Ada dua parti yang akan kecewa jika Malaysia tidak dapat laksana Hudud dan menjadi republik. Mereka adalah PAS dan DAP. Umum mengetahui perlembagaan Malaysia adalah sebuah undang-undang yang boleh berubah-ubah jika terdapat penggubalan undang-undang.
Tetapi tidak semua undang-undang boleh digubal sesuka hati. Undang-undang yang tidak boleh digubal ini dinamakan basic structure of the constitution, atau struktur asas perlembagaan. Terdapat dua pendapat berkenaan isu struktur asas ini. Sesetengah pakar perlembagaan berpendapat struktur asas tidak boleh diubah, manakala sesetengah pakar perlembagaan berpendapat ia boleh diubah jika keseluruhan rakyat dan negara itu mahu berubah.
Ia dinamakan reformasi dan revolusi pentadbiran undang-undang negara. Antara yang merupakan struktur asas yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan adalah:
- Hak istimewa orang Melayu. Hak istimewa orang Melayu dikawal sepenuhnnya oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Sebarang pindaan atau penghapusan hak ini perlu mendapat persetujuan 9 Raja-Raja Melayu. Jika tidak undang-undang tersebut tidak akan dapat dilakukan. Mungkin suatu ketika nanti Raja-Raja setuju untuk menggugurkan hak istimewa ini, dan jika ia berlaku, sistem kehakiman negara diketuai oleh Ketua Hakim Negara mempunyai hak untuk mengatakan – “Tidak”.
- Demokrasi berparlimen. Terdapat sesetengah usaha oleh pihak yang mahu membentuk kerajaan republik di Malaysia. Malangnya ia tidak akan dapat dilaksanakan kerana Malaysia bertunjangkan demokrasi berparlimen. Republik bermakna negara tidak mempunyai raja dan sudah tentu ia akan mengubah keseluruhan sistem perlembagaan.
- Tempoh 5 tahun Ahli Parlimen. Pernahkah anda terfikir, parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang, mengapakah mereka tidak mahu menggubal tempoh 5 tahun mereka kepada 15 tahun? Kerana ini merupakan struktur asas yang tidak boleh diubah.
- PAS mahu melaksanakan hukum hudud. Semua orang sibuk membincangkan tentang perlaksanaan Hudud di Malaysia tanpa mengetahui bahawa ia amat mustahil untuk dilaksanakan kerana perlembagaan itu sendiri telah diberi “kuasa” melalui perkara 4 (1) dan 4 (2) yang melarang sebarang undang-undang yang tidak konsisten dengan perlembagaan persekutuan. Kerana ini jugalah PAS gagal untuk meluluskan rang-undang-undang Hudud dan Kisas yang dibentang di DUN Kelantan dua tahun lalu. Jika Hudud dilaksanakan, undang-undang syariah akan menjadi undang-undang tertinggi negara. Dan kemudian kita akan dengar suatu hari nanti peguam seperti Karpal Karam berkata dalam undang-undang syariah, tidak pernah disebut tentang hak istimewa orang tertentu kerana Islam adalah sama rata. Lihatlah bagaimana undang-undang negara kita adalah tidak konsisten dengan undang-undang syariah.
- Umum mengetahui Tun Dr.Mahathir pernah suatu ketika menggugurkan kekebalan raja-raja Melayu. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1993. Sesetengah pendapat mengatakan kekebalan raja-raja Melayu merupakan struktur asas, manakala sesetengah yang lain tidak berpendapat sedemikian. Mereka yang mengatakan kekebalan tersebut merupakan struktur asas mahu menggunakan ia sebagai alibi untuk mengukuhkan dakwaan mereka bahawa struktur asas juga boleh digugurkan seperti apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir.
Sebenarnya tiada fasa tetap yang membezakan antara struktur asas atau tidak. Asalkan ia boleh mengakibatkan perubahan keseluruhan terhadap perlembagaan tersebut, ia secara automatik akan menjadi struktur asas perlembagaan tersebut.
Siapa penjaga struktur asas ini?
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa pemimpin kerajaan merupakan penjaga struktur asas ini. Tetapi sangkaan ini mungkin kurang tepat. Sesetengah juga mungkin mendakwa penjaga struktur asas ini adalah Raja-raja Melayu. Dakwaan ini juga kurang tepat. Hakim-hakim negara lah merupakan penjaga struktur asas ini. Mereka telah dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan itu sendiri untuk menjaga undang-undang ini.
Kata akhir terletak ditangan hakim. Jika hakim mengatakan tidak, maka eksekutif dan legislature harus akur dan patuh dengan keputusan tersebut. Hakim-hakim merupakan golongan yang sangat menghormati perlembagaan dan mereka digelar sebagai “Guardian” kepada perlembagaan.
Tidak seperti sesetengah pemimpin politik yang mencabar dan menghina perlembagaan sesuka hati tanpa menpunyai basis yang kukuh.
Terdapat juga persoalan jika hakim gagal untuk mempertahankan perlembagaan, siapa lagi yang boleh kita harapkan. Jawapannya adalah,
Rakyat Malaysia yang merdeka. Rakyat lah yang akan bangun mempertahan perlembagaan ini!
Filed under: DAP, Law And Constitution, Politics


sometimes we think logically,politically and sometimes we think devinely.
Undang2 – Selagi ianya digubal oleh manusia, ia boleh di pinda atau dimansuhkan dengan cara apa sekali pun. Tiada yang mustahil. Yang penting ialah bagaimana hendak mempertahankan nya. Jika hanya setakat mengatakan ia tidak boleh dipinda, tidak akan membawa apa2 makna jika kuasa sudah terlepas dari genggaman.Tiada pilihan lain selain dari dua kuasa yang amat perlu di pelihara ia itu kuasa politik (i.e kuasa mengundi ) dan juga kuasa ekonomi.
Hanya undang2 i.e hukum Allah sahaja yang kekal.
Salam Doc,
I’ve seen Doc as a political analyst, I’ve seen Doc as swording-fighting blogger, and now I’m seeing Doc as a law maker.
When you gonna finish you law degree?
Wassalam.
Dalam Hukum Hudud/Negara Islam memang tiada pengasingan kaum,yg ada Muslim dan non-Muslim.Masing2 ada hak dan tanggungjawab yg tidak dpt digugat/disangkal sebagaimana dijamin di dlam Al-Quran.Ini adalah jauh lebih baik drp pembahagian Melayu/non-Melayu kerana pentakrifan Melayu itu sendiri mengelirukan.Adakan Ah Chong yg baru memeluk Islam,mengamalkan budaya Melayu secara otomatik mempunyai kak/keutamaan sebagaimana mereka yg di lahirkan Melayu/Muslim?
Doc,
“Kerana ini jugalah PAS gagal untuk meluluskan rang-undang-undang Hudud dan Kisas yang dibentang di DUN Kelantan dua tahun lalu. Jika Hudud dilaksanakan, undang-undang syariah akan menjadi undang-undang tertinggi negara. Dan kemudian kita akan dengar suatu hari nanti peguam seperti Karpal Karam berkata dalam undang-undang syariah, tidak pernah disebut tentang hak istimewa orang tertentu kerana Islam adalah sama rata. Lihatlah bagaimana undang-undang negara kita adalah tidak konsisten dengan undang-undang syariah.”
Menarik ni. Kalau tak salah, Hudud cuma apply untuk umat Islam, bermakna, tidak jatuh kepada bukan Islam. Bermakna, Karpal Karam tak boleh claim kesamarataan, bukan?
Agaknya, kalau dibenarkan PAS laksanakan hukum kat Kelantan dulu, boleh tak? Boleh jelas sikit perlaksanaannya dan tidak disalah tafsir.
salam..
huh..mmg berguna artikel nie…mmg tersangat berguna..tq for the info dr sid..
salam singh, InsyaAllah I make it in another 2 years. still a long way to go. thanks again singh.
Hukum Allah jua lah yang kekal abadi, samat. Benar kata lebaikudin, penakrifan melayu yang terdapat dalam perlembagaan itu sendiri agak mengelirukan, melayu ditafsir sebagai orang yang;
1. menggunakan bahasa melayu
2. mengamalkan budaya melayu
3. beragama Islam
4. berketurunan melayu
Mungkin ah chong itu boleh jadi melayu jika dia peluk Islam sejak kecil, barangkali lebaikudin?
Kerana perkara 4 inilah telah menggagalkan PAS, ODS. jika tidak mungkin kita berpeluang lihat “eksperimen dari PAS” dahulu, bukan?
sama-sama sazuwi..selamat tahun baru semua!
Happy New Year & Salam Maal Hijrah 1430H kpd Dr Sid & family,
Sesetengah perkara dalam Hudud sudah menepati apa yg termaktub dalam undang2 sedia ada kecuali beberapa perkara. Bagi Pas, jika tiada istilah dalam Bahasa Arab maka undang2 itu sekular. Apa saja dalam Bahasa Arab bermaksud sudah jadi Islam.. Mereka mahu tiru Asia Barat tapi sesetengah pak-pak Arab di sana pakai jubah minum arak dalam pub.
Kita tidak mempersoalkan kaum mana yg lebih penting ttp kita selalu berpesan-pesan agar Melayu (yg sudah tentu agamanya Islam) tidak ketinggalan berbanding kaum2 lain lebih-lebih lagi di tanahairnya sendiri. Apa yg kita heboh sgt skrg ini agar Melayu sedar sebelum hak2 mereka dirampas oleh org lain. Ketika itu, menangis dan menyesal sudah tiada gunanya.
Undang2 yg sejati datangnya dari Allah tetapi mestilah mengikut kesesuaian tempat dan masa. Kalau tidak, kenapa mesti ada Mazhab Hambali, Hanafi, Maliki dan Ghazali dalam Islam? Ianya kerana mengikut kesesuaian tempat dan budaya.. Apa yg penting, kita mesti sedaya upaya mendekati suruhan Allah. Kalau boleh.. cepatkanlah, kalau tidak.. lambat pun lambatlah.. asalkan kita berusaha ke arah itu.
Sebagai seorang Islam, saya berpendapat bahawa perlembagaan yang diguna pakai oleh Malaysia adalah perlembagaan yang jelas KUFUR. Saya tidak bermaksud mengatakan rakyat malaysia yang beragama Islam adalah kufur. Perlembagaan itu sendiri berdiri di atas kekufuran. Sememangnya jika diteliti, tidak ada jalan keluar bagi merubah perlembagaan ini kecuali dengan satu jalan. Jalannya ialah revolusi. Revolusi pula harus dipelopori oleh rakyat sendiri.
Jelas di sini PAS tidak akan dapat membentuk sebuah Negara Islam walaupun ia memenangi PRU. Ini kerana ia berjuang diatas landasan (Perlembagaan Malaysia) yang kufur. Sesebuah negara masih bukan sebuah negara Islam dengan hanya mewujudkan Hukum Hudud dan Qisas. Hukum ini cuma sebahagian kecil daripadanya. Penstrukturan semula perlembagaan negara mengikut nas nas adalah satu satunya jalan untuk menegakkan sebuah negara Islam.
Wallahualam.
‘Hakim-hakim negara lah merupakan penjaga struktur asas ini. Mereka telah dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan itu sendiri untuk menjaga undang-undang ini.
Kata akhir terletak ditangan hakim. Jika hakim mengatakan tidak, maka eksekutif dan legislature harus akur dan patuh dengan keputusan tersebut…’
sekadar bertanya, adakah ini sebab utama Majlis Peguam hendak Ketua Hakim dilantik dari kalangan mereka?
dengan rata-rata kebanyakan pemimpinnya adalah bukan melayu, maka jika dilantik ketua hakim dari kalangan mereka mungkinkah mereka secara automatik akan mempunyai ‘kuasa’ yang lebih berbanding eksekutif dan legislature ke atas undang2 & perlembagaan?
Salam Bulaz Bujamil. herm, saya tidak mempunyai bukti untuk mendakwa majlis peguam berniat demikian tetapi kemungkinan itu ada seperti apa yang saudara bayangkan. Kerana tiada siapa sedar bahawa kuasa ketua hakim negara sebenarnya besar. beliau akan menjadi “penentu” jika berlaku konflik. jika tiada konflik atau kes tidak dibawa kepada mereka, tiadalah besar mana kuasa mereka. tetapi apabila mereka mengeluarkan kata putus, semua termasuk legislature dan eksekutif harus akur.
salam ajaque. memang perlembagaan itu tidak lengkap dari sudut pandangan Islam. tetapi ia memadai pada tahun 1948 dahulu semasa ia mula dibentuk. oleh kerana pada masa itu yang menjajah kita kafir, sudah pasti mereka mahu perlembagaan kita ikut mereka. jika kita mahu membentuk negara islam pada ketika itu, mungkin kita akan gagal untuk mendapat kemerdekaan pun daripada mereka. justeru masa dan zaman sudah berubah, dan mungkin kita mahu berubah juga kepada perlembagaan yang lebih Islamic. InsyaAllah.
salam cekka. selamat tahun baru dan maal hijrah.
“Mereka mahu tiru Asia Barat tapi sesetengah pak-pak Arab di sana pakai jubah minum arak dalam pub”
saya setuju sangat. bangsa Arab hari ni bukan seperti dahulu kala. Arab saudi yang kita harapkan pun tak boleh harap dh
Assalamualikum Dr Sid & Family,
Selamat Tahun Baru 1430 Hirjah dan 2009 Masihi. Semoga anda dapat menghabiskan pengajian undang-undang anda. Article yang baik dan amat seronok membaca ruangan Dr Sid.
Cheers.
Cucu Tok Selampit.
Dr.Sid replies: terima kasih cucu tok selampit. selamat tahun baru.
Memanglah rakyat Malaysia yang merdeka ataupun kurang merdeka boleh mempertahankan perlembagaan, the same people can also trow the constitutions and establish a new ones much to their liking. But in Malaysia its not and never been easy if not impossibble, due to the racial and many factors inbreed among the rakyat.
Good write-up. Finish up that law degree cepat2 Dr Sid
salam..salam thn baru buat dr.sid. semoga kita semua mndapat berkat. amin..
pertama, sy ingin membuat pembetulan dari segi fakta. Rang undang2 ini sebenarnya telah diluluskan DUN.
Enakmen Jenayah Syariah II (hudud) yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993, sehingga kini tidak dapat dilaksanakan kerana halangan perlembagaan.
Rang Undang-Undang berkaitan hudud turut dibentang dan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ditadbir di bawah PAS pada 1999, juga terhalang daripada dilaksanakan.
Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.
kedua..kalau karpal Singh mempertikai soal hak istimewa melayu disebabkan hudud qisas ini, maka ternyata Karpal Singh masih jahil dlm soal ini.
Perlu JELAS..undang2 hudud dan Qisas sebenarnya adalah UNDANG2 JENAYAH. maka tidak relevan jika karpal Singh mempertikai.
juga sy ingin berkongsi pd kwn2 blogger semua betapa perlaksanaan hukum ini adalah begitu penting. pentingnya hukum ini sama dgn pentingnya solat. maka soal hukum ini hnya sebahagian kecil dr negara islam sebnanrya juga tidak timbul..
hukum Allah ini tetap dan mesti dilaksana oleh pemerintah Islam tanpa ada sbrg alasan atau darurah.
dlm fikh yg menyatakan darurah mampu membatalkan yg wajib tapi tidak dlm hukum Allah ini.
inilah yg dinamakan Wajib Qat’ie atau wajib secara Keras. juga tidak boleh bersifat fleksible dlm soal ini.
juga penyesuaian persekitaran tempat dan masa juga tidak boleh dijadikan hujah. perlu fhm persoalan mazhab yg rkn blogger di atas bangkitkan itu merupakan perkara cabang. cabang dlm islam masih boleh berbeza.
ini yg sy rasa kita semua perlu fhm.
hohohoh..aku nk artikel nie..ley wat notes utk subject constitutional law neyh..hahaha..
Habis macam mana?
Selamat Tahun Baru 2“00”9
Takkan Melayu Hilang Di Dunia

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Kite Pakat Undi BN Deh
http://pro-faizal.blogspot.com
saya setuju dgn pandangan bulaz bujamil (anda mmg bijak), BAR Council mungkin akan menyalah gunakan kuasa yang diberi dalam perlantikan Ketua Hakim. Kini, umum semua tahu yang BAR Counbil berat sebelah dalam memperjuangkan kedaulatan undang-undang di negara kita.
Lihat sahajalah dengan forum peluk Islam yang mereka anjurkan. Konon nya Perlembagaan kita ada konflik terutama dalam bidang kuasa Mahkamah syariah seperti di nyatakan dalam Artikel 121 (1A). Tetapi mereka membisu apabila ada pihak yang cuba menghina Raja-raja melayu. Mereka bersama-sama dengan Irene Fernandez memperjuangkan perngunaan Nama ALLAH dalam kitab bible dan juga menggunakan bahasa melayu didalam keluaran bible. Namun, mereka terus membisu apabila Teresa Kok mengarahkan supaya Azan di masjid di perlahankan. Kalau memperjuangkan perjuangan Irene Fernandez, BAR Council melaung-laungkan semangat Artikel 11, mengapa Bar coumcil tidak melakukan perkara yang sama dalam menentang Teresa Kok. Kenapa BAR Council membisu? Tidak kah umat Islam juga ada hak seperti terkandung di dalam Artikel 11?
Seperti saya katakan tadi, BAR Council mengamalkan Double Standard didalam perjuangan mereka….
http://www.hang-lekuk.blogspot.com
itulah anuar nak buat rampasan kuasa dengan beli yb bn dari sarawak dan sabah.
anuar tukang buat tapi yang akan jadi presiden dan pm nanti…lain olang lah dr…tau tak pa. sebab sudah ada model iaitu singapura… sapa berjuang dan sapa dapat ampaunya?
maka anuar tu alat sahaja untuk jatuhkan umno/bn serta ketuanan melayu islam di malaysia ni…kalau tak percaya boleh baca sejarah malaysia lah… saya tak kuasa nak bahas dr dengan orang yang pekak macam melayu pas dan pkr tu…. melayu dap? jual diri terus dah kat dap….
Terima kasih lawyer kampung atas sokongan anda..
terima kasih diatas semua komen yang dihantar oleh komentar-komentar di posting kali ini.
Since kite sedang berada dalam era di mana influence barat sangat kuat maka amatlah sukar untuk mengembalikan hukum Allah tanpa tindak balas yang kejam dari mereka.Jadi daripada cuba secara tergesa2 mengaplikasikan hukum2 hudud n kisas di Malaysia, apa kate UMNO n PAS bersama2 berjuang untuk memartabatkan Islam di Malaysia.Menyediakan persekitaran yg sesuai utk Hukum2 islam di aplikasikan.tak adil kalau org yg curi RM5 untuk beli alas perut di potong tgnnya n pelesit yg rompak 5 juta terlepas begitu sahaja. Usaha ke hukum Allah itulah yg akan menjadikan negara lebih makmur n diberkati.InsyaAllah
Salam, TruthSeekers..
Apa yg saya belajar megenai Hudud, kalu seseorg mencuri atas dasar tidak ada makanan, maka itu bukan salah dia, ia salah Kerajaan kerana tidak menjaga kebajikan rakyat. Maka dia (si pencuri) tidak akan dihukum.
Kalau tuan kata “…tak adil kalau org yg curi RM5 untuk beli alas perut di potong tgnnya n pelesit yg rompak 5 juta terlepas begitu sahaja”.. adakah tuan cuba kata Hukum Hudud yg dicipta oleh Allah swt untuk umat manusia (wajib) laksanakan tidak adil, maka tuan telah menolah yg Allah itu Maha Adil… maaf yer..
Nak tambah lagi..
untuk melaksanakan Undang2 Islam, negara tersebut kena melaksanakan juga Sistem Pemerintahan Islam (Khilafah), Ekonomi Islam, dan baru Undang-undang Hudud..
JIka buat kajian, ketiga-tiga element tersebut berkait rapat.
Dan sistem ekonomi Islam dan Hudud berasal dari Al-Quran, sistem Khilafah dari sunnah Rasulullah.
Apa yg disampaikan oleh doc adalah terlalu raw dan kurang kajian yg mendalam tentang hudud. Beliau masih menjurus pd undang2 perseketuan yg diamalkan sekarang atau memang sengaja tak mahu faham tentang agama dia sendiri, kalau dia beragama islam. Jangan kerana terlalu taksub pd sesuatu sistem rekaan manusia hukum Allah swt diangap remeh kerana ini bahaya yg boleh meruntuhkan kalimah syahadah dan boleh terkeluar dr islam kalau kita beragama islam.
Wallahualam