
Kerajaan hari ini mengumumkan pemotongan 10% daripada elaun keraian PM, Menteri dan Timb. Menteri. selain itu, kerajaan juga akan mengurangkan ‘trip’ keluar negara, ini termasuk hanya persidangan yang penting sahaja yang akan dihadiri oleh delegasi Malaysia, Menteri hanya boleh memilih 3 pegawai sahaja untuk mengikutinya, Timb Menteri hanya boleh memilih 2 orang pegawai, dan KSU tidak dibenar mengikuti Menteri. langkah penjimatan ini dijangka dapat mengurangkan kos sebanyak RM 2 billion ringgit.
Persoalan pertama, jika jumlah 2billion itu baru merangkumi 10% dari elaun keraian cabinet members, berapa total keseluruhan perbelanjaan para ahli kabinet?
Persoalan kedua, bagaimana dengan elaun minyak? ini kerana para ahli kabinet masih menikmati subsidi minyak tetapi dalam masa yang sama, rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak selepas diputuskan oleh kabinet sendiri.
Persoalan ketiga, cukai kenderaan rasmi kerajaan masih disubsidi. bagaimana ini akan mewujudkan situasi menang-menang kepada rakyat? bukankah adil jika subsidi cukai kereta rasmi cabinet members juga ditarik?
Persoalan keempat, adakah kerajaan akan terus mengenakan cukai jalan dan tol kepada pengguna jalan raya? seperti mana yang dicadangkan oleh Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Kiat, yang menyeru kerajaan untuk melupuskan tol-tol dan cukai jalan bagi meringankan beban rakyat.
Syor yang dikemukakan oleh Tee Kiat amat bernas dan boleh meningkatkan populariti beliau menjelang pemilihan MCA pusat akan datang. blogger menyarankan beberapa langkah kearah merealisasikan cadangan beliau tersebut.
Yang pertama, Kerajaan boleh membatalkan perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi dengan membayar pampasan kepada mereka. dengan ini tol dapat dihapuskan ataupun setidak-tidaknya, dikurangkan.
Yang kedua, cukai jalan dihapuskan atau setidak-tidaknya dikurangkan sebanyak 50%. memandangkan cukai jalan pemilik kenderaan berkapasiti 2000cc ke atas adalah tinggi, saya mengambil contoh – cukai kenderaan berkapasiti 1600 cc cuma berharga RM70.00 setahun. tetapi kenderaan berkapasiti 3000cc adalah RM 2000.00 ++ setahun. lebih buruk lagi, kenderaan berkapasiti 4000cc terpaksa membayar RM 7000.00 setahun. terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana mewujudkan semua ini semasa anda menjadi menteri kewangan dulu.
Justeru jika cukai ini dapat dihapuskan atau dipotong sebanyak 50%, ini dapat mengurangkan beban rakyat. tambahan pula pemilik kenderaan berkapasiti 2000cc keatas tidak dapat menikmati rebate yang diberikan kepada pemilik kenderaan berkapasiti 2000cc dan kebawah.
Kerajaan perlu memandang serious tentang cadangan yang diberikan oleh Datuk Ong Tee Kiat kerana pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan beban rakyat.
RAKYAT KERDIL YANG MEMINTA PERTOLONGAN
Filed under: Barisan Nasional, MCA, Minyak, Pak Lah


diorang igt dah kurang 10% elaun menteri tue dah settle agaknyer..sori ar…coz mender nie kiter mmg x nmpak..tue ar senang kerajaan leh decider…
cdgn tol ngan cukai merupakan satu cara yg paling ideal..coz rakyat RASA, rasa NAMPAK..
rakyat kereta cc tinggi patut kene cukai tinggi, mereka tiada masalah membayar, ada kelebihan duit, tapi rakyat yang pendapatan rendah, kalau boleh nak hapus cukai, nak makan pun ikat perut…
tapi aku kenyang lah, tgk perut, sampai dapat title PJK, perut jalan kehadapan, hahaha…
din…kalau dulu mungkin sistem ni berkesan,sebab ekonomi bagus.tp skang ekonomi dah tak bagus, sistem ini hanya membebankan seluruh rakyat malaysia tidak kira miskin atau kaya…sudah tiba masanya sistem ini dihapuskan…