
Semalam, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Buku Biru (Blue Book) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untuk melaksanakan keadaan yang “kami tidak membayar terlalu rendah, kami tidak pula sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayar secukupnya dan kami perlu membayar secara adil.”
Kenaikan gaji sebanyak 100% CEO TNB EN.Khalib boleh disifatkan sebagai kurang munasabah di waktu keadaan ekonomi yang genting sekarang ini. kenaikan ini hanya memberi manfaat kepada En.Khalib seorang tidak selaras dengan rancangan Kabinet dimana pihak kerajaan dan rakyat bersama-sama menghadapi krisis kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Suatu yang tidak dapat diterima ia dinaikkan sehingga 100%. mengapa 100%?
Apa yang sudah En.Khalib lakukan sehingga mendapat kenaikan maksimum sebegitu? tarif elektrik turunkah kerana kebijaksanaan En.Khalib?
Setahu saya tarif elektrik semakin naik. wajarkah En.Khalib meraih kenaikan gaji sebanyak 100%?
Persoalan kedua, TNB dilaporkan mengalami kerugian jutaan ringgit pada suku terakhir tahun lalu. ya saya faham kerugian TNB bukan disebabkan oleh ketidak cekapan pengurusan En.Khalib, tetapi TNB rela menanggung kerugian demi memberi tarif bekalan elektrik yang murah kepada rakyat.
Persoalannya, apakah En.Khalib telah melaburkan wang peribadinya semasa menanggung kerugian TNB pada tahun lalu sehingga melayakkan beliau memperoleh kenaikan gaji sebanyak 100%?
Jika ia benar-benar berlaku, wajarlah En.Khalib diberi kenaikan tersebut. tetapi saya percaya itu semua tidak berlaku. ( tidak tahulah pula jika andaian saya sebentar tadi benar-benar berlaku – bertapa mulianya hati beliau menggunakan wang sendiri demi kebajikan rakyat)
Justeru kenaikan sebanyak 100% ini amat tidak munasabah di saat Malaysia sedang bergelut dengan kenaikan harga pasaran dan harga minyak. sewajarnya gaji yang diberi kepada En.Khalib itu disubsidi kepada elektrik untuk kegunaan rakyat Malaysia.
Bagaimanakah Khazanah Nasional yang saya kagumi institutsinya boleh membuat keputusan sedemikian?
Perdana Menteri pula lepas tangan dalam isu ini. adakah PM telah didesak untuk meluluskan kenaikan gaji En.Khalib oleh khazanah nasional?
Dimana kuasa penentu seorang Perdana Menteri Malaysia?
Sebelum sesuatu keputusan dibuat, seharusnya pelbagai pihak termasuk khazanah nasional berfikir terlebih dahulu agar keputusan ini tidak akan membuatkan rakyat seperti saya dan lain berasa marah dengan khazanah.
Khazanah Nasional = Kerajaan Malaysia.
RAKYAT KERDIL SEMAKIN MARAH.
Filed under: Minyak


cum on la dear siddiq…dia layak la…
sorry ayu but i dont see any basis of his qualification, rights , that amounts him to the 100% increase. babe thats too much. btw, u are so dare to show off your body in that pic!hahaha.
i’m with sidek – even if he qualified – must it be 100% increase – tnb is a govt company – established using people’s money – those who work there must assume that they are also working for the people and of course there will be some sacrifice.
i think it is better the money is given to tnb’s lower officer to help them to face hardship – due to high oil price…
for me, die layak utk menerima kenaikan gaji tersebut.tidakter fikirkah saudara macam mane menjadi seorg ceo sebuah syarikat yg besar? bkn senang utk membuat setiap keputusan yg akan memberi win-win situation kpd semua. setiap keputusan yg dilakukan oleh beliau mesti mengambil kira semua aspek. silap membuat keputusan maka akan memberi kesan kpd seluruh institusi syarikat tersebut. kite yg berada dibawah hanya sng bercakap dan komen2 yg kadang2 tidak membina. tarif elektrik yg naik tidak akan memberi tekanan kpd golongan berpendapatan rendah krn tarif naik utk mereka yg menggunakan elektrik lebih drpd 200kwh sebulan. inin bermakna lebey kurg rm43.60 sebulan. jika mereka yg menggunakan lebih drpd itu menunjukkan org itu berkemampuan. rsnye itu sudah adil. dan bagaimana TNB hendak menangung hutang kesan kenaikn arang batu dan minyak? itu sume bkn kuasa TNB. beliau telah membuat keputusan yg tepat pada masa sekarang utk mengekang kenaikan harga minyak. ingt.. bercakap itu sng. tp nk buat itu susah. kalo setakat naik gaji 100% itu sedikit pn tidak akan memberi kesan kpd ekonomi malaysia.