Apabila salah seorang panglima atasan menyuarakan pendapat beliau demi menyelamatkan UMNO, ramai pula pengipas Di-Raja menyelar kenyataan panglima UMNO ini. Pengipas-pengipas Di-raja ini mahu mengambil hati Sang Raja dengan menghentam balik kenyataan atau permintaan ikhlas yang diutarakan demi menyelamatkan UMNO.
Dengan serta merta pengipas Di-Raja ini mengeluarkan keris dari poket masing-masing! mengancam mahu membunuh panglima ini. Dan panglima ini terus cool dan sanggup berdepan dengan apa jua tindakan yang akan di ambil oleh barisan tertinggi Istana UMNO ini.
Sedih. Memang menyedihkan. Apabila seorang Naib Presiden yang senior, menteri kabinet yang senior dan senior dalam UMNO memberikan pendapat meyuarakan kebimbangan beliau demi menyelamatkan parti, banyak pula ikan bilis-ikan bilis yang mahu membunuh beliau. Siapa mereka? Tidak takut penulis untuk memberi nama-nama ikan bilis ini. Siapa lagi kalau bukan menteri “rookie” yang suka mengejar populariti, Zaid Ibrahim. Boleh di ibaratkan Zaid Ibrahim ini seperti fanatik yang berada di pentas konsert gangstarz itu.
Bukan main lagi, mahu Muhyiddin dipecat. Oh kalau begitu, semua kena tutup mulut, dan biarkan kehancuran UMNO di tangan sesetengah pemimpin ini kah? Barangkali menteri-menteri UMNO ini sudah lupa bahawa parti UMNO adalah milik orang melayu. Tetapi sesetengah pemimpin UMNO pada hari ini telah menjadikan warisan pusaka orang melayu ini seperti parti milik mereka dan tiada lah pernah wujud 3 juta ahli di dalamnya.
Pengipas kedua, seperti biasa Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan. Bekas Presiden Cycle and Carriage Malaysia ini cukup rapat dengan keluarga Datuk Seri Abdullah sejak beliau menjadi Presiden C&C lagi. Apa-apa kenyataan untuk menasihati atau menegur Pak Lah, pengipas ini akan bertukar menjadi pahlawan sejati mirip Hang Tuah, sanggup menikan sesiapa sahaja yang berani menjeling Pak Lah.
Sebenarnya ada satu lagi pengipas Di-Raja yang telah bersara dan kini menyertai panglima yang konon-konon menentang, iaitu Panglima Khir Bin Toyo. Mengapa beliau bersara? Sebab tak dapat masuk Istana lagi. Pengipas seterusnya, Ali Rustam yang bersedia dengan kipas di tangan kanan, lembing di tangan kiri. Kepakaran Ali Rustam tidak dapat di sangkal kerana mampu melontar lembing tersebut pada jarak yang begitu jauh dan dalam masa yang sama mengipas Raja, memang hebat Ali. Bravo. Bravo.
Istana UMNO pernah mempunyai seorang dayang yang cukup berpengaruh dan berkuasa. Dayang tersebut memimpin wanita-wanita di Istana itu dengan cukup bagus, dan lantang bersuara jika masakan di buat oleh dayang-dayang dibawahnya tidak sedap untuk di hadapkan ke Raja. Tetapi kini dayang tersebut tiada lagi menyertai pakatan pengipas kerana beliau kata beliau sudah penat, 36 tahun lama sudah dalam perkhidmatan ini. Kini beliau bukan lagi di dalam pakatan pengipas.
Ahli pengipas yang baru? Sudah tentu golongan muda. Terkini, Idris Haron pula menyertai pakatan pengipas untuk menjahanamkan UMNO. Hmm, darah muda, biasalah, masih panas. Seperti penulis juga yang sedang menaip hikayat ini. Penulis cuma seorang rakyat biasa, yang bernaung dibawah kebebasan bersuara dan penerbitan yang termaktub dalam perlembagaan negara. Penulis bukan seperti Raja Petra (seorang sahabat penulis yang kini merengkok dalam rumah pasung ISA) kerana penulis tidak memfitnah sesiapa. Penulis mewakili penulis-penulis lain yang tidak berani bersuara. Ketahuilah Istana UMNO, ini merupakan suara majoriti rakyat, yang mahu UMNO di selamatkan!
Filed under: Bicara Penulis, Politics, UMNO




aku setuju apa ko kata, tapi tentang ali rustam dan mahammad hassan jangan kutuk dua orang ini secara spesifik, aku tau dua orang ni, mereka ada plan nak repair UMNO, dengan mendapat kuasa memlalui pembodekan pak lah – ko tgk nanti, by the time they are up, something good for malaysia will happen…
as for mahoammad hassan, n9 is now under termendous transformation, and the economy in n9 is very good, many investors we got after mohamad hassan took over the state govt, i think mohamad hassan is a good man…
though they are good, sometimes maluat jugak bila depa kipas kuat sangat sampai ribut taufan…
pengipas di-raja yang paling kuat kipas.. Zaid Ibrahim
Salam Doktor,
Nak tanya, ditakdirkan UMNO menjadi pembangkang kepada kerajaan Anwar, adakah UMNO akan kembali “rise from dust” bersandarkan kepada semangat grassroots yang memperjuangkan kepentingan Melayu setelah kaki kipas semua berlalu.
Atau UMNO menjadi semakin tidak relevan disebabkan Melayu hilang keyakinan, ditambah pula dengan kuasa yang Anwar ada untuk melemahkan UMNO, akhirnya tinggal nyawa-nyawa ikan, hanya tunggu saat untuk dikuburkan.
Wassalam.
Hikayat pengipas raja-raja memang dah menjadi adat turun temurun orang kita, satu-satu adat yang perlu dikikis dari benak sanubari orang kita. Pengipas-pengipas ini yang perlu di buang daerah dan dilucutkan segala apa yang mereka dapat semasa menganggotai istana UMNO demi untuk kebaikan UMNO dan yang paling penting nya, raja UMNO sekarang yang terlebih lah pulak bangang nya perlu disingkir secepat mungkin dan digantikan dengan raja baru yang perlu tahu bahawa jika dia masih membuntuti perangai raja UMNO sekarang, dia juga kan dikikis dari sejarah UMNO. Demi ugama kita, demi bangsa kita, demi maruah kita, apalah orang kita begitu buta dan tuli terhadap kemerosotan akhlak, kedaifan budi pekerti dan kegersangan akal raja yang bakal menghancurkan dan mungkin akan menjual maruah kita? Fikirlah saudaraku ….
Pinggy Singh, pemimpin atasan umno no macam sudag tidak sedarkan diri. mereka ingat ini parti mereka. mereka buat sesuka hati. kalau umno jadi pembangkang satu hari nanti pun, belum tentu pemimpin2 ini sedar. jadi pemimpin untuk rakyat, bukan untuk duit!
Dr. Siddiq.. it’s true yg UMN skrg banyak pengipas.. specially zaid n nazri.. berkenaan ali rustam pula, mmg x dinafikan dia juga membodek, tp dia juga menteri yg baik n ambil berat psl rakyatnya.. contohnya arwah abah yg pergi krn cancer sblm meninggal tlh dibantu oleh beliau..beliau tlh dtg ke rumah tanpa membawa body guard atau wartawan mambantu arwah abah, mempercepatkan proses penerimaan ubat yg diimport, mengarah doktor (yg hanya org kaya saja yg mampu) utk dtg ke rumah memriksa arwah..beliau x prnh memanggil jurugambar bile mbuat sumpabgan peribadi..x seperti ahli politik yg lain.. malah, Melaka kini semakin maju di bawah beliau..
maaf jika saya agak personal.. tp x dinafikan tindakan ahli2 UMNO yg lain mengutuk tindakan Tan Sri Muhyiddin mmg tidak dpt diterima.. sgt mengecewakan.. saya setuju dgn pendpt saudara.
kalau UMNO jadi pembangkang ada dua kemungkinan:
1) UMNO berjaya membersihkan diri bila mana “pengipas2″ sudah tidak lagi bertugas, hatta tinggal yg tahan panas sahaja didalamnya. Yang tahan panas memang tegar dlm perjuangan. Almaklum berjuang tanpa mendapat sebarang habuan.
2) UMNO bungkus terus, oleh kerana semua yg ada didlmnya tiada yg tahan panas, semua perlukan aircond.
“tit-for-tat”
Kipas mengipas untuk mendapatkan posisi dan baru ada pembaharuan?
Lambat!
Ketelusan dan “direct hit” adalah paling elok, supaya semua rakyat tahu,faham dan kenali kita samada mempunyai kebolehan atau tidak.
Grassroot 2.0 adalah hakim. Kuasa memilih untuk PRU13.
Untuk menjadi wakil yang berwibawa
elakkan jadi pengipas raja yang takut dipancung jika kurang angin.
Lebih baik jadi jebat,tercatat dalam sejarah.
yup.. we just want the best..
kita harus faham.siapa mereka yg kau cakap,mereka dan mereka semua ada lah cam kuli gak cari makan,terpaksa la patuh apa kata bos.kalau tak nak makan apa?.dalam politik yg senag ada 3 cara nak hidop dan naik cepat.1 ampu,ini lah kebanyakan yg di guna kan oleh banyak org,2 hentam, hentam apa je,tunjukan yg kita jaguh, dengan ini senag lah naik.sbb yg diatas nak tutup mulut yg celupar, 3 cakap yg benar biar pon pahit di telan, mereka ini memang sukar naik sbb nye akan di angap seperti lalang,adakala sokong dan ada kala bantah,tapi org ini tak harap kan kepentigan diri sbb dia guna kan otak berfikir menilai yg betol dan salah,yg betol akan di bela habis2an yg salah akan di tentag mati2an, yg malang org ini lah akan dijadi kan kambing hitam oleh yg berkepetingan,begitu juga kita nak pilih pemimpin,siapa kah yg harus kita pilih?.serigala? kaldai? atau si kancil?,ko org fikir kan lah.