
Saya tidak terkejut apabila mengetahui SAPP umum undi tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri. kita sudah mendengar ura-ura bahawa ahli parlimen sabah bakal lompat parti.
pada sidang dewan rakyat yang akan datang ini juga, dua ahli parlimen SAPP akan menyokong usul pembangkang mengenai undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Seperti saya katakan, bahawa saya tidak terkejut. lihat sahaja bagaimana kehidupan masyarakat Sabah di pendalaman seperti menggatal, rakyat hidup dalam penuh kesusahan, sedang pembangunan di Sabah terus terabai.
Cuma yang menghairankan saya, mengapa pada pilihanraya umum yang lalu rakyat sabah masih memilih BN?
Jika betul mereka mahukan perubahan, boleh saja mereka mengundi pembangkang. tahu kenapa? kerana mereka ‘playsafe’. rakyat sabah dan pemimpin politik sabah yang majoritinya menganggotai BN, terkejut dengan kemenangan yang tidak diduga dicapai oleh pakatan rakyat pada pilihanraya umum lalu.
Mereka berasa menyesal kerana tidak mengundi pakatan rakyat kerana tidak menjangkakan pakatan rakyat akan mendapat kemenangan yang besar di Semenanjung. oleh kerana itu, lebih baik mereka kekal mengundi BN walaupun tidak puas hati akan diskriminasi yang dilakukan oleh BN terhadap Sabah.
mereka tiada pilihan lain.
Cuma jika mereka tahu pakatan rakyat akan mendapat kemenangan selesa di Semenanjung, mereka sudah pasti akan mengundi pakatan rakyat kerana mereka mahukan perubahan.
Anwar Ibrahim dalam manifestonya berjanji akan memberi 20% royalti minyak kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu jika pakatan rakyat dapat menubuh kerajaan. ini bermakna kerajaan pusat hanya mendapat 40% daripada keuntungan bersih selepas cukai Petronas. Sudah pasti rakyat Sabah yang mendengar janji ini mahukan pakatan rakyat menjadi wadah perjuangan mereka.
Keluarnya SAPP sudah pasti membuka mata pemimpin politik Sabah yang lain. lebih-lebih lagi terdapat ura-ura yang mengatakan sesiapa yang lompat parti akan mendapat habuan yang besar – tujuh keturunan tak habis makan – siapa tidak mahu?
Anwar tidak akan cakap kosong. beliau sudah menyatakan bahawa beliau mampu menubuh kerajaan persekutuan pada 16 september tahun ini. sudah pasti Anwar bersedia untuk bertungkus lumus sehingga rancangan beliau berjaya.
beliau tidak mahu dikatakan penipu lagi oleh rakyat. kali ini saya yakin beliau bukan bercakap kosong. dan hasilnya – lihat lah permulaan yang dicetuskan oleh SAPP. tidak mustahil beberapa parti komponen lain juga akan turut serta terutamanya daripada Sabah.
Berisan Nasional boleh berasa gelisah sekarang.
Filed under: Abdullah Ahmad Badawi, Anwar Ibrahim, Barisan Nasional, Current Affairs, Politics, SAPP, UMNO, Yong Teck Lee


anwar bukan calang-calang orang. BN harus berjaga-jaga..aku rasa la, dia mampu buat apa yang dia cakap…
wow really?? takot kot kalau anwar jadi pm. mau dijualnya malaysia ni kat yahudi2 wolfowitz tu. bukan leh caya mamat ni…mtk sumbangan derma untuk bangunan keadilan, tapi boleh suap mp sabah sorang 10 juta dgr2..taktau la btl ke tak..jangan saman i bang nuar!auw!hahahaha
rakyat malaysia perlu matang dan bebas dari kepompoang mesti sokong satu2 parti politik sahaja, ini cara kuno…
umum tidak menolak bahawa kerajaan BN bawah Pak Lah gagal, kenapa tidak ditolak dan diangkat Pakatan Rakyat? – Lihat mereka buat kerja, bila masa mereka tidak menjaga rakyat, kita undi semula Barisan Nasional…
Inilah satu2nya cara untuk pastikan kerajaan takut akan rakyat…
Semua untuk Malaysia!
Semuga DSAI berjaya… Pergi jahaman dengan fitnah diaorang… semua rakyat tak percaya