
Buat kali pertamanya, aku berlaga pendapat dengan bapa aku dalam membincangkan isu politik. hari ini bapaku menyatakan kepercayaan dan sokongan penuhnya terhadap khairy Jamaluddin dan percaya dia bakal mengubah masa depan politik orang melayu. Khairy akan bertanding merebut jawatan ahli parlimen rembau dalam pilihanraya kali ini.
Setiap hujahku mengenai Khairy dipatahkan dengan mudah. bapaku mendakwa Khairy seorang pemimpin yang berani dan berpendidikan, maka amat rugi lah orang melayu jika membunuh aset penting orang melayu ini. jangan salahkan Khairy kerana dia menantu Perdana Menteri, kerana dia bukan sekolah darjah 6 atau hanya memiliki kelayakan SPM sahaja, tetapi berkelulusan universiti oxford dan memiliki karismatik seorang pemimpin. sememangnya dia layak.
Bapaku juga mendakwa Khairy boleh mengembalikan “sengat” Pemuda dengan mulutnya yang “celupar” dan berani ke hadapan. Bapaku berkata, dia masih ingat kata-kata Almarhum Tan Sri Melan Abdullah, berkata bahawa jika nak didik orang melayu hari ini, perlu dididik dengan sifat “kurang ajar” kerana orang melayu hari ini sudah tidak boleh berlembut lagi, jika tidak kita akan terus “melayu”. Kembalikan zaman kegarangan Pemuda UMNO yang bertindak sebagai kumpulan pendesak berhaluan kanan, seperti dibawah zaman kegemilangan pemuda dahulu sewaktu Datuk seri Najib Tun Razak, Almarhum Syed Jaafar Albar, dan Almarhum Datuk Hj.Harun Idris memegang tampuk pemerintahan pemuda.
Mengapa perlu di bunuh khairy? Khairy adalah seperti pokok yang baru hendak bercambah dan belum keluar lagi buahnya, tetapi kita sudah menghukum dia. di mana keadilan? bapaku juga berkata memang lumrah pemuda UMNO untuk membawa imej agresif, kerana ia perlu disesuaikan dengan peranan pemuda. Yang tu aku setuju. Beri Khairy peluang, kita tidak tahu masa depan kerana dalam politik macam-macam boleh berlaku. Tidak mustahil penglibatan Khairy dalam politik bersama-sama kemasukan Datuk Mukhriz akan menninggalkan kisah pertelingkahan bapa mereka menjadi kenang-kenangan dengan penyatupaduan kedua-dua generasi ini melalui Khairy-Mukhriz.
Ketepikan kepentingan peribadi dalam politik, tetapi utamakan kehendak bangsa yang lebih penting. sekarang ramai pemimpin melayu yang ada di dalam UMNO sudah hilang “bisa” , tidak seperti pemimpin-pemimpin terdahulu. Khairy dilihat dapat mengubah senario dalam UMNO jika dia diberi peluang. walaupun aku masih tidak berapa setuju untuk bersependapat dengan bapaku berkenaan isu ini, tapi bila di fikir kembali ada betul juga. kita lihat dahulu apa yang Khairy boleh buat. bapaku berkata, politik orang melayu masih berada di landasannya dan selagi orang-orang seperti Najib, Hishamuddin masih ada, maka tidak ada apa yang perlu di bimbangkan oleh penentang Khairy kerana perjalanan masih jauh untuk menantu Perdana Menteri ini.
Salahkah Khairy Mengidam Jawatan Perdana Menteri Malaysia?
Aku masih ingat sewaktu pertemuan pertama ku dengan saudara Khairy Jamaluddin sewaktu menghadiri majlis perkahwinannya dengan Nori Abdullah di Kepala Batas. pertemuan kedua ku adalah sewaktu Majlis tahlil dan doa selamat di rumah Timbalan Perdana Menteri(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu itu menjawat jawatan TPM) di Bukit Bellamy, KL. Khairy memakai baju melayu biru muda bermain telefon bimbit berkamera yang baru di belinya. sungguh tak sangka Khairy yang ku temui satu masa dahulu akan menjadi Khairy sekarang. itulah rezeki dan tuah orang. Seperti yang bapaku kata, tidak perlu bimbang kerana dalam UMNO itu sendiri ada golongan yang me “monitor” UMNO. Tidak perlu saya nyatakan disini siapa mereka tetapi percayalah, ia masih boleh dikawal. kita jangan cepat melatah, bak kata pepatah, banjir baru sejengkal mengapa kain diangkat sampai sekaki?
Filed under: Bicara Penulis, KJ, Pilihanraya ke-12, UMNO


kita sebagai satu kelompok yang sama harus saling tolong menolong…. jika ada cacatnya ahli kita… apa tindakan kita yang seterusnya…. membaikinya atau membuangnya terus??? pada pendapat saya kita harusla membaiki kecacatan yang ada, sebab mungkin satu hari nanti kita yang ada kecacatan… adakah kita mahu dibuang… kita mesti mahu kita ditolong bukan.. what comes goes around comes around hukum karma… dalam kes khairy kita harus la sokongnya… klu ada silap tegur la… dan sama sama tolong.. jangan bersikap sell fish… Keep on Khairy