WBhim

Speaking up the truth and unraveling the lies

Snippets Ketiga – UiTM, Iran, Euro 2008


GESA SELAMATKAN IRAN DARI PERPERANGAN

Aku tahu presiden Iran mungkin tertawa jika dapat men traslate blog ku ini ke dalam bahasa beliau. selamatkan iran from war? is he pulling my leg or something? – those words would come out from his mouth.

Aku mengerti Iran mempunyai kelengkapan ketenteraan yang kuat. tetapi cukup kuatkah untuk menagkis serangan Israel dan US? aku khuatir Iran akan menjadi Iraq kedua.

Tetapi yang lebih merisaukan ku ialah harga minyak mungkin naik melambung jika Iran diserang. Aku berdoa supaya iran tidak terlibat dalam peperangan, tapi jika doaku tidak termakbul, aku berdoa Iran menang dan lenyapkan Israel dari muka bumi ni!takbiir!!!

EURO 2008

Terkejut aku bila mendapat tahu Holland tewas kepada Russia! euro pada kali ini banyak kejutan fikir ku. portugal, perancis, belanda, semuanya telah tersingkir.

Turki!aku kagum dengan semangat juang pemain Turki pada euro kali ini. adakah Germany akan turut menjadi mangsa kegairahan Turki selepas Croatia dan Republik Czech? kita nantikan!

PIALA FA 2008

Selangor tewas lagi. aku rasa sudah tiba selangor menggugurkan pemain-pemain yang sudah tidak berpotensi lagi. Selangor aku boleh katakan seperti Real Madrid Malaysia, memiliki bintang-bintang bola sepak tempatan, samada bintang yang sudah malap ataupun masih menyinar.

Aku suggest Selangor beli Khairil Muhymeen!

COURSE REGISTRATION

Tolong aku! aku agak confuse samada mahu memilih elective law and politics atau pun economics kerana kedua-duanya aku minat!

SUPERNATURAL KEMBALI?

Akhirnya rancangan fav aku supernatural akan ditayangkan semula malam ini di TV3. sesungguhnya aku amat meminati dunia mistik dan hantu-hantu ni. semangat inquiri ku tinggi berkaitan bab ni. yang peliknya, aku kurang berminat menonton wayang seram di pawagam! tak tahu mengapa! Kurang seram agaknya! Ahahaha!

MPP

Isu MPP sekali lagi. aku mendapat tahu daripada Dinbuncit bahawa calon MPP mesti ditapis oleh law society dan sec.MPP terlebih dahulu.

Persoalannya, apa hak Law Soc dan Secc untuk “menapis” bakal calon MPP untuk fakulti? aku tidak nampak apa rasionalnya. sudahlah UiTM tidak ada pembangkang, mahu ditapis pula calon Aspirasi sesama sendiri? di mana demokrasi kita?

MPP bernaung dibawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti. jika HEP yang akan menilai atau “menapis” calon-calon ini, aku setuju lah. ini Law Soc? Sec.MPP? What the hell?

Sejak bila pula ada benda-benda macam ni? Sorry la nabil, ika, sakinah and izyan. but this thing, i just cant accept it. if the report i got was not true, then prove me wrong.

AKU TIDAK SUKA DIKTATORSHIP YANG BERTOPENGKAN DEMOKRASI!

Filed under: EuRO 2008, Iran, Mahmoud Ahmadinejad, Piala FA 2008, Sports, UiTM

Leave a Reply

Follow Wordpress Blogs now!

Blogspot readers can now follow any Wordpress blog by linking the url of the blog into their reading list, "Blogs I'm following". Try now!

Since July 2008

  • 175,038 tabbed

BlogMalaysia.com