ISU 4 LANGKAH MERINGANKAN BEBAN RAKYATBaru-baru ini kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah untuk mengurangkan beban rakyat, ini termasuk ‘pengorbanan’ yang dilakukan oleh pihak kerajaan. aku amat berterima kasih kepada kerajaan diatas usaha-usaha yang diambil. atleast something la daripada takda langsung, betul tak? walaubagaimanapun, jika rakyat diminta mengubah gaya hidup, para ahli kabinet juga harus berbuat demikian. terutamanya Perdana Menteri kita. =)
AKu agak terkejut apabila mendapat tahu bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dipecat daripada jawatan beliau sebagai presiden UIAM. ada sumber mengatakan ia berpunca daripada tindakan beliau yang mengikuti Tun Dr Mahathir untuk keluar daripada parti. pada pendapatku, politik malaysia masih belum matang. kita harus bijak membedakan antara politik dan kerjaya. kedua-dua ini tidak boleh dicampur adukkan kerana ia mempunyai entity yang berbeda. seperti kerajaan dan parti politik, ini juga harus dibezakan supaya tidak ada yang menganggap parti politik itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah parti politik. jika ini berlaku, ia akan mengakibatkan kepada penyalahgunaan kuasa kerana duit kerajaan dianggap sebagai duit parti. ini tidak betul. Namun ada juga yang memberitahu ku Sanusi Junid telah menyombong dan mengatakan bahawa tiada siapa boleh memecatnya sedangkan Sultan Pahang Sultan Hj Ahmad Shah merupakan ketua perlembagaan UIAM dan berkuasa memecatnya.
ISU KAHWIN 4
Wah, baru-baru ni sudah dua kes kahwin empat muncul di Terengganu. syabas lelaki-lelaki Terengganu!anda memang terror and kuat!;p tetapi janganla sehingga menjadi tajuk berita. wartawan ni pun satu, bukankah itu semua hanya memalukan bangsa melayu sendiri? apa kata bangsa lain? – haiya wa sibuk cali wang, ini olang sibuk cali bini ka… – lihat apa bangsa lain akan pandang kita? so wartawan khususnya penyunting media cetak dan elektronik yang terdiri daripada hampir kesemuanya orang melayu, berhentilah memalukan bangsa sendiri.
p/s : tak salah ikut sunnah Nabi, tapi janganlah sunnah kahwin 4 je diikut. yang lain tak ikut?tak betul macam tu sheikh!!!!
ISU ROSNAH MAT ARIS
Aku tahu ini isu basi tetapi malangnya aku baru melihat video yang memperkatakan tentang kebiadapan rosnah mat aris menghina Permaisuri Nabi Siti Khadijah dalam rancangan Sensasi suatu ketika dahulu. aku memang terkejut dan sedih apabila mendengar kata-kata rosnah. tak sampai hati mahu ku tulis disini. aku harap rosnah telah bertaubat.
Selepas ditewaskan oleh singapura-pura dalam kes pulau batu putih, sudah tiba masanya kita mengorak langkah untuk kehadapan berbekalkan pengajaran yang diambil dari kes pedra branca/pulau batu putih. inilah akibatnya apabila kita terlalu berlembut. orang akan pijak kepala kita. pepatah cina ada menyebut – diluar rumah, minta masuk rumah. di dalam rumah, minta masuk bilik. selepas masuk bilik minta pula di atas katil.
ISU AIR PERCUMA
Selepas SYABAS tidak bersetuju dengan term-term yang diberikan oleh kump. Darul Ehsan Bhd mengenai pampasan bekalan air percuma bernilai RM17 juta sebulan, kerajaan negeri Selangor akan mencari alternatif lain demi merealisasikan cadangan mereka dalam manifesto pilihanraya yang lalu. komen aku – buatlah apa pun sehingga janji Tan Sri ditunaikan.
REBATE TUNAI DIPERCEPATKAN KE SABTU INI!!!
Wah menyesalnya bayar cepat-cepat!ingat 1 julai!melepas aku RM625!!!!
KISAH TAJOL ROSLI DAN ADNAN YAAKOB
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin kecewa dengan sikap Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kerana sehingga kini masih belum menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada beliau. Menurutnya, Tajol Rosli sepatutnya lebih terbuka dengan datang berjumpa dengannya untuk menyerahkan tugas Menteri Besar itu sebaik sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lepas. Kata beliau, sikap bekas Menteri Besar itu yang sehingga sekarang tidak mahu berbuat demikian di- anggap tidak gentlemen (bersifat lelaki budiman) malah jauh berbeza dengan bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Aku rase memang Tajol tak gentlemen. rileks la Tajol..next election InsyaAllah kita rampas balik negeri-negeri yang ditawan pembangkang ni. biasalah jatuh bangun dalam politik. aiseymen Tajol chill la bro.
Lain pula al-kisah menteri besar Pahang Adnan Yaakob. baru-baru ini beliau menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Datuk Seri, negeri Pahang tu jaga dulu..dah semakin botak cameron highlands tu aku tengok, ada hati nak jadi naib presiden ke?
AKU SUKA MEMERHATI
Filed under: Abdullah Ahmad Badawi, Barisan Nasional, Current Affairs, Pakatan Rakyat, Pilihanraya ke-12, Politics, Pulau Batu Putih, Singapore, Sultan, Tun Dr.Mahathir Mohamad, UMNO


Brother Azani,
Walaupun dua-dua calon Presiden tak boleh diharapkan sangat tapi at least Obama tak sokong peperangan. Untuk rekod, calon Democrats memang kurang menghantar tentera Amerik untuk serang negara lain. Presiden dari parti Republicant yang banyak berperang dan menambahkan U.S. Natioanl Debt melalui pembiayaan peperangan yang dilancarkan.
Bro
Teruskan perjuangan mu ! walaupun kita kerdil. Sebenarnya dengan pen pun mampu membunuh, tengok apa yang terjadi kepada DSAI dahulu, pakai PEN sahaja. Wallahuallam !
Salam dari datOK ZeQ