksekutif dan ketuanya yang sah nasihat siapakah Sultan patut ikut? Dalam kes Perak nasihat siapa yang sultan ikut dan kalau bukan nasihat eksekutif adakah sah?
    J1. Dewan adalah badan Legislatif, bukan Eksekutif. MB adalah ketua tertinggi Eksekutif,bukan Legislatif. Ketua tertinggi Legislatif ialah Speaker Dewan.

    Dalam soal seorang MB yang sudah kehilangan kepercayaan majoriti dalam Dewan, YM Sultan tidak terikat langsung utk menerima nasihat MB. Perlantikan MB adalah budi-bicara YM Sultan dan sbb tu di Perlis dan Terengganu YM Sultan-Sultan sudahpun menunjukkan kuasa menggunakan budi-bicara utk menolak calon MB yg dicadangkan kepada mereka.

    S2. Adakah Sultan punyai kuasa bagi menntukan eksekutif atau Dewan itu ada kuasanya sendiri?

    J2. Umumnya Sultan tiada kuasa samada ke atas Eksekutif atau Legislatif. Tetapi spesifik dalam isu perlantikan MB, undang-undang perlembagaan memberikan baginda kuasa budi-bicara sepenuhnya.

    S3. Dalam prinsip pengasingan kuasa Sultan itu di mana letaknya? Siapa boleh mendahului siapa antara legislatif, eksekutif dan judiacary?
    J3. Dlm prinsip pengasingan kuasa Sultan mempunyai peranan ke atas ketiga-tiga cabang Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman, sbb perlantikan ketua ketiga-tiga cabang mestilah atas perkenan baginda, walaupun dlm urusan2 lain baginda tidak akan campur tgn sama-sekali. Pentafsiran prinsip pengasingan kuasa di Msia tidak boleh disamakan dgn Britain sbb di Britain tidak ada Perlembagaan bertulis, menjadikan Parlimen sbg “supreme” iaitu teratas dan paling tinggi. Sedangkan di Msia Perlembagaan adalah bertulis dan jelas menyebut Perlembagaan itulah yg “supreme”, diikuti Legislatif sbb Legislatif ada kuasa membuat undang-undang termasuk meminda Perlembagaan. Seterusnya secara prinsipnya Perlembagaan Msia meletakkan Eksekutif dan Kehakiman di bawah status Legislatif sbb ketua Eksekutif dan Kehakiman hanya mendapat legitimacy (keabsahan) di bawah sistem yg ditentukan oleh Legislatif.

    S4. Kenapa SPR mempunyai kuasa begitu hebat melangkaui Dewan Legilatif. SPR kah yang menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak? Mengapa SPR tidak tolak perletakan jawatan Fairus di Penanti sebaliknya anggap 3 bekas ADUN opakatan tidak letak jawatan?
    J3. SPR tidak melangkaui Dewan Legislatif, sebaliknya Speaker Dewan yg memandai-mandai cuba melangkaui kuasa SPR. Seksyen 12(3) Akta SPR jelas memberi kuasa kpd SPR menentukan kekosongan sesuatu kerusi. Tiada sbb SPR nak tolak perletakan jawatan Fairus di Penanti sbb dia sendiri mmg mengaku letak jawatan, sebaliknya 3 bekas ADUN Pakatan pula menafikan sekeras-kerasnya mereka letak jawatan dan mencabar kesahihan surat perletakan jawatan yg dikemukakan oleh Speaker.

    S5. Cuba tanya lagi adakah mahkamah mencampuri urusan legislatif atau hanya membuat tafsiran terhadap apa yang dirujuk? Apakah berbangkit soal rujuk statut duluan dalam kes Perak ini dan benarkah mahkamah perlu terikat dengannya?
    J5. Dari sudut prinsipnya mmg mahkamah tidak boleh campuri urusan Legislatif, tetapi apabila berlaku pertikaian besar ttg pentafsiran undang-undang yg melibatkan operasi Legislatif, dan anggota2 Legislatif yg bertikai itu sendiri yg pergi memfailkan permohonan di Mahkamah (tiada siapa paksa pun, kan?)maka sudah pastilah menjadi tugas Mahkamah MENTAFSIR kedudukan undang-undang (mmg itupun fungsi asas badan Kehakiman). Kalau sendiri pergi ke Mahkamah, lepas tu taknak terima keputusan Mahkamah (tuduh hakim korup dsbgnya) maka jelaslah pihak yg berkenaanlah yg tidak menghormati prinsip pengasingan kuasa. Wallahu’alam.

    Dr.Sid: terima kasih diatas penjelasan saudara forlan.

  11. SHAHIMI says:

    Suatu penjelasan bernas oleh Diego Forlan mengikut tafsiran dan rujukan ubdang-undang yg saya tahu.

    WIRAAUTARA09

  12. Syakir says:

    Seringkali…..kalau keputusan mahkamah memihak kepada mereka (PEMBANGKANG DAN INDIVIDU BERJIWA PEMBANGKANG) mereka akan kata KEADILAN TELAH DITEGAKKAN…. jika keputusan tidak memihak kepada mereka….mereka akan kata ada pihak yang mencampuri urusan mahkamah….

    Buka mata & mata hati….jgn sampai terlalu taksub dgn jiwa MEMBANGKANG hingga Ustaz Nga & Ngeh yg dah pandai baca AlQuran (walaupun bacaannya tidak betul) kini dianggap seperti ulama….Dr. tolong komen sikit

    Dr.Sid: begitulah lumrah pembangkang. dakwaan mahfuz dan nizar sungguh menunjukkan kecetekan dan kematangan mereka. kita tidak perlu hairan melihat situasi ini.. memang ini lah pembangkang sebenarnya.

  13. gaisuggit says:

    Скажите а материалы с Вашего сайта можно у себя размещать?

  14. neyzam says:

    Дорогое gaisuggit,
    Чего вы значите мимо, говорите и материалы от вашего места возможно в действительности установить? Объясните пожалуйста

Leave a Reply

Follow Wordpress Blogs now!

Blogspot readers can now follow any Wordpress blog by linking the url of the blog into their reading list, "Blogs I'm following". Try now!

Since July 2008

  • 187,375 tabbed

BlogMalaysia.com