WBhim | bite the bullets

Speaking up the truth and unraveling the lies to make Malaysia a better place

Konspirasi Singapura

Aku tidak tahu jika aku boleh disabit bawah akta hasutan kerana menulis artikel ni. tetapi ia hanya lah luahan rasa hatiku yang telah lama terpendam, kini memberontak minta diluah. Singapura, sebuah negara yang pernah bernaung dibawah gagasan Malaysia, kini bertukar menjadi ancaman kepada negara.

Aku agak sedih bila mengenangkan sejarah asal usul Singapura yang pada asalnya merupakan milik kesultanan Johor. Infact, Singapura mempunyai institusi kesultanannya yang sendiri yang diwujudkan oleh Istana Johor pada masa itu untuk menjaga kepentingan Temasek (nama Singapura pada masa itu) Namun selepas diberi kepada Raffles, Singapura mengalami evolusi sejarah dan akhirnya membentuk sebuah negara. Walaupun Tunku Abdul Rahman memberi pelepasan kepada Singapura pada tahun 1965, aku faham mengapa Tunku terpaksa berbuat demikian.

Ini kerana British telah mengenakan syarat kepada Tunku, jika sebarang ketidakstabilan berlaku dalam Malaysia dalam tempoh 10 tahun selepas kemerdekaan iaitu antara tahun 1957-1967, British akan datang semula memerintah Malaysia.

Tunku yang menyedari Singapura menjadi duri dalam daging pada masa itu, telah memberikan pelepasan kepada Singapura kerana khuatir sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Namun selepas hampir setengah abad kemerdekaan Singapura, negara ini terus mencetuskan kontroversi di rantau Asia Tenggara.

Pelbagai masalah timbul, seakan mahu menghiris luka Malaysia yang masih berdarah. bagaimana isu 13 mei menjadi sangkutan pada Singapura, isu jambatan bengkok, kerjasama yang dingin, penambakan laut yang menyebabkan ekosistem perairan negara terjejas, isu penjualan air kepada republik itu yang akhirnya terpaksa kita akur dengan keputusan mereka, sikap Lee Kuan Yew yang sering membakar sentimen perkauman dan mencabar perpaduan negara, isu perlumbaan senjata dengan Malaysia, perjalinan hubungan dengan Israel, isu pertelingkahan Batu Putih, tidak cukupkah lagi?

Lee Kuan Yew mempersoalkan kontrak sosial, tetapi dalam masa yang sama melakukan “silent discrimination” terhadap orang melayu Singapura. lihat komen Din Huzir, luahan seorang Melayu Singapura. Menjalin hubungan dengan Israel, tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara itu. isu penambakan laut yang sedikit demi sedikit memasuki ruang perairan Malaysia dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap sempadan negara. sudah batu putih diambil, kini Singapura menuntut pula sempadan perairan negara yang ternyata menjadi milik kita setelah diputuskan oleh ICJ.

Terbaru Singapura telah membeli 100 jet pejuang Joint Strike Force yang turut disokong oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Apakah besar kepentingan sebuah negara yang hanya berkeluasan 699 kilometer persegi sehingga membeli 100 jet pejuang, belum ditambah dengan jumlah armada laut, artileri Singapura yang tersedia ada?

Apakah rasional membina 3 jambatan untuk menghubungkan mereka dengan Iskandar Malaysia di Johor Bahru sehingga kelebaran jambatan tersebut mampu memuatkan laluan sebuah kereta kebal?

Tugas menjaga keselamatan Selat Melaka yang selama ini diamanahkan kepada Malaysia dan Indonesia, dicabul apabila Singapura menuntut hak yang sama. Walaupun Singapura tidak mempunyai hak dan keselamatan Selat Melaka berada dalam keadaan terkawal. Dan kini mereka mendapat hak keselamatan perairan Selat Melaka. Tuntutan Singapura turut disokong oleh Amerika Syarikat yang mahu hak penjagaan Selat Melaka turut diberi kepada mereka. Australia juga pernah menyuarakan permintaan yang sama. apakah ini merupakan suatu konspirasi?

Pemimpin negara masih tidurkah? lihat perancangan jangka panjang Singapura. pernah kita disindir satu ketika dahulu dimana sebuah kenyataan tidak bertanggungjawab dikeluarkan oleh Singapura bahawa mereka mampu “menghabiskan” Malaysia dalam masa hanya 2 jam. Tidak malukah kita?

Kepadatan penduduk Singapura meningkat 3% purata setahun. mereka memerlukan tanah untuk menampung kepadatan penduduk mereka. seharusnya kita sedar akan perkembangan ini.

Disamping kita terus bergolak dengan arus politik tempatan, soal negara jiran ini tidak harus terlepas pandang. perpecahan di kalangan kita akan memudahkan lagi tugas Singapura. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Singapura mirip dan semakin mencontohi Israel.

 Amerika tidak pernah menyangka Pearl Harbour akan tenggelam di Hawaii. Jepun tidak sangka Amerika sanggup mengugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki yang membunuh lebih 200 000 nyawa. Jangan ambil remeh tentang halnya Singapura. bayangkan Malaysia dan Singapura 100-200 tahun akan datang.

Filed under: Singapore

8 Responses

  1. Ahmad Syuib says:

    Kita sewajarnya buka mata. singapura semakin pelik dari hari ke hari. ruang udara kita digunakan tanpa pengetahuan kita. malu lah..malu sikit..

  2. LUQA says:

    artikel ini sedikit sebanyak menaikkan kemarahan dan semangat rasisme aku sebenarnya. walaupun singapura angkuh tetapi mereka mempunyai matlamat sendiri. apa yg tinggal dengan negara kita? seriously, we need a change.

  3. mohd fadhli yahya says:

    adakah kita semakin hari semakin hilang kuasa?? adakah hanya kuasa besar sahaja yang prevail..
    dah la pulau batu putih pun nak rebut…
    tak tau la apa yang derang nak

  4. paan says:

    betol doe..aku ingat lagi mase btn kat mrsm,haha,,
    dierang citer la pasal singapore nih,
    dekat bawah kebun sayur ade missile turret menghala ke malaysia,
    and banyak lagi missile turet yg menghala ke malaysia…

    dan 1 bende paling merisaukan,
    kalo dierang serang kite,well,takut jadi macam kes anak panggil bapak die buli orang….US,dgn yahudi la jawabnye.

  5. Dear Dr Sidiq,
    What do you mean when you quote “The chinese already have China. the indian and sikh already have India”? You are simply humiliating other races who have built this country together. It is vey hurt to see this type of remark from a fellow countryman. If I follow the above logic, don’t worry, you already have Indonesia also. Even an Iraq origin American who were born and raised in the United Stated do not think that “they already have Iraq”. Do you really undestand human’s feeling and emotions? Doctor.

    Being a Malay does not necessary being patriot to Malaysia. I love Malaysia not lesser than you do. I also believe that “some” Malays need help. There are also equal percentage of non malay who need help. However, there are a small group of selfish Malays that cause the majority of the malay remained poor. The very good example is the Umnoputras who are die die must defense the NEP even though the f***ing policy achieved nothing after 30 odd years. Why would a malay need help (Bumiputra discount) when he buy a posh condominium or bungalow while a chinese/indian who buy a basic terrace house paying full price?
    More despictable is the ways they tried to paint the pictures of other races still commanding the country’s economy by denying the ASLI report on “45% bumi equity”. Muhyiddin Yassin, the potential PM in future even quoted the report as rubbish…How can we expect this Malay Tuan to be fair to all races?

    By the way, who are you to change Umno? Even the 4th floor Oxford grad now joining them to continue to alienate their own race.

  6. i am just a ordiniary member of umno. but nonetheless this party belongs to us. not pak lah, or that 4th floor buddy. maybe not now, but in future. umno will back on track. the party hasnt gone any wrong. but the leaders did.

    charlie soong. read my post regarding the national integretion : the dawn waiting.

    u ll find my stand regarding the 153 issue. i ve commented on that.

  7. aL-MaRBaWi says:

    hm.. Singapura…
    sebuah pulau milik kesultanan Melayu yang terlepas kepada satu kaum lain.

    Ya, memang diakui Singapura sebenarnya ada perancangan untuk ‘menakluk’ Malaysia. Apa sebenarnya tindakan kita? Adakah kita perlu menyokong pemimpin yang akan bertindak ke arah matlamat tersebut?

    Sedarlah wahai umat Melayu sekalian. Kalian yang mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan, 50 tahun lalu. Jangan korbankan perjuangan yang lalu demi memuaskan hati yang panas membara kononnya “Harapan Baru Untuk Malaysia”. Harapan apa? Harapan apa?

  8. citizen_7 says:

    untuk maklumat saudara singapore sudah pun mula serangan mereka terhadap kita ttp kita hanya tidak menyedari perkara ini. serangan yg saya maksudkan ialah serangan intelektual. singapore tidak akan lakukan serangan senjata kerana negara malaysia juga mempunyai penduduk cina dan india…kalau mereka mulakan serangan senjata org cina dan india juga akan sama-sama mati.tak mungkin singapore akan mengancam bangsa sendiri kerana presiden singapore ialah indian dan yg memerintah singapore itu chinese(sbb itu singapore maju)….satu perkara yg setiap org harus faham ialah kalau negara malaysia diancam oleh singapore, kami org cina dan india juga akan sama-sama turun padang memperjuangkan utk negara ini kerana kami lahir disini. tiada org yg akan mendiamkan diri jika rumah mereka kena diserang.
    jika kami org cina dan india balik ke negara masing2 sudah pasti singapore akan menghabiskan negara kita dalam sekelip mata.(kalau nak tahu kenapa pertahanan singapore begitu kuat cuba buat satu kajian mengenai menteri pertahanan kita dan singapore, soalan anda akan terjawab)

Leave a Reply

Follow Wordpress Blogs now!

Blogspot readers can now follow any Wordpress blog by linking the url of the blog into their reading list, "Blogs I'm following". Try now!

Since July 2008

  • 187,375 tabbed

BlogMalaysia.com