
Lim Guan Eng, setiausaha agung DAP telah mengeluarkan kenyataannya bahawa dia akan tidak melaksanakan apa yang tidak berkesan dalam DEB selama ini. Soalnya adakah beliau menyatakan apa yang “ketidakkeberkesanan” itu? kenyataan guan eng yang tidak certain itu tergantung dan boleh membawa kepada berbagai2 maksud, dan tidak mustahil kenyataan beliau juga mungkin mahu mansuhkan DEB sepenuhnya.
Saya bercakap di atas kapasiti Pemuda BN Malaysia mehu menegaskan di sini, bahawa DEB adalah terletak di bawah kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya terletak pada kerajaan negeri. proses kelangsungan DEB berkaitan dengan tanah sahaja berada di bawah kuasa kerajaan negeri. ya betul jika ada projek-projek yang mempunyai keraguan, kerajaan negeri boleh mengambil tindakan dengan berkapasitikan kuasa negeri yang telah diberikan oleh rakyat pulau pinang khususnya. tetapi jika tiada apa-apa yang meragukan, kerajaan negeri tidak boleh bertindak di atas budi bicara kerana ia adalah projek kerajaan untuk memajukan melayu dan bangsa lain di pulau pinang.
Guan Eng tidak boleh memansuhkan DEB. DEB adalah sebuah dasar yang telah terbukti berjaya membangunkan orang melayu dan memajukan Malaysia. DEB juga adalah kelangsungan kepada perpaduan negara yang telah terbina selama ini. DEB juga ditubuhkan untuk menyatupadukan kembali bangsa Malaysia selepas peristiwa berdarah 13 Mei. DEB telah meletakkan Malaysia antara negara membangun dengan prinsip melayu tolong cina, dan cina tolong melayu. jadi DEB adalah rasional jika ia dipraktikkan dengan betul!
Ya saya tidak menolak sejak zaman pemerintahan PM kita yang baru ini, banyak kepincangan berlaku dalam perlaksanaan DEB. Saya mengaku banyak rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan. tetapi adakah penyelasaiannya kita mansuhkan DEB? kita marah dengan nyamuk seekor, kita bakar satu kelambukah? DAP mengambil kesempatan dalam isu ini untuk memansuhkan DEB. Mereka menggunakan peluang yang ada untuk mengkritik peranan DEB yang tiada masalah pada dasarnya, cuma perlaksanaannya sahaja yang bermasaalah. DAP seharusnya menghormati dasar yang telah di usulkan oleh pemimpin terdahulu ini. jika mereka kata DEB sekarang tidak rasional, kenapa dari dulu tak kata begini? jika tak rasional, adakah kita perlu memansuhkan DEB sedangkan DEB masih rasional? DAP boleh memusnahkan perpaduan bangsa Malaysia.
DAP lupa pada kontrak sosial yang telah diberikan oleh penduduk asal tanah melayu. cuba kontrak sosial itu di hayati? Guan Eng pun lahir selepas merdeka, memanglah kontrak sosial pun dia tak faham. Dia tahu, tapi tak faham. Tapi cuba tanya datuk nenek moyang dia apa yang telah berlaku sejak hampir seratus tahun ke belakang? Guan Eng patut masuk tingkatan 4 balik belajar sejarah.
Guan Eng Bijak
Sebelum DAP tawan Pulau Pinang, adakah dalam manifesto beliau mahu hapus DEB? kalau ada bukti manifesto bertulis Guan Eng mahu hapuskan DEB, mari tunjuk pada saya. Tidak bukan? memanglah sebelum dapat kuasa macam-macam janji. sehingga ada segelintir orang melayu pun tertipu dan mengundi DAP. Sekarang tangggunglah wahai pengundi-pengundi Melayu pulau pinang yang mengundi DAP. Salam dan cium tangan pemimpin anda!
Saya sekali lagi menegaskan supaya Guan Eng bertindak secara rasional selari dengan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri yang mewakili semua kaum di Pulau Pinang. Anda sepatutnya menghormati hak-hak orang melayu seperti yang terkandung dalam artikel 153 perlembagaan persekutuan Malaysia. DEB tidak merompak hak bukan Melayu, malah semua kaum berjaya dalam DEB. Senang ja nak faham kenapa DEB ni menguntungkan semua kaum. okay, melayu dapat projek, tetapi siapa jual simen?siapa jual batu bata?siapa jual besi? siapa jual jentera-jentera berat? semua itu di jual oleh orang-orang cina juga. jadi sekaligus semua kaum mendapat manfaat daripada DEB! apa yang tidak rasionalnya Guan Eng?khabaq mai.
Amaran kepada Guan Eng. Jangan guris luka kami yang masih berdarah lagi ini..
Filed under: DAP, NEP, Pakatan Rakyat, Politics


DAP akan memerlukan sokongan orang melayu, dia tidak akan berani menggagalkan DEB, lagipun DEB dipertahankan dalam perlembagaan dan hak kerajaan persekutuan, jangan risau…
Respon kpd post lim guan eng, sila baca post – melayu jagan risau – DAP tak boleh sentuh DEB…